Watak Latifah dalam novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh telah beberapa kali berkunjung ke pondok/dangau Jalil. Kehadiran Latifah ke situ dengan pelbagai tujuan. Di antara tujuan kedatangan tersebut ialah:
- Latifah datang bertemu Jalil untuk memberi tahu harga sebenar tanah arwah ayahnya yang dijual oleh Mak Teh kepada Pak Amat melalui Pak Lang Ali ( ayahnya ) dengan harga RM5 ribu. Dan RM5 ribu lagi ialah sebagai keuntungan kepada ayahnya ( Masa petang )
- Menghantar makanan/nasi berlauk kari ikan haruan semasa ketiadaan Jalil di pondoknya ( Masa tengah hari )
- Datang tolong merawat/membalut luka di tapak kaki Jalil kerana terpijak serpihan kaca di tapak semaian padi/bendangnya angkara perbuatan jahat Kudin ( anak Pak Ngah Kadir )-Masa petang
- Datang membawa minyak tanah untuk diberikan kepada Jalil ( Masa malam )
- Latifah datang ke dangau Jalil menghantar nasi minyak kenduri kahwin Biah/Sabariah dan surat yang dikirim oleh Biah/Sabariah.
- Datang untuk menyampaikan wang kiriman daripada ayahnya kepada Jalil untuk bayaran yuran peperiksaan SPM ( Masa petang )
- Untuk mengambil soalan peperiksaan SPM daripada Jalil yang disuruh oleh Hasnah, iaitu kakaknya ( Masa petang ).
- Latifah datang ke pondok Jalil pada petang Jalil membakar dangaunya dan mengucapkan selamat jalan kepada Jalil yang hendak pergi ke Kuala Lumpur pada malamnya dengan kereta api ( Masa petang ).
No comments:
Post a Comment