Mesej/pengajaran/amanat/pesanan/perutusan/unsur-unsur didaktik dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Kita janganlah bersifat dengki/dendam/iri hati sesama kita/kepada seseorang lain, contoh: Muqaddam dan Muqaddim dengki/dendam/iri hati kepada saudara/adik-beradik tirinya Caya Langkara.
- Kita janganlah suka membuat fitnah/memburuk-burukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri, contoh: Muqaddam dan Muqaddim membuat fitnah kepada ayahandanya/Raja Saiful Muluk dengan memberitahu bahawa kadi al-Mauli mengatakan Caya Langkara membawa maksud negeri akan celaka dan rakyat jadi susah.
- Kita janganlah cuba untuk melakukan maksiat/perbuatan yang dilarang oleh Allah/agama Islam, contoh: Muqaddam dan Muqaddam selalu mengganggu Tuan Puteri Ra'na Kaseen dengan tujuan untuk melakukan maksiat yang dilarang dalam agama.
- Kita hendaklah takut kepada dosa Allah/hari pembalasan/neraka Allah/hari akhirat, contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen memberi nasihat kepada Muqaddam dan Muqaddim yang cuba melakukan kejahatan kepada Caya Langkara supaya takut kepada dosa/pembalasan Allah SWT.
- Kita janganlah suka bertindak terburu-buru/hendaklah menyiasat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan/membuat sebarang keputusan, contoh: Raja Saiful Muluk/Raja Negeri Ajam Saqat/ayahanda Caya Langkara telah membuat keputusan/mengambil tindak secara terburu-buru tanpa menyiasat terlebih dahulu ke atas Caya Langkara sehingga sanggup pergi untuk membunuhnya/telah membuang ke dalam hutan bersama dengan bondanya.
- Kita janganlah bertindak zalim/kejam/tidak berperikemanusiaan terhadap seseorang, contoh: Muqaddam dan Muqaddim bertindak kejam ke atas Caya Langkara dengan menolaknya jatuh ke dalam laut dari atas puncak gunung negeri Mesir/menutup pintu gua dengan batu dan kayu serta membakarnya dengan niat untuk membunuhnya.
- Kita hendaklah menolong/membantu orang yang dalam kesusahan/kesukaran, contoh: Caya Langkara telah menolong Muqaddam dan Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen untuk mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir/membebaskan Muqaddam dan Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen yang ditawan dan dipenjarakan oleh Raja Peringgi di negeri Peringgi.
- Kita hendaklah bersimpati/belas kasihan kepada seseorang yang dalam kesussahan/kesukaran, contoh: Caya Langkara bersimpati kepada Muqaddam dan Muqaddim yang kehausan air sewaktu tersesat di dalam hutan lalu mengajak mereka berdua ke gua tempat tinggalnya dan diberikannya air minuman.
- Kita janganlah suka melakukan kejahatan/membuat dosa kepada seseorang, contoh: Muqaddam dan Muqaddim telah melakukan kejahatan terhadap Caya Langkara/Tuan Puteri Ra'na Kaseen.
- Kita hendaklah menolong/membantu seseorang secara jujur/ikhlas hati, contoh: Caya Langkara telah menolong Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen mendapatkan kembang kuma-kuma putih secara jujur/ikhlas hati.
- Kita hendaklah memerintah rakyat dan negeri secara adil mengikut hukum agama/Allah SWT, contoh: Caya Langkara telah memerintah rakyat dan negeri Madinah secara adil mengikut hukum agama Islam/Allah SWT.
- Kita hendaklah hormat-menghormati/merendah diri kepada seseorang, contoh: Caya Langkara merendah diri dan menghormati kepada raja-raja besar di bawah taklukannya yang berkunjung ke negeri Madinah.
- Kita hendaklah berdoa/meminta/memohon kepada Allah SWT untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati, contoh: Tuan Puteri Sekandrum telah berdoa kepada Allah SWT memohon dikurniakan seorang putera lelaki.
- Kita hendaklah memberi derma/bersedekah kepada orang-orang miskin/susah, contoh: Caya Langkara/Tuan Puteri Ra'na Kaseen yang menjadi Raja Negeri Madinah telah memberi sedekah dinar emas/perak/rial/makanan kepada para fakir miskin di negeri Mesir dan Madinah.
- Kita hendaklah meminta maaf/ampun daripada seseorang terhadap kesalahan yang dilakukan, contoh: Muqaddam dan Muqaddim telah meminta maaf dan ampun daripada Caya Langkara di atas kesalahan/dosa/perbuatan jahat terhadapnya.
- Kita hendaklah memberi kemaafan/keampunan kepada seseorang yang mengakui kesilapan/kesalahannya, contoh: Caya Langkara telah memaafkan/mengampunkan dosa/perbuatan jahat Muqaddam dan Muqaddim terhadapnya.
- Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap orang tua/keluarga kita, contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen bertanggungjawab mencari kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan penyakit ayahanda masing-masing.
- Kita hendaklah berani mempertahankan hak, contoh: Caya Langkara berani berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir/mangkubumi Raja Peringgi/mangkubumi Raja Mesir kerana mempertahankan kembang kuma-kuma putih miliknya.
- Kita hendaklah patuh/taat/setia kepada pemerintah/ketua, contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam patuh/setia/taat kepada arahan Caya Langkara.
- Kita hendaklah tabah/gigih/tekun/berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu, contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara tabah/gigih/tekun mengembara di dalam hutan rimba untuk pergi ke puncak gunung negeri Mesir bagi mendapatkan kembang kuma-kuma putih.
- Kita hendaklah menyanyangi ibu bapa/anak-anak, contoh: Tuan Puteri Sekandrum kasih/sayang kepada puteranya Caya Langkara/Caya Langkara kasih/sayang kepada bondanya Tuan Puteri Sekandrum/Raja Peringgi sayang/kasih kepada puterinya Tuan Puteri Ratna Dewi/dll.
- Dan isi-isi lain yang sesuai ................ sila rujuk teks/cerita/hikayat asal........................
No comments:
Post a Comment