- Jalil membina dangau di bekas tapak rumahnya yang telah dirobohkan ibunya.
- Jalil pergi ke sekolah dengan menggunakan basikal tua peninggalan arwah ayahnya.
- Jalil turun ke bendang sawah.
- Haji Saad memberi tahu kepada Jalil bahawa tanah sawah arwah ayahnya telah dijualkan oleh ibunya kepada sepupu Pak Lang Ali di Gurun.
- Jalil pergi ke rumah Pak Lang Ali untuk mendapatkan maklumat pembeli tanah sawah arwah ayahnya.
- Pak Lang Ali memberi tahu kepada Jalil pembeli tanah tersebut ialah sepupunya Pak Amat yang tinggal di Gurun.
- Jalil bertekad untuk menebus kembali tanah arwah ayahnya yang telah dijualkan oleh ibunya kepada Pak Amat tersebut.
- Jalil bertegas dan membuat keputusan untuk tetap tinggal di dangaunya di kampung Bukit Nibung walaupun seorang diri.
- Jalil bertekad untuk meneruskan perjuangan hidupnya bagi menunaikan wasiat arwah ayahnya/Pak Teh.
Latar tempat: sekolah, dangau Jalil, kampung Bukit Nibung, Gurun, bendang sawah, rumah Pak Lang Ali, pekan Bukit Jenun, kebun getah arwah Pak Teh di kampung Pokok Tai Lama.
No comments:
Post a Comment