Watak dan perwatakan Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Watak utama/protagonis dalam cerita.
- Puteri kepada Maharaja Bikrama Sakti/Tuan Puteri Sinaran Bulan.
- Kematian kedua ayahanda dan bonda ( Yatim piatu ).
- Jatuh pengsan apabila bondanya meninggal dunia.
- Adinda kepada Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta.
- Masih gadis/belum berkahwin.
- Memiliki burung bayan sebagai teman/pembantunya.
- Seorang yang berwajah cantik/diminati oleh Raja Bikrama Indera/Putera Maharaja Digar Alam.
- Menyamar sebagai seorang lelaki dengan menggunakan nama Nakhoda Muda.
- Seorang yang beremosi/mudah marah/mengamuk/bertindak nekad, contoh: TPRK/NM bertindak mengambil gunting untuk menikam/membunuh diri kerana marah kepada Perdana Menteri yang melarangnya untuk pergi belayar mencari kakandanya Maharaja Johan Syah.
- Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: TPRK/NM sangat kasih/sayang kepada ayahanda dan bondanya/kakandanya Maharaja Johan Syah.
- Seorang yang mudah mesra/ramah-tamah, contoh: TPRK/NM mudah mesra dengan Raja Bikrama Indera/Putera kepada Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
- Seorang yang menghormati/merendah diri kepada orang lain, contoh TPRK/NM menghormati/merendah diri kepada Raja Bikrama Indera/Maharaja Digar Alam.
- Seorang yang tabah/gigih/tekun, contoh: TPRK/NM tabah/gigih belayar di laut untuk pergi mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah.
- Seorang yang berani/sanggup menanggung resiko, contoh: TPRK/NM berani bertaruh buah rumbnia dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
- Seorang yang bijaksana/pintar/cerdik, contoh: TPRK/NM bijak mengambil buah rumbnia beserta tanahnya sekali di Pulau Rumbnia untuk dibawa belayar bersama ke negeri orang dan digunakan untuk bertaruh dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
- Seorang yang bertanggungjawab, contoh: TPRK/NM bertanggungjawab mencari kakandanya/Maharaja Johan Syah yang sudah tujuh tahun pergi belayar tidak pulang-pulang.
- Seorang yang bersimpati/belas kasihan, contoh: TPRK/NM bersimpati kepada Maharaja Digar Alam yang menangis kerana tewas dalam pertaruhan buah rumbnia.
- Seorang yang baik hati, contoh: TPRK/NM baik hati kerana menyerah balik negeri Berantah Indera kepada Maharaja Digar Alam yang kalah bertaruh buah rumbnia, tetapi yang diambil hanya bahtera dan kakandanya/Maharaja Johan Syah.
- Seorang yang bersifat lemah-lembut, contoh: Maharaja Digar Alam tertarik dengan sifat lemah-lembut TPRK/NM.
No comments:
Post a Comment