Teknik plot/unsur/peristiwa suprise/kejutan dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Imran terkejut apabila dihubungi melalui telefon oleh Nazmi/kawannya yang sudah tiga bulan tidak berhubung semasa berada di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd yang mengajaknya untuk belanja makan tengah hari.
- Imran yang berada di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd. terkejut/terperanjat menerima panggilan telefon daripada Norasma/bekas kekasih lamanya yang sudah lama berpisah.
- Norhayati terperanjat apabila diberitahu oleh Imran yang dia tidak sempat untuk melihat anaknya Hasnita yang dijaga oleh Kak Jah di rumah mereka sejak dari pagi.
- Imran terkejut apabila diberitahu oleh Norasma bahawa kedua orang tuanya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu dan adiknya pula ditahan di pusat pemulihan/serenti di Pahang Dia hidup sebatang kara..
- Imran terperanjat apabila sebuah kereta memotong motosikalnya di jalan raya dan pemandunya membunyikan hon serta memakihamunnya.
- Imran terkejut apabila diberitahu oleh Norasma yang dia hilang ingatan sewaktu ibunya membawa ke kampung di Perlis untuk berubat secara tradisional selepas tercedera dalam kemalangan jalan raya tempoh hari.
- Norhayati terkejut apabila Dr. Mona memberi salam dan menegurnya sewaktu mereka bertemu di hadapan pasar raya.
- Zahid terperanjat apabila Imran memberitahu kepadanya yang dia ada masalah rumah tangga/peribadi.
- Zahid terkejut apabila Imran memberitahu masalah rumah tangganya dengan Norhayati/isterinya berpunca daripada dirinya sendiri.
- Norhayati terkejut apabila Imran memberitahu kepadanya yang dia pernah terlibat hubungan sulit dengan seorang gadis/Norasma/kawan lamanya.
- Norasma terkejut apabila Imran memberitahu kepadanya yang hubungan sulit dan perancangan mereka berdua untuk berkahwin telah diberitahu kepada Norhayati/isterinya.
- Norasma terkejut apabila Imran memberitahu akan/mahu mengahwininya.
- Norhayati terkejut apabila Imran memberitahu bahawa Norasma datang ke rumah untuk berjumpa dengan Norhayati, tetapi tidak bertemu kerana Norhayati balik ke kampung.
No comments:
Post a Comment