Sifat/sikap buruk Syed Fariz yang tidak patut dicontohi dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Benci/marah kepada ayahnya/Syed Mustafa.
- Menuduh ayahnya membunuh ibunya kerana lambat menghantar ke hospital.
- Tidak suka bergaul/bermesra dengan orang lain/kawan-kawan di sekolah.
- Selalu ponteng kelas Bahasa Melayu masa Cikgu Borhan.
- Menghisap rokok/menghidu gam.
- Tidak suka tinggal di kampung.
- Pembawa budaya bandar/moden/baru ke kampung/sekolah.
- Memburukan nama/imej sekolah.
- Selalu tidak menyiapkan kerja/tugasan sekolah di rumah.
- Bercinta dengan Ruhaiza dan Lily Suriani.
- Tidak suka/minat belajar.
- Memeras ugut pelajar lain/menjadi ketua peras ugut di sekolah.
- Pernah mencuri barang di pasaraya.
- Menjadi peragut ( meragut telefon bimbit orang )
- Penyalahgunaan ubat batuk.
- Pengedar ubat batuk kepada rakan-rakan di sekolah.
- Tidak hadir ke sekolah sebanyak 30 hari dalam masa tidak sampai tiga bulan.
- Tidak menyampaikan surat yang dikirim pihak sekolah kepada penjaga/ibubapa di rumah.
- Suka bergaduh dengan kawan-kawan/orang lain.
- Seorang yang degil/tidak mendengar nasihat orang tua/ibubapa.
- Hampir-hampir merogol/memperkosa Ruhaiza di pondok durian Nenek Lily Suriani.
No comments:
Post a Comment