- Syed Mustafa sanggup/bersedia bertanggungjawab di atas segala-galanya yang berlaku ke atas Ruhaiza.
- Meminta Khusyairi/ayah Ruhaiza memberitahu kepadanya bentuk bantuan yang diperlukan.
- Akan memberi bantuan selagi terdaya.
- Akan berusaha membantu Ruhaiza dari segi yang lain-lainnya.
- Bersedia/menawarkan khidmat untuk menghantar Ruhaiza belajar ke sekolah berasrama di bandar.
- Mahu mengambil/menjadikan Ruhaiza sebagai anak angkatnya.
- Mahu memastikan Ruhaiza hidup dalam keadaan yang selesa seperti anaknya Syarifah Farisya.
- Akan mengutamakan Ruhaiza dalam apa juga perkara.
- Jika Ruhaiza mahukan Syed Fariz bertanggungjawab ke atas perbuatannya, dia akan akur/memastikan Syed Fariz berbuat demikian.
- Memberi/mengirim surat kepada Syed Fariz untuk disampaikan kepada penjaga, tetapi tiada sebarang maklum balas.
- Menghantar/mengirim surat melalui pos, tetapi pihak sekolah juga tidak menerima apa-apa balasan daripada pihak penjaga Syed Fariz.
- Pihak sekolah terpaksa mengguna telefon menghubungi Nek Siah/penjaga Syed Fariz.
- Untuk memberi kesedaran kepada Syed Mustafa betapa pentingnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa dalam membakar semangat anak-anak.
- Dia mahu supaya Syed Mustafa dapat memberi sedikit ruang waktu kepada anak-anaknya yang longgar kasih dan sayang.
- Supaya Syed Mustafa dapat menjaga dan mengawal perkembangan perilaku anaknya Syed Fariz yang semakin nakal/tidak berdisiplin.
- Pihak sekolah pernah memanggilnya ke sekolah untuk memberitahu yang anaknya/Syed Fariz terlibat dalam penyalahgunaan ubat batuk.
- Pihak sekolah mendapati Syed Fariz turut mengedarkan ubat batuk kepada rakan-rakannya di sekolah.
- Pihak sekolah memberi amaran kepada Syed Mustafa yang Syed Fariz akan dibuang sekolah jika perangainya tidak berubah.
- Syed Fariz pernah ternampak dan menuduh ayahnya/Syed Mustafa bermain curang dengan perempuan lain/Norseha sehingga mengabaikan arwah ibunya/Jumaimah yang sakit di rumah.
- Syed Fariz yang sering ponteng dan bergaduh di sekolah.
- Syed Fariz yang bertindak ganas hampir-hampir memperkosa Ruhaiza anak gadis Khusyairi/Saliah.
- Syed Fariz yang ditangkap polis dan ditahan di lokap balai polis.
- Pergaduhan telah berlaku di belakang kantin SMK. Sultan Muzaffar Shah 1, semasa rehat persekolahan.
- Seorang murid lelaki telah memberi surat kepada Ruhaiza.
- Dalam surat, Syed Fariz meminta Ruhaiza bertemunya di belakang kantin sekolah seorang diri.
- Ruhaiza meninggalkan nasi lemak yang sedang dimakan di kantin dan terus pergi ke belakang kantin sekolah.
- Di belakang kantin sekolah, Syed Fariz berdiri sementara Lily Suriani duduk mencangkung di tepi longkang.
- Syed Fariz memarahi Ruhaiza kerana memberitahu kepada jirannya yang dia didenda oleh guru di sekolah kerana selalu tidak menyiapkan kerja sekolah.
- Jirannya memberitahu kepada kakaknya/Syarifah Farisya dan kakaknya mengugut untuk memberitahu kepada ayahnya/Syed Mustafa.
- Lily Suriani masuk campur dengan memaki Ruhaiza.
- Ruhaiza marah kepada Lily Suriani yang masuk campur dalam urusannya dengan Syed Fariz.
- Lily Suriani bertindak dengan menyimbah air sirap terhadap Ruhaiza.
- Ruhaiza menolak Lily Suriani sehingga jatuh tersandar pada badan Syed Fariz.
- Syed Fariz marah kepada Ruhaiza dengan bertindak memulas tangannya ke belakang dan menolaknya ke dinding belakang kantin sekolah.
- Lily Suriani bertindak menendang pinggang Ruhaiza dengan lututnya.