- Mencari hasilan hutan ( buah asam kelubi, perah, ketiau dan kabung ).
- Melukis.
- Memancing/menangkap ikan.
- Menahan jerat burung uak-uak.
- Berkebun.
- Menolong/membantu jiran.
Saturday, 11 February 2012
Hobi watak Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
Dua perkara yang amat tidak disukai oleh Syed Fariz dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Tidak suka tinggal di kampung.
- Benci/marah kepada ayahnya ( Syed Mustafa ).
Thursday, 2 February 2012
Sebab-sebab Syed Fariz dan Syarifah Farisya marah/benci kepada ayahnya/Syed Mustafa dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Ayahnya/Syed Mustafa tidak mengambil berat terhadap arwah ibunya yang sakit/berpenyakit kanser.
- Ayahnya/Syed Mustafa tidak sempat menghantar ibunya ( arwah Jumaimah ) ke hospital kerana pada masa itu Syed Mustafa berada di Bangkok bersia-siar bersama dengan perempuan simpanan/kekasihnya yang bernama Norseha.
- Ayahnya/Syed Mustafa bermain curang kerana mempunyai perempuan simpanan/kekasih lain yang bernama Norseha.
- Ayahnya/Syed Mustafa tidak mengambil berat terhadap mereka berdua di kampung. Jarang-jarang balik ke kampung menjenguk mereka berdua kerana terlalu sibuk dengan urusan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Ayahnya/Syed Mustafa hendak berkahwin dengan Solehah/ibu angkat Anuariza.
Perbandingan watak Azuera dengan Syarifah Farisya dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rasyid )
- Azuera dan Syarifah Farisya kedua-duanya merupakan watak sampingan dalam cerita/novel.
- Azuera dan Syarifah Farisya kedua-duanya berasal dari bandar/Kuala Lumpur dan telah berpindah ke kampung.
- Azuera anak kandung Solehah dengan arwah Thamrin, sedangkan Syarifah Farisya anak kandung Syed Mustafa dengan arwah Jumaimah.
- Azuera anak yatim kerana kematian bapa sedangkan Syarifah Farisya juga anak yatim kerana kematian ibu.
- Azuera bersekolah di SMK Sultan Muzaffar Shah 1 di tingkatan tiga sedang Syarifah Farisya juga bersekolah di SMK Sultan Muzaffar Shah 1 di tingkatan empat.
- Azuera keluarganya miskin tetapi Syarifah Farisya keluarganya kaya/mewah/hartawan.
- Azuera seorang yang rajin belajar tetapi Syarifah Farisya seorang yang malas belajar.
- Azuera seorang yang rajin menolong/membantu ibunya bekerja tetapi Syarifah Farisya tidak suka membantu ayahnya.
- Azuera mengamalkan cara dan budaya hidup kampung tetapi Syarifah Farisya mengamalkan cara/budaya hidup moden/bandar.
- Azuera seorang yang penyayang kepada ibunya Solehah tetapi Syarifah Farisya seorang yang tidak suka/benci/marah kepada ayahnya Syed Mustafa.
- Azuera seorang yang bersopan santun/berbudi bahasa/lemah-lembut sedangkan Syarifah Farisya seorang yang bersikap kasar/tidak berbudi bahasa.
- Azuera seorang yang menghormati orang tua/ibunya/Nek Siah/Anuariza sedangkan Syarifah Farisya tidak menghormati orang tua/ayahnya/Nek Siah.
- Azuera dan Syarifah Farisya kedua-duanya cantik.
- Azuera tidak pernah jatuh hati/cinta kepada sesiapa tetapi Syarifah Farisya pernah jatuh hati/cinta kepada Anuariza.
- Azuera seorang yang tidak bersikap cemburu sedangkan Syarifah Farisya seorang yang bersikap cemburu.
- Azuera tidak suka bergaul bebas dengan lelaki sedangkan Syarifah Farisya suka bergaul bebas dengan lelaki.
- Azuera tidak pernah lari dari rumah tetapi Syarifah Farisya pernah lari dari rumah ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang.
- Azuera berfikiran lebih matang berbanding dengan cara Syarifah Farisya berfikir/tidak matang.
- Dan isi-isi lain yang sesuai............. sila rujuk teks/novel asal.
Perbandingan watak Syed Mustafa dengan Khusyairi dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rasyid )
- Syed Mustafa ialah watak pembantu sedangkan Khusyairi juga watak pembantu.
- Syed Mustafa anak arwah Syed Ubaidillah tetapi Khusyairi anak arwah Haji Samad.
- Syed Mustafa bekas suami arwah Jumaimah dan isteri kepada Solehah tetapi Khusyairi suami kepada Saliah.
- Syed Mustafa bapa kepada Syarifah Farisya dan Syed Fariz sedangkan Khusyairi bapa kepada Ruhaiza.
- Syed Mustafa dan Khusyiari sama-sama berasal dari kampung yang sama.
- Syed Mustafa pernah menjadi guru, jawatan penting kerajaan dan usahawan di Kuala Lumpur tetapi Khusyairi pernah menjadi tentera dan penoreh getah di kampung.
- Syed Mustafa pernah mencintai Saliah tetapi Khusyairi berkahwin dengan Saliah.
- Syed Mustafa seorang yang kaya/jutawan sedangkan Khusyairi seorang yang miskin.
- Syed Mustafa pada peringkat awal cerita telah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak tetapi akhirnya juga kasih dan sayang kepada anak-anak, sedangkan Khusyairi bertanggungjawab dan sayang kepada anak.
- Syed Mustafa dan Khusyairi masing-masing sudah dewasa/berusia.
- Syed Mustafa dan Khusyairi saling menghormati/merendah diri di antara satu sama lain/bertolak-ansur.
- Syed Mustafa seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh anaknya Syed Fariz terhadap Ruhaiza, demikian juga Khusyairi sangat bertanggungjawab/mengambil berat terhadap apa yang telah terjadi kepada anak perempuannya Ruhaiza.
- Dan isi-isi lain ............... sila rujuk teks/novel asal.
Wednesday, 1 February 2012
Perwatakan Solehah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Watak pembantu dalam cerita.
- Watak dinamis.
- Berasal dari Kuala Lumpur.
- Bekas isteri arwah Thamrin.
- Berkhwin dengan Syed Mustafa/menjadi isteri Syed Mustafa.
- Berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung.
- Seorang yang miskin, di Kuala Lumpur tinggal di rumah setinggan.
- Menumpang di tanah Nek Siah selepas berpindah ke kampung.
- Ibu angkat kepada Anuariza.
- Mempunyai seorang anak kandung bernama Azuera.
- Masih muda sewaktu janda.
- Seorang yang penyayang/pengasih, contoh Solehah kasih dan sayang kepada anak-anaknya/Azuera dan Anuariza.
- Seorang yang rajin/gigih bekerja, contoh Solehah rajin bekerja dengan mengambil upah menoreh di kebun getah kepunyaan Nek Siah.
- Seorang yang penyabar/tabah, contoh Solehah sabar/tabah menerima cacian orang kampung yang menuduhnya untuk merampas suami orang/sabar dengan kemiskinan hidup tanpa harta.
- Seorang yang suka menolong/membantu orang lain, contoh Solehah selalu memasak dan menghantar makanan kepada Nek Siah/membantu majlis kenduri tahlil di rumah Nek Siah/Syed Mustafa.
- Seorang yang beriman/beribadat kepada Allah, contoh Solehah pulang ke rumahnya untuk mandi dan mengambil air sembahyang untuk bersolat jemaah di rumah Nek Siah.
- Seorang yang mementingkan/mengambil berat pelajaran anak-anak, contoh Solehah mahu supaya Anuariza menjadi seorang guru matematik yang berwibawa.
- Seorang ibu yang bertanggungjawab, contoh Solehah bertanggungjawab memelihara dan menjaga Azuera dan Anuariza dengan baik/bekerja untuk menyara mereka/anak-anaknya.
- Seorang yang bersopan santun/berbudi bahasa, contoh Solehah bercakap dengan lemah-lembut dan sopan santun dengan Nek Siah/Syed Mustafa.
- Seorang yang mengenang budi/jasa orang lain, contoh Solehah setuju berkahwin dengan Syed Mustafa iaitu anak Nek Siah kerana mengenang budi dan jasa baik Nek Siah kepadanya.
- Seorang yang menghormati orang tua, contoh Solehah menghormati Nek Siah/Syed Mustafa.
- Seorang yang suka merendah diri, contoh Solehah sentiasa merendah diri kepada Nek Siah/Syed Mustafa.
- Seorang yang berfikir panjang, contoh Solehah setuju berkahwin dengan Syed Mustafa demi masa depan Anuariza.
- Seorang yang pemalu, contoh Solehah malu untuk berterus terang kepada anak-anaknya ( Azuera dan Anuariza ) yang dia dilamarkan oleh Syed Mustafa.
- Dan isi-isi lain .......................sila rujuk teks/novel asal.
Peranan watak Cikgu Syakinah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Sebagai guru kaunselor di SMK. Sultan Muzaffar Syah 1.
- Bertindak sebagai pelerai setiap permasalahan yang mengganggu emosi murid di sekolah itu.
- Akan memanggil murid yang telah dikenakan tindakan disiplin untuk memulihkan semangat mereka.
- Sebagai penggalak muridnya datang sendiri secara sukarela untuk diberikan kaunseling.
- Bertindak sebagai ibu dalam mendekati anak-anak didiknya.
- Sebagai penasihat, iaitu memberi nasihat kepada Ruhaiza supaya rajin belajar dan berusaha.
- Mempelawa Ruhaiza datang ke rumahnya untuk diberi pinjam buku-buku rujukan dan majalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)