- Nek Siah mahu melakukan sedekah.
- Mahu melahirkan rasa bersyukur setelah segala kesulitan yang mereka lalui berjaya diatasi.
- Mereka mahu seluruh penduduk kampung bergembira dan masing-masing menerima imbuhan kenduri itu.
- Syed Mustafa dan Nek Siah mahu semua orang kampung tumpang gembira atas kegembiraanya membentuk semula keluarga bahagia.
- Sempena dengan Anuariza yang akan pergi ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Syed Fariz/anak Syed Mustafa yang terselamat daripada tuduhan merogol Ruhaiza.
- Kerana keluarga Ruhaiza membuat keputusan menolak kes anaknya dipanjangkan ke mahkamah.
- Syed Fariz yang sedia berubah dan menginsafi kesilapannya serta berjanji untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan PMR.
- Syarifah Farisya yang merajuk dengan melarikan diri ke Kuala Lumpur telah pulang semula ke kampung dan sudah ceria kembali.
Wednesday 29 February 2012
Tujuan Syed Mustafa/Nek Siah mengadakan kenduri tahlil kali kedua dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
Sebab-sebab Solehah menolak untuk mengadakan kenduri majlis pernikahannya dengan Syed Mustafa dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Sebagai menghormati anak masing-masing.
- Sebagai menghormati arwah suaminya ( Thamrin ) dan arwah isteri Syed Mustafa ( Jumaimah ).
- Pernikahan mereka bukan untuk bersuka ria tetapi lebih kepada tanggungjawab membesarkan anak-anak.
- Kebajikan Syed Mustafa yang mahu memperpaiki perhubungan dengan keluarganya.
Tuesday 28 February 2012
Syarat-syarat untuk Syarifah Farisya kembali semula ke kampung yang diberitahu kepada Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Meminta Anuariza memberi penjelasan seandai ayahnya/Syed Mustafa berkahwin dengan Solehah/ibu Anuariza.
- Meminta Anuariza menyelesaikan masalah yang pernah dijanjikan dahulu.
- Mengugut Anuariza jika gagal menyelesaikan masalah yang dijanjikan dahulu akan hanya jumpa mayatnya.
- Syarifah Farisya meminta Anuariza datang ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang untuk menjemputnya pulang.
- Meminta Anuariza datang seorang diri ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang dan tidak membenarkan ayahnya ikut serta.
- Jika Anuariza ingkar terhadap syarat dan permintaan tersebut, dia meminta Anuariza menyediakan tanah kubur untuknya.
Sebab-sebab Anuariza menolak cinta Syarifah Farisya dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Anuariza percaya bahawa cinta akan melekakannya.
- Dia bimbang perasaan cinta boleh merosakkan fikirannya dan juga Syarifah Farisya.
- Laluannya masih terlalu jauh dan banyak perkara yang perlu mereka tempuhi.
- Azam dan tekad sudah lama tertanam di hatinya dan tidak mungkin dikhianati sendiri hanya kerana seorang gadis.
- Darjat dan kedudukan mereka berbeza jauh seperti langit dengan bumi.
- Anuariza tersepit kerana Syed Mustafa/ayah Syarifah Farisya akan mengahwini ibunya/Solehah.
Monday 27 February 2012
Sebab-sebab Syarifah Farisya melarikan diri dari rumah/ke Kuala Lumpur/ke Hulu Kelang ( rumah Haji Lokman/Hajah Munirah ) dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Syarifah Farisya tidak bersetuju/menentang rancangan ayahnya untuk berkahwin dengan Solehah.
- Dia marah kepada ayahnya/Syed Mustafa yang akan bernikah dengan Solehah.
- Dia cemburu kepada Solehah yang bakal menjadi ibu tirinya.
- Dia mencintai Anuariza.
- Syarifah Farisya bimbang yang perkahwinan ayahnya dengan Solehah akan menghalang cintanya terhadap Anuariza.
- Dia merajuk.
- Dia kecewa dengan rancangan ayahnya tersebut/berkahwin dengan Solehah.
Sebab-sebab Syed Fariz bersetuju ayahnya/Syed Mustafa berkahwin dengan Solehah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Syed Fariz menganggap bahawa Solehah ialah ibu terbaik untuknya dan Syarifah Farisya.
- Syed Fariz bimbang jika ayahnya tidak mengahwini Solehah, suatu masa nanti ayahnya pasti membawa pulang perempuan lain yang tidak dikenalinya.
- Dia rela mati daripada beributirikan perempuan seperti bekas teman wanita ayahnya ( Nurseha ) dahulu.
Isi nota/surat Syarifah Farisya kepada Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Syarifah Farisya menyatakan rasa kecewanya atas rancangan orang tua mereka.
- Dia mahu Anuariza menentang rancangan itu.
- Dia menyatakan amat mencintai Anuariza.
- Dia tidak rela menerima Anuariza sebagai abang biasa.
- Dia menuduh ayahnya kejam.
- Dia menyatakan Anuariza terlalu bodoh kerana menurut telunjuk Solehah.
- Dia meminta Anuariza turut bersamanya untuk menggagalkan pernikahan ayahnya dengan Solehah.
Subscribe to:
Posts (Atom)