Peranan burung bayan dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Sebagai peninjau/pengintip, contoh: Burung bayan telah diperintahkan oleh Tuan Puteri Rakna Kemala pergi meninjau kakandanya Maharaja Johan Syah di negeri Berantah Indera.
- Sebagai pemberi maklumat, contoh: Burung bayan yang ternampak Maharaja Johan Syah yang sedang menangis di bawah sepohon pokok di padang luas sambil mengembala kuda, telah memberi tahu kepada Tuan Puteri Rakna Kemala.
- Sebagai pemerhati, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala telah memerintahkan burung bayan supaya pergi melihat tindakan/perbuatan Maharaja Digar Alam di istana.
No comments:
Post a Comment