- Jalil berkunjung ke rumah ibunya ( Mak Teh ) di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak.
- Ibunya senantiasa memujuk Jalil supaya berpindah ke kampung Banggol Lalang, tetapi Jalil tetap menolaknya kerana cinta kepada kampung asalnya Bukit Nibung.
- Jalil sudah selesai menduduki peperiksaan SPM.
- Jalil sedar bahawa pelajaran sangat penting untuk menebus maruah hidupnya.
- Jalil berjanji pada dirinya untuk menebus kembali tanah arwah bapanya yang telah dijual gadai oleh ibunya ( Mak Teh ) kepada Pak Amat di Gurun dengan harga RM10 ribu.
- Jalil pergi bertemu dengan Ah Bee di kedainya di Pekan Jenun.
- Jalil memberi tahu kepada Ah Bee yang dia akan pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja.
- Jalil memajak/menggadaikan padinya yang seluas 4 relong kepada Ah Bee dengan harga RM400.
- Latifah datang ke dangau Jalil untuk meminjam kertas soalan peperiksaan SPM yang disuruh oleh kakaknya Hasnah.
- Jalil memberi tahu kepada Latifah yang dia akan pergi ke Kuala Lumpur meninggalkan kampung Bukit Nibung.
- Latifah sangat terkejut dengan pemberitahuan dan keputusan Jalil tersebut.
Latar tempat: kampung Bukit Nibung, rumah ibunya di kampung Banggol Lalang, Guar Cempedak, di dangau Jalil, di kedai Ah Bee, Pekan Jenun, lembah di antara Bukit Nibung dengan Bukit Jenun
Catatan:
Untuk perhatian para pembaca: Urutan peristiwa-peristiwa penting Bab 21-36 saya tangguhkan buat sementara waktu kerana akan diisi dengan ulasan tajuk-tajuk penting lainnya. Urutan peristiwa-peristiwa berdasarkan bab, saya akan sambung semula selepas daripada ini. Diharap jangan lepaskan peluang untuk mengikuti dan menghayatinya.
No comments:
Post a Comment