1.
Definisi/Pengertian
Istilah novel berasal daripada
perkataan novella atau novellete ( Bahasa Itali ) yang bermaksud cerita dalam
bentuk prosa panjang dan mempunyai isi yang tertentu. Ia merupakan karya
kreatif cereka naratif dalam bentuk prosa moden yang popular sehingga ke hari
ini.
Novel
merupakan karya kreatif yang dihasilkan pengarang berdasarkan pengalaman atau
imaginasi yang mengandungi fakta sebenar. Novel ditulis secara kreatif oleh
penulis dengan menggunakan sama ada watak manusia atau pun bukan manusia dan
melibatkan latar alam nyata atau pun bukan dunia nyata.
Novel
digolongkan dalam kategori karya naratif di samping cerpen, drama dan prosa
tradisional. Isi cerita sesebuah novel menggambarkan realiti kehidupan
masyarakat yang diolah dan diadun dalam bentuk kreatif. Gambaran masyarakat
dalam sesebuah novel adalah tiruan daripada realiti kehidupan masyarakat yang
sebenar. Isi ceritanya berkait langsung dengan kehidupan sebenar anggota
masyarakat yang melahirkan novel itu. Ia juga adalah gambaran pemikiran, sikap,
budaya, agama, suasana, ideologi, politik dan seluruh pandangan hidup
masyarakat terhadap alam sekitar.
2.
Ciri-Ciri/Unsur-Unsur Novel
a) Tajuk
b) Nama
pengarang
c) Tarikh
dicetak/dihasilkan
d) Nama
percetakan
e) Idea/Isi-isi
f) Peristiwa-peristiwa
g) Tema
h) Persoalan-persoalan
i)
Watak dan perwatakan
j)
Latar tempat, masa dan masyarakat
k) Gaya bahasa
l)
Plot ( jenis, struktur, unsur, teknik, dramatik,
peranan )
m) Sudut
pandangan pengarang
n) Nilai
kemanusiaan
o) Pengajaran
3.
Sejarah Ringkas Perkembangan Novel Tanah Air
TAHUN
|
PENULIS
|
NOVEL
|
TEMA
|
CATATAN
|
1925/1926
|
Syed Syeikh Ahmad al-Hadi
|
Faridah Hanum
|
Cinta segi tiga
|
Saduran dari Timur Tengah
( latar dan watak asing )
|
1927
|
Ahmad Haji Muhammad Rashid Talu
|
Kawan Benar
|
Kemasyarakatan
|
Novel asli Melayu yang pertama
( latar, watak dan suasana tempatan )
|
1930
1932
1936
|
Harun Aminurrashid
Abdullah Sidek
Ishak Haji Muhammad
Dll.
|
Melur di Kuala Lumpur
Cinta yang Tak Berfaedah
Putera Gunung Tahan
|
Percintaan
Penentangan terhadap nilai-nilai lama
Kahwin paksa
Sifat materialistik masyarakat
|
|
1946
1947
1948
|
Kamaluddin Mohamad ( Keris Mas )
Ahmad Murad Nasaruddin
Ahmad Lutfi
Dll.
|
Pahlawan Rimba Malaya
Nyawa di Hujung Pedang
Balik Dari Medan Perjuangan
|
Kepincangan masyarakat
Perjuangan kemerdekaan tanah air
|
Plot mudah
Poetic justice
|
1950
1951
1957
|
Ahmad Lutfi
Hamzah Hussain
Abdullah Hussain
Dll.
|
Anak Angkat
Rumah Itu Dunia Aku
Kalau Tidak Kerana Tuan
|
Kemasyarakatan serta kritikan sosial
|
Tertubuhnya ASAS 50
Gerakan memperjuangkan bahasa Melayu
Sayembara penulisan
( 1951-1958 )
|
1961
1965
1965
1966
|
A. Samad Said
Shahnon Ahmad
Arena Wati
S. Othman Kelantan
Dll.
|
Salina
Rentung
Lingkaran
Pengertian
|
Pelbagai:
Politik
Ekonomi
Sosial
Keagamaan
Dsb.
|
Diiktiraf peringkat antarabangsa
DBP menganjurkan peraduan mengarang
|
1971
1971
1977
1979
|
Arena Wati
Azizi Haji Abdullah
Fatimah Busu
Anwar Ridhwan
Dll.
|
Sandera
Senja Belum Berakhir
Ombak Bukan Biru
Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman
|
Pelbagai:
Politik
Ekonomi
Sosial
Keagamaan
Dsb.
|
Teknik dan kaedah baru
Terlepas dari pengaruh lama
Jalan cerita lebih mantap dan segar
Watak mewakili pelbagai lapisan masyarakat
|
1982
1986
1989
|
Azizi Haji Abdullah
Baharudin Kahar
Hasanuddin Md. Isa
Dll.
|
Seorang Tua di Kaki Gunung
Senjakala
Mereka Yang Tertewas
|
Pelbagai:
Politik
Ekonomi
Social
Keagamaan
Alam sekitar
Dsb.
|
Perkembangan baru
Unsur dalaman watak
Watak dikembangkan dari sudut pemikiran
Bahasa kreatif dan imaginatif
Plot tidak lagi berkembang ikut hukum kronologi
|
1991
1991
1996
|
S. Othman Kelantan
Zakaria Ali
Ismail Kassan
Dll.
|
Ustaz
Empangan
Restu
|
Pelbagai:
Politik
Ekonomi
Sosial
Keagamaan
Alam sekitar dan sebagainya
|
Sama seperti di atas.
|
4.
Peranan Novel Dalam Masyarakat
a. Sumber ilmu pengetahuan ( agama,
budaya, adat, bahasa, sejarah,sains dsbnya )
b. Sumber hiburan ( mengisi masa
lapang )
c. Sumber meniupkan semangat
kebangsaan/cintakan tanah air/patriotik.
d. Sumber meluahkan perasaan (
kritikan, sindiran, teguran, pandangan ).
e. Sumber menyampaikan
idea/ilham/inspirasi
f. Sumber nasihat/pengajaran.
g. Sumber mempamerkan bakat atau
potensi seni mengarang/menulis
h. Sumber ekonomi/kewangan
i. Sumber rujukan perbandingan
j. Sumber pedoman/petua/panduan hidup ( agama, adat,
peraturan, undang-undang,
hukum dsbnya )
k. Sumber perpaduan kaum/suku/bangsa
l. Media perhubungan/komunikasi
No comments:
Post a Comment