Unsur-unsur agama Islam dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Terdapat nama-nama watak/pelakon yang beragama Islam, contoh: Imran/Zahid/Nazmi/Norhayati/dll.
- Adanya memberi dan menjawab salam, contoh: Nazmi/kawan Imran memberi salam melalui telefon dan Imran menjawab salam tersebut/waalaikummussalam/Dr. Mona memberi salam kepada Norhayati.
- Adanya menyebut perkataan insya-Allah, contoh: Imran menjawab insya-Allah ketika kawannya/Nazmi mengajaknya untuk belanja makan-makan melalui telefon/Dr. Mona menjawab insya-Allah ketika Norhayati menjemputnya datang lagi ke rumahnya.
- Adanya menyebut perkataan alhamdulillah, contoh: Norhayati menyebut perkataan 'alhamdulillah, sambutannya bagus,' semasa menjawab pertanyaan suaminya/Imran yang ingin tahu mengenai program seminar peperiksaan anjurannya di sekolah.
- Ada menyebut perkataan/nama Tuhan/Allah, contoh: Norasma menyebut perkataan 'ya Allah' di atas motosikal sebelum berlakunya kemalangan di jalan raya bersama dengan Imran.
- Adanya mengucap dua kalimah syahadat, contoh: Imran menyuruh Norasma mengucap dua kalimah syahadat sebaik berlakunya kemalangan di jalan raya, iaitu motosikal yang diboncengnya bersama dengan Imran bertembung dengan kereta.
- Adanya mengucap syukur/bersyukur kepada Tuhan/Allah, contoh: Norasma bersyukur kepada Tuhan/Allah kerana sudah pulih/sembuh sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan di jalan raya.
- Percaya kepada takdir/qadak dan qadar Tuhan/Allah, contoh: Norasma tidak menyalahkan Imran seorang di atas berlakunya kemalangan di jalan raya, baginya peristiwa tersebut merupakan takdir/ketentuaan Allah SWT.
- Mengirim salam kepada seseorang, contoh: Dr. Mona meminta Norhayati menyampaikan salamnya kepada Imran/suaminya.
- Bersumpah dalam Islam/dengan nama Allah, contoh: Imran bersumpah, 'Demi Allah, apa-apa yang abang katakan ini betul, Yati,'/ Imran bersumpah di hadapan Norhayati/isterinya dengan menyebutkan nama Allah.
- Bertaubat nasuha, contoh: Zahid menyuruh Imran bertaubat nasuha di atas segala kesalahan/keterlanjuran terhadap isterinya/Norhayati/Norasma/Imran dan Norasma telah bertaubat nasuha di atas keterlanjuran/kesilapan/kesalahan yang mereka lakukan dahulu.
- Nama tempat suci dalam Islam/Mekah, contoh: Norasma akan pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
- Amalan ibadah umrah dalam Islam, contoh: Norasma akan pergi menunaikan ibadah umrah ke Mekah.
No comments:
Post a Comment