- Mak Teh mengajak Jalil berpindah dari kampung Bukit Nibung ke kampung Guar Cempedak.
- Mak Teh memberi tahu kepada Jalil yang dia akan menjual tanah tapak rumah/tanah pesaka arwah Pak Teh/ayahnya.
- Jalil enggan/bertegas tidak mahu ikut ibunya berpindah ke kampung Guar Cempedak.
- Mak Teh berpindah ke kampung Guar Cempedak dengan menumpang di rumah Pak Long Ayob dan meninggalkan Jalil bersendirian di kampung Bukit Nibung.
- Balik dari sekolah Jalil terkejut, kecewa dan sedih melihat rumahnya sudah tiada kerana dirobohkan oleh ibunya/Mak Teh.
- Jalil bermalam di bawah pokok kelapa dara di sisi bekas tapak rumahnya.
Latar tempat: rumah Jalil/Mak Teh, kampung Bukit Nibung, kampung Guar Cempedak, di simpang jalan ke Bukit Jenun, kampung Titi Bom, Sungai Baru.
No comments:
Post a Comment