Perbengkelan Pertama AJK WARIS
pada kali ini telah dibuat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak yang
terletak di Jalan Lawas 9, Ipoh Perak. Perbengkelan yang berlangsung selama dua
hari dan dua malam ini bermula pada 13 higga 14 September, 2014 ( Sabtu dan
Ahad ). Agenda perbengkelan sangat padat
menyebabkan jadual pun terlalu ketat, bermula pada jam 8.30 pagi sehingga jam
11.00 malam. Pendek kata tiada masa langsung untuk pergi berjalan-jalan atau
bersiar-siar di sekitar bandar raya Ipoh. Cuma yang sempat dilakukan pada masa
rehat di sebelah petang dan malam ialah pergi minum teh atau kopi tarik di kedai Mamak Muslim yang
terletak lebih kurang 200 meter di luar pagar bangunan BTPN itu sahaja.
Selebihnya masa digunakan untuk berehat dan tidur.
Perbengkelan
AJK WARIS ini dibuat adalah kesinambungan daripada keputusan mesyuarat AJK
Penaja Kerja WARIS Pertama di Kuala Lumpur pada 9 dan 10 Ogos yang lalu di
Kuala Lumpur. Pengisian utama dalam perbengkelan pada kali pertama ini ialah
untuk membincangkan format dan kandungan bahan bagi menghasilkan sebuah profail
WARIS yang lengkap. Perbincangan selanjutnya akan diteruskan sehinggalah sebuah
profail WARIS yang lengkap dan sempurna dapat dihasilkan. Pada keseluruhannya
input dan output yang diperolehi amatlah membanggakan dan memuaskan hati para
AJK WARIS yang hadir. Melalui sesi perbahasan yang mantap dan panjang lebar
telah menghasilkan sesuatu yang bermakna seperti yang diharap-harapkan ( Lihat
hasil keputusan perbengkelan di bawah ).
Pada
hari Jumaat, jam 9.40 pagi, kereta CR-V
berwarna biru mentalik menghulurkan kepala ke pintu pagar besi rumah kediaman
Drs. Haji Nik Alwan Bin Nik Mohd. Amin, terlewat 40 minit daripada waktu
sebenar yang dijanjikan. Keterlewatan ini bukan sengaja hendak diperlewatkan,
tetapi disebabkan oleh faktor-faktor teknikal
di luar jangkaan yang tidak mampu untuk diatasi oleh kuasa manusia biasa.
Kereta volvo 850SE yang dirancangkan untuk
membawa dua pasang suami isteri ini ke Ipoh, terpaksa disadaikan di rumah kerana
tayar belakangnya tercocok skrew pada lewat senja hari Khamis ketika hendak
memasuki ladang ternakan biri-biri. Sedangkan pada hari Jumaat, semua bengkel
service kereta dan kedai menjual tayar di
bandar Pasir Mas ditutup. Jadi, tiada pilihan lain, melainkan terpaksa membawa
kereta CR-V yang tidak diservis terlebih dahulu kerana tidak menjangka akan
pergi ke Ipoh dengan kenderaan ini.
Dengan muka
yang agak masam manis seperti ibu ayam yang baru menerankan beberapa biji
telur dari punggungnya di atas sangkak, Drs. Haji Nik Alwan bersama dengan isterinya
Hajah Ariyati Binti Anwar, mencampakan dua buah beg berisi pakaian untuk
bekalan selama dua hari dan dua malam ke dalam punggung kereta CR-V saya.
Selepas semua pintu kereta CR-V dipastikan ditutup rapat, kami berempat pun mula
bertolak meninggalkan Bandar Tanah Merah pada jam 10.30 pagi menuju ke Jeli,
Batu Melintang dan seterusnya merangkak memanjat membelah bukit Banjaran
Titiwangsa melalui jalan yang berliku-liku seperti ular kena palu tersebut.
Pada jam 11.30 pagi, kami tiba di puncak Bukit Titiwangsa dan berhenti di
kawasan tempat Rehat dan Rawat untuk mengena teh dan kopi tarik sebagai rawatan
bagi biji mata yang semakin kuyu dan layu. Sebaik selesai mengenakan teh dan
kopi tarik dengan sebiji seorang kueh paw berinti kacang, kami berempat mula
meninggalkan puncak Bukit Banjaran Titiwangsa. Dalam daerah Lenggong, kami
berhenti di sebuah restoran di tepi jalan besar untuk makan tengah hari pada
jam 2.00 petang. Di situ secara kebetulan,
kami bertemu dengan Drs. Haji Fauzi Muhammad dan isterinya Dra. Hajah Tuan
Khatimah Tuan Ibrahim yang juga singgah untuk makan tengah hari dalam perjalanan
untuk pergi ke tempat yang sama. Di restoran ini ( Saya lupa namanya ), makanan
seperti nasi goreng, mee goreng dan mee karinya sangat sedap, berbaloi dengan
harga yang dibayar tidak berapa mahal mana. Selepas harga makanan dan minuman
dibayar semuanya oleh Dra. Hajah Tuan Khatimah yang bermurah hati, kami berenam
mula meninggalkan tempat tersebut dalam keadaan hujan yang sangat lebat. Kereta
Toyota Estema yang dipandu oleh Drs. Haji Fauzi
mengekori dari belakang kereta CR-V saya. Dalam keadaan hujan yang sangat
lebat menyebabkan jalan raya berair dan pemandangan agak kabur. Saya memandu
dalam keadaan sederhana laju. Dalam jarak lebih kurang 5 kilo meter ke simpang
empat Kuala Kangsar dan Ipoh, saya mula
memasang GPS Papa Go untuk mengesan lokasi yang hendak dituju.
Berdasarkan petunjuk di skren GPS
itulah saya memandu kereta CR-V menuju ke BTPN, Ipoh, Perak. Di atas lebuh raya
ke Ipoh, pemanduan agak laju sedikit dan selepas Tol Jelapang, kelajuannya
bertambah sedikit lagi. GPS Papa Go telah menunjukkan jarak dengan tempat yang
hendak dituju ialah sejauh 7 kilo meter sahaja dan akan mengambil masa lebih
kurang lima enam minit lagi. Oleh kerana kereta yang dipandu agak laju sedikit,
tanpa disedari terlepas pula cabang susur keluar ke Ipoh Utara, menyebabkan jarak
untuk ke tempat yang dituju iaitu BTPN, Ipoh berubah kepada 28 kilo meter pula kerana
sudah terlepas laluan yang sepatutnya dilalui dan terpaksa mengambil susur
keluar ke Ipoh Selatan. Sepatutnya kami dapat tiba di tempat yang dituju pada
pukul 5.00 petang, tetapi kerana gara-gara makan ‘ buah lasat’ di jalan raya,
kami tiba pada jam 6.30 petang.
Sebaik memasuki pintu pagar utama BTPN, Ipoh, Dr.
Suhaimi Kadir ( KPP BTPN merangkap TYDP WARIS ) yang sejak jam 2.00 petang lagi
menunggu ketibaan kami telah menghulurkan kunci bilik asrama untuk tempat menginap
dan bermalam. Selepas masing-masing
mendapatkan kunci bilik, kami terus mencari bilik di aras satu Bangunan Asrama Satu. Kami dapati bilik yang disediakan agak eksklusif kerana ada frasarana
seperti dua katil single, almari pakaian, TV, penghawa dingin,
dua buah meja tulis, cermin menilik dan bilik air/mandi berwater heater.
Pendek kata bilik penginapan yang cukup selesa untuk kami tumpang beradu selama
dua hari dan dua malam.
Selepas
sembahyang jamak Maghrib dan Isyak, pada jam sekitar 9.00 malam, kami turun
beramai-ramai dari asrama penginapan ke kedai Mee Rebus Ramli yang tersohor di
Ipoh yang terletak lebih kurang 300 meter di luar pagar bangunan BTPN. Kami
yang terdiri daripada 19 orang anggota termasuk para isteri dan anak-anak
menikmati makan malam dengan mee rebus Ramli dan teh tarik. Sebaik selesai
menikmati mee rebus Ramli, pada jam
lebih kurang 10.30 malam, kami terus
balik semula ke asrama penginapan masuk bilik dan tidur kerana badan
terasa letih kesan daripada pemanduan jarak jauh.
Pada jam 7.30 hingga jam 8.30
pagi hari pertama, kami telah dihidangkan dengan sarapan pagi yang terdiri
daripada nasi lemak, kueh-mueh dan minuman teh
serta kopi pahit bertempat di kafeteria BTPN. Suasana kafeteria nampak
sungguh ceria dan menarik dengan susun atur kerusi meja yang kemas. Nampak
bersih dan ceria dengan hiasan pelbagai jenama pokok bunga asli dan plastik.
Sebaik
selesai sarapan, tepat jam 8.30 pagi, kami AJK dibawa ke bilik mesyuarat khas
BTPN di aras satu bangunan induk yang
lokasinya satu bangunan dengan bilik
Ketua Penolong Pengarah ( KPP Dr. Suhaimi Kadir merangkap TYDP WARIS ).
Para isteri dan anak-anak AJK tidak ikut bersama ke bilik mesyuarat tersebut.
Mereka ditinggalkan di kafeteria BTPN dengan agenda bebas masing-masing.
Pada
slot pertama sebelah pagi, kami mula berbengkel dan berbahas panjang lebar
mengenai objektif penubuhan WARIS, objektif pembinaan profail WARIS, dan rasional WARIS ditubuhkan. Keputusannya
seperti berikut:
OBJEKTIF:
1.
Merapatkan hubungan silaturahim di kalangan ahli
berlandaskan tuntutan Agama.
2.
Berusaha ke arah saling mengenal di antara satu
keluarga dengan keluarga alumni yang lain.
3.
Merancang aktiviti sosial dan kebajikan yang sesuai
untuk faedah bersama
4.
Membantu dalam memajukan pendidikan keluarga alumni.
5.
Merancang
aktiviti ekonomi yang boleh membantu meningkatkan sumber pendapatan alumni
dan keluarga
6.
Membina dan memperkukuhkan jaringan hubungan
kependidikan, keagamaan, sosial dan parawisata
dengan mana-mana badan pelajar di Indonesia
7.
Menjadi
duta kecil dalam hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia.
8.
Mempromosikan WARIS ke peringkat Nasional dan
Antarabangsa.
RASIONAL
1.
Bekas penuntut Malaysia di Sumatera yang telah kembali ke tanah air tetapi
terputus hubungan persahabatan.
2.
Kewujudan wadah khusus
(WARIS) dapat mempergiatkan
aktiviti alumni.
3.
Sumber tenaga dan kepakaran yang ada pada alumni dalam
pelbagai bidang profesional dapat dimanfaatkan dengan semaksimum mungkin.
4.
Merekodkan segala perkembangan dan aktiviti yang berlaku di
kalangan alumni yang terdapat di dalam dan di luar negara ke dalam satu wacana yang disatukan.
Keputusan :
a.
Motto
b.
Visi
c.
Misi
d.
Rasional
e.
Objektif
f.
Latar belakang
g.
Ucapan Penasihat
h.
Senarai AJK
i.
Senarai lengkap maklumat ahli WARIS
j.
Gambar-gambar peristiwa WARIS 2014
yang lepas.
k.
Aktiviti WARIS 2014
Cadangan
format kulit muka hadapan ialah seperti berikut:
( Sila rujuk kepada TYDP/Dr. Suhaimi Kadir. Software ada padanya )
Pada sebelah
malam, bermula jam 8.30 hingga jam 10.30, kami membahaskan dengan panjang lebar
makna/pengertian/definisi/pentafsiran bagi setiap item isi yang hendak
dimasukkan ke dalam profail WARIS dan membuat pemilihan secara terperinci
gambar-gambar peristiwa WARIS yang telah lepas yang ada dalam CD. Keputusannya
adalah seperti berikut:
MOTO :
SAHABAT SEJATI
VISI : MEMBINA DAN MEMUPUK HUBUNGAN UKHWAH
Misi :
MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI
SECARA
HOLISTIK
DAN EFEKTIF BAGI MEMBINA DAN MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN AHLI
SERTA
MEMOBILISASIKAN AKTIVITI WARIS YANG DIRANCANGKAN
Gambar-gambar
peristiwa WARIS yang telah dipilih secara terperinci adalah seperti berikut:
Gambar-gambar penting majlis Reunion dan Pelancaran WARIS pada 1 Ogos, 2014, di Kota Bharu, Kelantan yang telah dipilih, sila rujuk kepada TYDP/Dr. Suhaimi Kadir ( Ada dalam simpanan software beliau )
Dan gambar-gambar lain seterusnya.
Selepas melakukan
pemilihan gambar-gambar peristiwa WARIS yang lepas secara terperinci, pada jam
10.30 malam, YDP/Pengerusi Dato Dr. Mohd Zain Yussof menangguhkan perbengkelan
sehingga ke pagi besok, iaitu hari kedua pada jam 8.30 pagi.
Kami
AJK semua turun meninggalkan dewan tempat perbengkelan bersama dengan para isteri
dan anak-anak menuju ke kedai Mamak roti canai yang terletak tidak jauh dari
pintu pagar bangunan BTPN, iaitu lebih kurang 200 meter sahaja. Kami
ramai-ramai pergi berjalan kaki sambil eksesais.
Sekembali dari tempat makan roti canai dan
minum teh tarik, kami terus ke bilik dan tidur. Tetapi ada juga beberapa orang
AJK berhenti rehat di kerusi bawah poch asrama dan berborak sampai jam 2.00
pagi baru naik tidur.
Pada
pagi kedua ( 14 Sept. 2014 ), selepas bersarapan pagi pada jam 8.30 di
kafeteria, kami terus masuk ke bilik perbengkelan dengan membawa isteri
masing-masing untuk melihat suasana kami berbengkel. Bilik mesyuarat berhawa
dingin yang serba lengkap dengan pelbagai prasarana ICT seperti sistem pembesar
suara, komputer dengan monitor skren besar yang terletak di hadapan ahli
mesyuarat mempermudahkan kami untuk membuat catatan/nota. Suasana dan kondisi
bilik mesyuarat yang sangat ceria dan tersusun rapi menyebabkan kami berasa
soronok berbengkel sehingga tidak sedar yang
masa berjalan dengan begitu pantas.
Isu yang
dibincangkan pada pagi ini tidak banyak, cuma sekadar membuat semakan terakhir
terhadap bahan-bahan dan item-item yang telah dipersetujui bersama. Dengan kata
lain peringkat pemurniaan bahan secara menyeluruh. Dalam proses penyemakan
tersebut, adalah sedikit sebanyak maklumat yang tersasul telah diperbaiki
secara bersama.
Setelah
semuanya selesai dan berpuas hati, TYDP ( Dr. Suhaimi Kadir ) menangguhkan
perbengkelan tepat pada jam 10.00 pagi dan majlis penutup diakhiri dengan
bacaan doa selamat oleh Setiausaha ( Drs. Ab. Aziz Haji Omar ).
Sebaik
keluar dari dewan perbengkelan, kami semua termasuk para isteri dan anak-anak
turun ke dataran bahagian hadapan BTPN untuk mengambil gambar beramai-ramai
sebagai kenang-kenangan.
Di bawah
diperturunkan senarai AJK yang hadir beserta isteri dan keputusan penuh hasil
perbengkelan.
Senarai Nama
Perbengkelan Penyediaan Profail WARIS
Di BTPN Perak ( 13 –
14 Sept 2014 )
Bil
|
Nama
|
Negeri
|
1.
|
Dr Suhaimi Bin Kadir
|
Perak
|
2.
|
Dato Dr Mohd Zain bin Yusoff
|
Kelantan
|
3.
|
Hj Rosdi bin Ismail
|
Kelantan
|
4.
|
Hj Abd Aziz bin Hj Omar
|
Kelantan
|
5.
|
Pn Norhayati bt Abd Ghani
|
Kelantan
|
6.
|
Hj Hamsa bin Hj Ikhsan
|
Melaka
|
7.
|
Hjh Hayati bt Hj Harun
|
Melaka
|
8.
|
Hj Pauzi bin Mohammed
|
Kelantan
|
9.
|
Tuan Khatimah bt Tuan Ibrahim
|
Kelantan
|
10.
|
Hj Mohd Sayuti bin Omar
|
Kuala Lumpur
|
11.
|
Hjh Naimah bt Hj Yakub
|
Kuala Lumpur
|
12.
|
Dr. Mohamad Bin Awang Junus
|
Kedah
|
13.
|
Hjh Ruhana bt Abd Majid
|
Kedah
|
14.
|
En Kamarudin bin Daud
|
Kuala Lumpur
|
15.
|
Pn Mariyah bt Mohd Yussoff
|
Kuala Lumpur
|
16.
|
Kelantan
|
|
17.
|
Hjh Ariyati bt Anwar
|
Kelantan
|
Keputusan :
a.
Motto
b.
Visi
c.
Misi
d.
Rasional
e.
Objektif
f.
Latar belakang
g.
Ucapan Penasihat
h.
Senarai AJK
i.
Senarai lengkap maklumat ahli WARIS
j.
Gambar-gambar peristiwa WARIS 2014
yang lepas.
k.
Aktiviti WARIS 2014
l.
Agihan bidang tugas kepada AJK
WARIS
KANDUNGAN ISI
MOTO :
SAHABAT SEJATI
VISI : MEMBINA DAN MEMUPUK HUBUNGAN UKHWAH
Misi :
MENGGUNAKAN PELBAGAI STRATEGI
SECARA
HOLISTIK
DAN EFEKTIF BAGI MEMBINA DAN MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN AHLI
SERTA MEMOBILISASIKAN AKTIVITI WARIS YANG DIRANCANGKAN
OBJEKTIF:
1.
Merapatkan hubungan silaturahim di kalangan ahli
berlandaskan tuntutan Agama.
2.
Berusaha ke arah saling mengenal di antara satu
keluarga dengan keluarga alumni yang lain.
3.
Merancang aktiviti sosial dan kebajikan yang
sesuai untuk faedah bersama
4.
Membantu dalam memajukan pendidikan keluarga alumni.
5.
Merancang
aktiviti ekonomi yang boleh membantu meningkatkan sumber pendapatan alumni
dan keluarga
6.
Membina dan memperkukuhkan jaringan hubungan
kependidikan, keagamaan, sosial dan parawisata
dengan mana-mana badan pelajar di Indonesia
7.
Menjadi
duta kecil dalam hubungan dua hala diantara Malaysia dan Indonesia.
8.
Mempromosikan WARIS ke peringkat Nasional dan
Antarabangsa.
RASIONAL
1.
Bekas penuntut Malaysia di Sumatera yang telah kembali ke tanah air tetapi
terputus hubungan persahabatan.
2.
Kewujudan wadah khusus
(WARIS) dapat mempergiatkan
aktiviti alumni.
3.
Sumber tenaga dan kepakaran yang ada pada alumni dalam pelbagai
bidang profesional dapat dimanfaatkan dengan semaksimum mungkin.
4.
Merekodkan segala perkembangan dan aktiviti yang berlaku di
kalangan alumni yang terdapat di dalam dan di luar negara ke dalam satu wacana yang disatukan.
AHLI JAWATANKUASA WARIS 2014/2016
Bil
|
Nama
|
Jawatan
|
1.
|
Dato’ Dr. Hj Mohd.
Zain Bin Yusof
|
Yang Di Pertua
|
2.
|
Dr. Suhaimi Bin Hj.
Kadir
|
Timbalan Yang Di Pertua
|
3.
|
Drs. Hj Che Yahya
Bin Che Soh
|
Naib Yang Di Pertua
1
|
4.
|
Dr. Hj. Mohamad
Bin Hj.Awang Junus
|
Naib Yang Di Pertua
2
|
5.
|
Dr. Zuber Bin
Hassan
|
Naib Yang Di Pertua
3
|
6.
|
Drs. Ab. Aziz Bin
Hj. Omar
|
Setiausaha
|
7.
|
Tn. Hj Wan Ab.
Razak Bin Wan Ishak
|
Penolong Setiausaha
|
8.
|
Dra. Hjh Tn
Khatimah Bt. Tn Ibrahim
|
Bendahari
|
9.
|
Dra. Hjh Che Eshah
Bt. Hj Che Su
|
Penolong Bendahari
|
10.
|
En. Ab. Patah Bin
Ghazali
|
Biro Penerangan dan
Serantau
|
11.
|
Drs. Hj Zahari Bin
Zakaria
|
Biro Sosial dan Budaya
|
11.
|
Drs. Hj. Nik Alwan
Bin Hj Nik Mohd. Amin
|
Biro Kebajikan
|
12.
|
Drs. Hj Wan Roslan
Bin Wan Yaacob
|
Biro Pendidikan
|
13.
|
Drs. Ahmad Zubib
Bin Saad
|
Biro Hubungan
Antara Bangsa
|
14.
|
En. Rosdi Bin Hj.
Ismail
|
Biro Sumber Manusia
|
15.
|
Hj. Kamarudin Bin
Hj. Daud
|
Biro Tugas-Tugas
Khas
|
16.
|
Drs. Hj. Hamsa Bin
Hj. Iksan
|
Biro Keahlian
|
17.
|
Tn. Hj. Mohd.
Sayuti Bin Hj. Omar
|
Biro Reduksi dan
Penerbitan
|
18.
|
Drs. Hj. Mohamad
Yunus Bin Yusoff
|
Pemeriksa Kira-Kira
|
19.
|
Drs. Ahmad Asri Bin
Daud
|
Pemeriksa Kira-Kira
|
AGIHAN BIDANG TUGAS AJK
a.
Latar belakang/Senario WARIS ( Penulisan yang perlu
diperincikan dari sudut sejarah penubuhan ( No. Pendaftaran ROS, Tarikh
didaftarkan, alamat sekreteriat ), objektif, AJK , aktiviti lepas
dan perancangan aktiviti pada
masa-masa hadapan). Tugas ini patut
diberikan tanggungjawab kepada Drs. Haji Che Yahya Bin Che Soh.
b. Ucapan Penasihat ( Kena jumpa dengan Dato AS Khamis secara
rasmi untuk meminta beliau menulis sedikit ucapan yang fokusnya mengenai
penubuhan WARIS dari aspek peranan dan fungsi Bulletin Koperat WARIS yang bakal
dikeluarkan. Juga mendapatkan sekeping gambar berukuran pasport untuk
ditampalkan di dalam bulletin ). Tindakan
ini perlu diambil oleh YDP.
c. Senarai AJK dengan gambar (MSO) dan AJK yang tiada maklumat akan
diuruskan oleh YDP.
d. Gambar-gambar peristiwa WARIS
2014 yang lepas ( Gambar-gambar menarik peristiwa dan mesyuarat AJK WARIS 2014
perlu dikumpul, dipilih, disunting dan disusun secara kronologi dengan baik
untuk dimasukkan ke dalam Bulletin Koperat WARIS. Gambar-gambar yang
dimaksudkan boleh didapati daripada CD yang dibekalkan oleh YDP dan daripada
handset rakan-rakan AJK WARIS. Termasuk membuat desinge/rangka kulit muka depan
) Tindakan oleh Haji Wan Abd. Razak Haji
Wan Ishak ).
Keputusan-keputusan lain yang dicadangkan ialah:
a.
Pra- Pemurniaan pada 1
– 2 November 2014 – Vistana Hotel Kuala Lumpur
b.
Target date perlu disiapkan
pada 6 November 2014
c. Kewangan/kos
d. cetak/print
e. Merancang
Aktiviti WARIS 2015 di Baling/Kulim pada
bulan Disember 2014/Januari 2015.
Selepas makan tengah hari dan
bersolat Zohor dan Asar ( Jamak dan Qasar ), pada jam 2.00 petang, kami berenam
orang dengan dua buah kenderaan meninggalkan pekarangan BTPN Negeri Perak dalam
keadaan cuaca hujan renyai-renyai. Di
simpang empat Grik ke Kota Bharu, Pengkalan Hulu dan Batterworth, kami singgah
mengenakan roti canai dan teh tarik spesial.
Selepas merangkak membelah laluan
Banjaran Gunung Titiwangsa selama lebih kurang enam jam, kami tiba di rumah
masing pada jam 8.30 malam dengan selamatnya.
Terima kasih
banyak diucapkan kepada Dr. Suhaimi Kadir ( KPP, BTPN Perak, merangkap TYDP WARIS ) yang telah bermurah
hati mengizinkan premis BTPN Perak sebagai tempat untuk melaksanakan
perbengkelan AJK WARIS. Termasuk juga kerana sudi menyediakan kemudahan tempat
tinggal selama dua hari dan dua malam serta sanggup pula menyediakan makan
minum yang sempurna kepada kami yang hadir.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh nak datang lagi.
No comments:
Post a Comment