Daripada kajian yang dibuat terhadap novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh, watak Jalil banyak menghadapi cabaran/dugaan/masalah/rintangan dalam hidupnya, terutama pada zaman remajanya di kampung Bukit Nibung. Di antara cabaran/dugaan hidup tersebut ialah:
- Miskin/susah
- Kematian ayah sewaktu berumur 14 tahun
- Selalu dimarahi oleh ibunya Mak Teh
- Dimarahi oleh cikgu Miss Ong iaitu guru mata pelajaran Biologi yang risau prestasinya akan jatuh kerana Jalil sering tidak hadir ke sekolah.
- Malu kepada orang kampung yang menuduh abangnya Muhsin bercinta dengan Biah/Sabariah dan melarikannya ke Kuala Lumpur.
- Dipukul oleh tiga orang pemuda, iaitu kawan-kawan Kudin di tengah jalan sewaktu pulang dari sekolah.
- Kawan-kawan sekampungnya seperti Kudin, Rosman, Roslan, Din Lebai Kob, Mat Zain, Lias dan Shafie sudah tidak mahu berkawan dengan Jalil lagi.
- Rumah kediamannya dirobohkan oleh ibunya sendiri.
- Ibunya berpindah ke kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak dan membuat rumah baru di sana.
- Ibunya telah menjual tanah tapak rumah dan tanah bendang pesaka arwah ayahnya/Pak Teh di kampung Bukit Nibung kepada Pak Amat dari Gurun.
- Ibunya hendak mendirikan rumah baru di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.
- Terpaksa tinggal bersendirian di dangau usang yang dibina sendiri di bekas tapak rumahnya di kampung Bukit Nibung.
- Dipulau oleh seluruh penduduk kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun.
- Penduduk kampung Bukit Nibung bermesyuarat untuk menghalaunya keluar dari kampung selepas Jalil tamat menduduki peperiksaan SPM.
- Berjanji dengan Pak Amat untuk membayar balik tanah arwah ayahnya yang dijual oleh Mak Teh dengan harga RM10 ribu dalam masa sepuluh tahun.
- Pergi ke sekolah dengan basikal kargo/tua arwah ayahnya sejauh 14 kilo meter
- Terpaksa memasak nasi sendiri sekembali dari sekolah.
- Dangaunya runtuh pada waktu tengah malam kerana ditanduk oleh si awang, iaitu kerbau jantannya.
- Orang-orang kampung Bukit Nibung bermesyuarat di surau untuk menghalau Jalil dari kampungnya.
- Kudin anak Pak Ngah Kadir sangat marah, dengki dan dendam kepadanya.
- Kedua-dua kakinya luka dan berdarah kerana terpijak serpihan kaca dalam tapak semaian bendang yang ditaburkan oleh Kudin.
- Musuh ketat Jalil di kampung Bukit Nibung ialah Pak Ngah Kadir dan anaknya Kudin.
- Pernah disekat oleh Kudin dan kawan-kawannya di tengah jalan semasa pulang dari sekolah.
- Pernah ditahan oleh Rosman, iaitu sepupu Kudin dan rakan-rakannya sekembali dari Kedai Ah Bee membeli minyak tanah.
- Jalil tidak dijemput oleh Pak Ngah Kadir menghadiri majlis kenduri kahwin Sabariah/Biah dengan sepupunya.
- Jalil kematian sahabat karibnya yang bernama Mat Tohid yang terjatuh ke dalam parit tali air.
- Kudin tidak membenarkan Jalil mengusung jenazah Mat Tohid ke kubur.
- Pak Lang Ali tidak mahu pergi ke rumah Pak Amat ketika Jalil mengajaknya untuk pergi bersama bagi tujuan membayar balik harga tanah gadaian.
- Jalil terpaksa bekerja keras di Kuala Lumpur untuk mengumpul wang sebanyak RM10 ribu dalam masa sepuluh tahun untuk membayar balik harga tanah yang dijual oleh ibunya kepada Pak Amat.
- Pak Amat tidak bersetuju untuk menyerah balik tanah gadaian dengan harga RM10 ribu kepada Jalil seperti yang dijanjikan dahulu.
- Pak Amat meminta Jalil membayar dengan harga RM50 ribu untuk mendapat balik tanah arwah Pak Teh yang telah dijual oleh Mak Teh kepadanya.
- Jalil terpaksa kembali ke Kuala Lumpur dan bekerja keras untuk mengumpul wang sebanyak RM50 ribu bagi menebus balik tanah arwah ayahnya daripada Pak Amat.
- Pada peringkat awal, Kudin menentang dan menghasut orang-orang kampung Bukit Nibung dan Bukit Jenun supaya tidak menandatangani dan menyerah tanah mereka kepada Jalil/Syarikat Alam Hijau yang bercadang untuk membina projek Taman Tema Bukit Nibung.
No comments:
Post a Comment