Maksud peranan watak
Bermaksud tanggungjawab atau beban tugas yang diberikan oleh pengarang/tukang cerita kepada watak-watak sama ada watak manusia, binatang, makhluk halus atau pun watak benda mati. Tanggungjawab seperti menolong/membantu watak-watak lain dalam bentuk berbagai fungsi/tugas.
Dalam Hikayat Caya Langkara terdapat paling kurang 4 watak berperanan penting.
•Caya Langkara
•Naga
kuna
•Kucing hitam dan kucing putih
•Raja
Jin
Contoh petikan yang menggambarkan peranan watak Caya Langkara
Maka kata Muqaddam dan Muqaddim, “Hai orang muda, dari mana tuan hamba ini?” Maka kata Caya Langkara, “Hamba ini orang hutan”.”Jika tuan hamba diam di dalam hutan ini berilah hamba akan air barang sedikit, kerana hamba terlalu dahaga.”Maka kata Caya Langkara, “Marilah tuan hamba singgah pada hamba diam ini.”Maka ia berjalanlah pada gua itu kepada tempat Caya Langkara diam itu. Maka Caya Langkara pun masuk ke dalam gua itu mengambil kendi diisinya air lalu dibawanya kepada Muqaddam dan Muqaddim. Maka Muqaddam dan Muqaddim pun terlalu hairan melihat gua itu. Maka Caya Langkara pun keluar serta ia membawa akan air dalam kendi itu maka disambut oleh Muqaddam dan Muqaddim. ( Petikan HCL, hal. 182 dan 184 )
Peranan watak Caya Langkara
Memberi pertolongan/bantuan kepada orang yang dalam kesusahan/kelaparan/kehausan
Contoh: Caya Langkara memberi air minuman kepada Muqaddam dan Muqaddim yang sangat kehausan dalam perjalanan di hutan.
Contoh petikan yang menggambarkan peranan watak naga kuna
Maka Caya Langkara pun masuklah ke dalam gua itu. Maka dilihatnya ada seekor naga terlalu besar mulutnya ternganga-nganga. Maka dilihatnya oleh Caya Langkara ada seorang perempuan terlalu elok parasnya. Maka Tuan Puteri Ra’ana Kaseen pun terlalu suka hatinya melihat Caya Langkara datang. Maka kata naga, “Ya Tuanku Caya Langkara, marilah tuan duduk bersama-sama dengan tuan puteri ini. ( Petikan HKCL, Teks SKSH, hal. 187
Peranan watak naga kuna
Sebagai pengawal keselamatan kepada Tuan Puteri Ra’ana Kaseen
Contoh: Naga kuna mengawal keselamatan Tuan Puteri Ra’ana Kaseen semasa berada di dalam gua.
Contoh Petikan yang menggambarkan peranan watak kucing putih dan kucing hitam
Maka ujar Caya Langkara, “Jika demikian, hai kucing putih dan kucing hitam pergilah engkau kedua kusuruh kepada naga, katakan olehmu bangat-bangat kerana aku sekalian menanti ini kerana kembang kuma-kuma itu kalau-kalau diambil orang lain.” Maka kucing putih dan kucing hitam pun pergilah mendapatkan naga maka didapatinya naga itu lagi tidur.
( Petikan HCL, Teks SKSH, hal. 191 )
Peranan watak kucing putih dan kucing hitam
Sebagai pesuruh/orang suruhan/perantaraan
Sebagai pesuruh/orang suruhan/perantaraan
Contoh: Caya Langkara menyuruh kucing putih dan kucing hitam memanggil naga kuna datang ke tempatnya dengan secepat mungkin untuk mengambil kembang kuma-kuma putih.
Contoh Petikan yang menggambarkan peranan watak Raja Jin Islam
Maka Muqaddam dan Muqaddim menyembah pada kaki Caya Langkara. Maka orang menunggu penjara itu pun marahlah serta memarang dan menikam Caya Langkara. Maka sekalian orang itu dengan takdir Allah SWT bertikam sesama sendirinya habis mati orang itu, kerana ketika ia hendak menikam itu maka Raja Jin itu pun datang memarang dan menetak dan memanah. Maka banyaklah mati dan luka dibunuh oleh jin.
( Petikan HCL, Teks SKSH, Hal. 211 )
Peranan watak Raja Jin
Sebagai penyelamat/pembantu kepada Caya Langkara
Contoh : Raja Jin membunuh penunggu penjara dan ramai rakyat Raja Peringgi yang menyerang/hendak membunuh Caya Langkara/Raja Jin membantu menyelamatkan Caya Langkara yang diserang dan hendak dibunuh oleh penunggu penjara dan rakyat Raja Peringgi.
No comments:
Post a Comment