Peristiwa pergaduhan di antara Ruhaiza dengan Lily Suriani dan Syed Fariz dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Pergaduhan telah berlaku di belakang kantin SMK. Sultan Muzaffar Shah 1, semasa rehat persekolahan.
- Seorang murid lelaki telah memberi surat kepada Ruhaiza.
- Dalam surat, Syed Fariz meminta Ruhaiza bertemunya di belakang kantin sekolah seorang diri.
- Ruhaiza meninggalkan nasi lemak yang sedang dimakan di kantin dan terus pergi ke belakang kantin sekolah.
- Di belakang kantin sekolah, Syed Fariz berdiri sementara Lily Suriani duduk mencangkung di tepi longkang.
- Syed Fariz memarahi Ruhaiza kerana memberitahu kepada jirannya yang dia didenda oleh guru di sekolah kerana selalu tidak menyiapkan kerja sekolah.
- Jirannya memberitahu kepada kakaknya/Syarifah Farisya dan kakaknya mengugut untuk memberitahu kepada ayahnya/Syed Mustafa.
- Lily Suriani masuk campur dengan memaki Ruhaiza.
- Ruhaiza marah kepada Lily Suriani yang masuk campur dalam urusannya dengan Syed Fariz.
- Lily Suriani bertindak dengan menyimbah air sirap terhadap Ruhaiza.
- Ruhaiza menolak Lily Suriani sehingga jatuh tersandar pada badan Syed Fariz.
- Syed Fariz marah kepada Ruhaiza dengan bertindak memulas tangannya ke belakang dan menolaknya ke dinding belakang kantin sekolah.
- Lily Suriani bertindak menendang pinggang Ruhaiza dengan lututnya.
No comments:
Post a Comment