- Majlis pertunangan Biah/Sabariah anak Pak Ngah Kadir dengan sepupunya berlangsung di rumah Pak Ngah Kadir. Mak Teh/ibu Jalil juga turut hadir.
- Biah/Sabariah lari ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Muhsin, iaitu abang Jalil.
- Jalil pulang dari sekolah dan di tengah jalan dia bertemu dengan Kudin anak Pak Ngah Kadir ( abang Biah ). Kudin tidak menjawab teguran Jalil.
- Jalil dimarahi ibunya yang bertanya mengenai hubungan Muhsin dengan Biah sehingga Biah melarikan diri ke Kuala Lumpur.
- Mak Teh pergi berjumpa dengan bomoh Tok Su Dollah untuk menilik dan mengetahui sama ada benar atau tidak Muhsin yang membawa lari Biah ke Kuala Lumpur.
- Jalil pergi ke sawah dengan membawa joran pancing ikan.
- Jalil merasa risau dan kecewa dengan berita desas-desus masyarakat kampung yang mengatakan Muhsin membawa lari Biah ke Kuala Lumpur.
Latar tempat: di estet getah, depan rumah Jalil, di bendang padi, rumah Pak Ngah Kadir/Biah, rumah Tok Su Dollah, Kuala Lumpur, di tengah jalan, dan di Banggol Basin.
No comments:
Post a Comment