- Syed Mustafa, Anuariza dan Syarifah Farisya membawa Haji Lokman, Hajah Munirah dan Azrul Iskandar ke Taman Fantasi milik Anuariza di belakang rumah.
- Haji Lokman dan Hajah Munirah tertarik dengan tanaman anggur dan pitaya yang ditanam secara hidroponik yang terdapat dalam Taman Fantasi Anuariza.
- Anuariza menjelaskan kepada Haji Lokman sebab-sebab buah/pokok anggur ditanam dalam pasu besar ( Hal. 303 ).
- Haji Lokman dan Azrul Iskandar berminat untuk mengusahakan pertanian anggur secara hidroponik.
- Syed Mustafa bercadang untuk menghadiahkan sebidang tanah pertanian kepada Anuariza.
- Syed Mustafa mencadangkan semua sumber dan tenaga disatukan untuk mewujudkan sebuah taman pelancongan terunggul Anuariza.
- Syarifah Farisya menyindir Azrul Iskandar yang asyik bermain dengan gitar sahaja.
Latar tempat: di masjid, di Taman Fantasi Anuariza di belakang rumah Solehah.
No comments:
Post a Comment