- Kasih sayang, contoh: Encik Siti kasih/sayang kepada Tuan Puteri Sa'dung/Raja Abdullah/dll.
- Keberanian, contoh: Sultan Abdullah/Tuan Puteri Sa'dung berani menentang serangan Siam ke negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan atau Raja Muda Seberang Pasir Mas Gual Tuk Deh Lenggeh berani menyerang dan membunuh Raja Tuan Long Pandak di Kota Kubang Labu sebagai balas dendam kerana telah membunuh adiknya/dll.
- Patriotisma/cintakan tanah air, contoh: Tuan Puteri Sa'dung/Sultan Abdullah cintakan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan.
- Bekerjasama/tolong-menolong/bantu-membantu, contoh Long Yunus membantu Long Jaafar menemukan dengan Raja Tuan Long Pandak di Kota Kubang Labu/dll.
- Beriman, contoh: Tuan Puteri Sa'dung menolak permintaan Raja Siam ( kafir ) yang hendak menjadikannya sebagai isteri dan hendak menyetubuhinya.
- Mempertahankan adat-istidat, contoh: Tuan Puteri Sa'dung memerintahkan rakyat negeri Kelantan mengebumikan jenazah/mayat Sultan Abdullah secara adat-istiadat raja-raja di kubur Tasik Padang Layang/dll.
- Bertanggungjawab, contoh: Encik Siti bertanggungjawab mengahwinkan Tuan Puteri Sa'dung dengan Raja Abdullah/dll.
- Kepatuhan/ketaatan/kesetiaan, contoh: Tuan Puteri Sa'dung patuh kepada suaminya/Sultan Abdullah yang menyuruhnya pergi ikut orang-orang Siam ke benua Siam.
- Kebijaksanaan, contoh: inang busu dan inang tua bijak menghidupkan semula Tuan Puteri Sa'dung yang mati dibunuh/dipancung oleh Sultan Abdullah/suaminya/dll.
- Kejujuran, contoh: Tuan Puteri Sa'dung jujur menyerahkan pemerintahan negeri Kelantan kepada Raja Ibrahim selepas kematian Sultan Abdullah.
- Keadilan, contoh: Encik Siti memerintah rakyat dan negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung secara adil.
- Muafakat, contoh: Sultan Abdullah bermuafakat dengan rakyatnya membina Kota Jelasin sebagai pusat pemerintahan baginda di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan/dll.
- Belas kasihan/bersimpati, contoh: Long Yunus bersimpati kepada Long Jaafar yang mengadu nasib kepadanya selepas dihalau oleh ayahandanya dari negeri Reman.
- Dan isi-isi lain yang sesuai............................. sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.
Monday, 4 June 2012
Nilai kemanusiaan/moral/murni/akhlak/positif dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Sunday, 3 June 2012
Unsur-unsur agama Islam dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Nama-nama watak Melayu yang beragama Islam, contoh: Encik Siti/Tuan Puteri Sa'dung/Sultan Abdullah/Sultan Ibrahim/dll.
- Perkahwinan/pernikahan secara Islam, contoh: Encik Siti mengahwinkan/menikahkan Tuan Puteri Sa'dung dengan Raja Abdullah secara Islam mengikut adat-istiadat raja-raja besar.
- Adanya takdir Allah SWT, contoh: Dengan takdir Allah SWT telah menurunkan bala kelaparan ke atas rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung/Kelantan.
- Keimanan yang kuat/teguh, contoh: Tuan Puteri Sa'dung menolak permintaan Raja Siam yang hendak menjadikan dirinya sebagai isteri dan bersetubuh dengannya kerana Raja Siam seorang raja kafir.
- Ada menyebut perkataan/konsep dosa, contoh: Tuan Puteri Sa'dung bersabda kepada Sultan Abdullah sampai hati membunuhnya dengan tiada suatu dosa.
- Pengebumian/perkuburan Islam, contoh: Mayat/jenazah Sultan Abdullah dikebumikan secara Islam mengikut adat-istiadat raja-raja di kubur Tasik Padang Layang.
- Ada menyebut perkataan ke rahmatullah, contoh: Datu yang memerintah negeri Kelantan selama lebih kurang tiga tahun selepas Sultan Ibrahim telah jatuh sakit dan kembali ke rahmatullah.
- Ada menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, contoh: Qalu inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
- Dan isi-isi lain yang sesuai ...............sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.
Saturday, 2 June 2012
Sebab-sebab Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Tuan Puteri Kembang Bunga sangat susah/runsing hati.
- Ramai orang di negeri Pattani tergila-gila/minat/berahi kepada Tuan Puteri Kembang Bunga yang sangat cantik.
- Ramai orang di negeri Pattani sampai hendak bergaduh/berbalah kerani gila/minat/berahi kepada Tuan Puteri Kembang Bunga.
Unsur-unsur kesaktian/luar biasa dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Orang Siam tewas/kalah berperang dengan rakyat negeri Kelantan/Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana kesaktian Tuan Puteri Sa'dung.
- Jampi Tuan Puteri Sa'dung menyebabkan Kota Jelasin dan rakyat ghaib dan jatuh ke dalam Cerang Bahana yang kemudian diberi nama Mahligai.
- Raja Siam naik penyakit kayap di dada yang terlalu sakit kerana terkena semburan serampah pinang oleh Tuan Puteri Sa'dung.
- Penyakit kayap di dada Raja Siam sembuh semula selepas Tuan Puteri Sa'dung dikeluarkan dari istana dan dihantar balik ke pangkuan suaminya Sultan Abdullah di Mahligai/negeri Kelantan.
- Air mawar dalam jembul di sanggul Tuan Puteri Sa'dung yang disapu oleh inang busu ke mata luka di leher dan seluruh tubuh menyebabkan Tuan Puteri Sa'dung yang telah mati dapat hidup seperti sediakala.
- Tuan Puteri Sa'dung mengaibkan/menghilang diri di gua Bukit Marak.
- Keturunan Sultan Ibrahim dari raja Jembal jatuh dan tidak naik lagi sebagai pemerintah/sultan di negeri Kelantan kerana terkena sumpah/kemurkaan Tuan Puteri Sa'dung.
- Wangkang di Kuala Nama tenggelam selepas Tuan Puteri Kembang Bunga membunuh diri di dalamnya.
- Raja Nang Cayang ( Raja negeri Pattani ) jatuh sakit teruk kerana memelihara Long Yunus ( anak angkat ) di dalam istananya.
- Dan isi-isi lain yang sesuai ............... sila rujuk teks/cerita/hikayat asal.
Thursday, 31 May 2012
Sebab-sebab Tuan Puteri Sa'dung menghaibkan/menghilangkan diri dari gua Bukit Marak dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Marah/tidak berpuas hati terhadap pemerintahan Sultan Ibrahim yang zalim terhadap rakyat negeri Kelantan.
- Fikirannya yang terlalu rungsing/bimbang.
- Merasakan dirinya tidak terlepas daripada tanggungjawab terhadap rakyat/negeri Kelantan walaupun pemerintahannya telah diserahkan kepada orang lain ( Sultan Ibrahim ).
Tujuan/sebab-sebab Raja Ibrahim mengadap Tuan Puteri Sa'dung di Bukit Marak dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Untuk memberitahu kepada Tuan Puteri Sa'dung bahawa rakyat menjadi hura-hara kerana negeri Kelantan sekarang tiada raja/sultan yang memerintah selepas kematian Sultan Abdullah.
- Rakyat masing-masing bertindak mengikut sesuka hati.
- Untuk bertanya kepada siapa pemerintahan/kerajaan negeri Kelantan hendak diserahkan.
Wednesday, 30 May 2012
Cara-cara Tuan Puteri Sa'dung dihidupkan semula selepas dibunuh oleh Sultan Abdullah dalam Hikayat Seri Kelantan ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Inang busu pernah mendengar pesanan Tuan Puteri Sa'dung kepadanya bahawa jika dia mati berdarah disuruhnya ambil jembul yang terdapat dalam sanggulnya.
- Dalam jembul tersebut terdapat air mawar pemberian Encik Siti yang diambil daripada Tuan Puteri Maning Berembun.
- Kain tudung mayat Tuan Puteri Sa'dung dibuka.
- Inang busu merombak sanggul Tuan Puteri Sa'dung dan mengambil jembul yang berisi air mawar.
- Inang tua memberitahu kepada inang busu jika air mawar disapukan pada mata luka tubuh orang yang mati, mata luka akan tertutup balik dan si mati akan hidup semula.
- Inang busu mengambil kepala Tuan Puteri Sa'dung yang terpisah dengan tubuhnya dan menyambungnya semula.
- Inang busu mencurahkan air mawar ke dalam sebuah piring emas.
- Kapas dicelup ke dalam air mawar dan disapu pada mata luka di leher Tuan Puteri Sa'dung.
- Air mawar kemudian dicomor/disapu pada keseluruhan tubuh/mayat Tuan Puteri Sa'dung.
- Mayat Tuan Puteri Sa'dung yang telah disapu dengan air mawar kemudian ditudung dengan kain kuning.
- Mayat/tubuh Tuan Puteri Sa'dung bergerak-gerak lalu bersin dan hidup seperti sediakala.
- Tuan Puteri Sa'dung bangun berdiri dan meminta air daripada inang busu untuk membasuh muka.
Subscribe to:
Posts (Atom)