Ghazali Lateh melalui novel Dari Lembah ke Puncak telah berjaya menerapkan unsur-unsur Islam secara berkesan. Penerapan unsur-unsur Islam ini telah disusun secara rapi melalui pelbagai teknik. Sama ada melalui dialog watak-watak, monolog, imbas kembali, aksi watak, dan gambaran secara langsung oleh pengarang.
Unsur Islam bermaksud segala hal-ehwal yang ada sangkut paut dengan keagamaan Islam yang maha suci.Unsur-unsur ini akan terserlah melalui pelbagai elemen, nama-nama tempat beribadat dalam Islam, nama-nama nabi atau malaikat, konsep dosa dan pahala, syurga, neraka. Nama-nama watak, gelaran, peristiwa-peristiwa kebesaran dalam Islam, nama bulan dan tahun. Ucapan-ucapan, perbuatan atau perlakuan watak, hukum hakam, amal ibadat dan sebagainya.
Daripada kajian yang dibuat secara teliti berdasarkan novel ini, di bawah di senaraikan beberapa unsur Islam dengan huraian contohnya sekali.
- Ada berdoa: Jalil berdoa semoga roh arwah ayahnya ditempatkan pada sisi orang-orang yang beriman sewaktu menziarahi kubur arwah bapanya.
- Membaca ayat-ayat suci al-Quran: Jalil membaca al-Fatihah dan ayat-ayat suci al-Quran kepada roh arwah bapanya di kubur.
- Ada batu nisan: Jalil membeli dua batang batu nisan di kedai Mamak Hameed dan memasang di kubur arwah ayahnya.
- Ada gelaran haji/ustaz: Ustaz Haji Megat/Haji Saad/Haji Lazim
- Surau: Penduduk kampung Bukit Nibung bermesyuarat di surau usang untuk menghalau Jalil keluar dari kampung Bukit Nibung.
- Masjid: Jalil membina sebuah masjid baharu dalam kawasan Taman Tema Nibung Park menggantikan masjid lama di kampung Tanjung Setul.
- Sembahyang berjemaah: Jalil sempat bersembahyang jemaah Maghrib di masjid Tanjung Setul sewaktu pulang ke kampung Bukit Nibung/kampung Banggol Lalang untuk memohon restu daripada ibunya.
- Azan Maghrib: Jalil terdengar azan Maghrib berkumandang di masjid kecil Tanjung Setul.
- Ada mengucapkan salam/assalamualaikum: Jalil memberikan salam kepada ibunya sebaik tiba di muka pintu rumah ibunya di kampung Banggol Lalang/Jalil memberi salam kepada Pak Amat ketika tiba di rumahnya di Gurun/Arwah Mat Tohid memberi salam sebaik tiba di dangau Jalil.
- Bersembahyang Jumaat: Sewaktu kecil Jalil pernah dibawa arwah bapanya dengan menaiki basikal tua bersembahyang Jumaat di masjid kampung Bukit Jenun.
- Majlis moreh: Penduduk kampung pernah mengadakan majlis moreh dalam bulan puasa di surau kampung Buklit Nibung.
- Sembahyang Isyak: Jalil bertanya pendapat ibunya pada suatu malam selepas sembahyang Isyak.
- Ada perkataan arwah: Arwah Pak Teh/arwah Mat Tohid.
- Ada bulan Islam/Muharam: Penduduk kampung Bukit Nibung mengadakan majlis bubur asyura pada setiap tahun ketika tiba awal bulan Muharam.
- Ada menyebut perkataan astaghfirullah: Latifah yang cemas melihat darah merah yang keluar dari tapak kaki Jalil telah mengucapkan "astaghfirullah".
- Ada menyebut perkataan Ya Allah/nama Allah: Latifah yang terkejut melihat luka di tapak kaki Jalil yang agak teruk, telah menyebut perkataan " Ya Allah ".
- Ada menyebut perkataan Tuhan Yang Maha Berkuasa: Jalil mengatakan kepada Mat Tohid hanya Tuhan Yang Maha Berkuasa sahaja dapat menunjukkan siapa yang betul dan bersalah.
- Menziarahi jenazah/kematian orang Islam: Jalil pergi menziarahi jenazah arwah Mat Tohid di rumah bapanya Ngah Ibrahim.
- Kubur orang Islam: Jalil berjalan seperti orang bodoh mengekori usungan jenazah arwah Mat Tohid ke kubur orang Islam.
- Adanya bacaan talkin di kubur selepas jenazah dikebumikan: Jalil pulang ke rumahnya selepas tamat bacaan talkin di kubur arwah Mat Tohid.
- Dan lain-lain unsur Islam, sila rujuk teks/novel..........................
No comments:
Post a Comment