Cabaran/halangan/dugaan hidup watak Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Ditinggalkan oleh kedua ibubapa kepada Mak Cik Leha sewaktu berusia empat tahun.
- Menjadi anak angkat Solehah dan arwah Thamrin.
- Terpaksa berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung bersama ibu angkatnya kerana miskin/susah.
- Arwah bapa angkatnya ( Thamrin ) meninggal dunia dalam kebakaran di rumah sewa.
- Cacat anggota/tangan kirinya mempunyai dua jari.
- Pernah dihina/dicerca oleh orang kampung dengan gelaran si bongkok/tarzan.
- Terpaksa bekerja membantu ibu angkatnya/Solehah/mencari hasilan hutan untuk menyara kehidupan.
- Diminta oleh Syed Mustafa menjadi guru tuisyen kepada Syed Fariz.
- Ibu angkatnya/Solehah akan berkahwin/berkahwin dengan Syed Mustafa.
- Jiwa mudanya pernah digoda oleh Syarifah Farisya/anak gadis Syed Mustafa.
- Diminta oleh Syarifah Farisya supaya menyelesaikan masalahnya.
No comments:
Post a Comment