- Pak Teh ( arwah ayah Jalil ), yang berasal dari Besut, Terengganu telah pergi ke negeri Kedah sejak kecil dengan berjalan kaki.
- Selepas musim menuai padi di Kedah, Pak Teh tak balik ke Besut, Terengganu, tetapi membuka petak sawah di kaki Bukit Nibung.
- Pak Teh berkahwin dengan Mak Teh yang berasal dari kampung Tempoyak, Kedah.
- Ah Tong yang memajak tanah orang kaya dari Sungai Petani telah mengubah batu sempadan tanah sehingga termakan tanah arwah Pak Teh.
- Pak Teh mengejar dengan parang Ah Tong yang menceroboh tanahnya.
- Ah Yau memberi nasihat kepada Pak Teh supaya bersabar.
- Pak Teh telah pernah beberapa kali pergi ke pejabat Tanah Pendang untuk memohon geran tanah tetapi tidak berjaya.
- Pak Teh menunggu geran tanah berbelas-belas tahun lamanya, tetapi tidak berjaya.
- Pak Teh berpesan kepada Jalil supaya meneruskan usaha untuk mendapatkan geran/hak milik tanah tersebut di kampung Bukit Nibung.
- Pak Teh telah meninggal dunia ketika Jalil berusia 16 tahun ( Tingkatan 3 ). Pak Teh tak sempat mendapat geran tanah yang diusahakannya.
Latar masa: siang hari
Latar tempat: Besut Terengganu, Siam, di kaki Bukit Nibung, Kedah, sawah bendang, Pejabat Tanah Pendang, kampung Tempoyak
Catatan: Kesemua peristiwa disampaikan dalam bentuk teknik imbas kembali melalui watak Jalil.
No comments:
Post a Comment