Friday, 10 August 2012

Konsep novel


1.      Definisi/Pengertian

Istilah novel berasal daripada perkataan novella atau novellete ( Bahasa Itali ) yang bermaksud cerita dalam bentuk prosa panjang dan mempunyai isi yang tertentu. Ia merupakan karya kreatif cereka naratif dalam bentuk prosa moden yang popular sehingga ke hari ini.
            Novel merupakan karya kreatif yang dihasilkan pengarang berdasarkan pengalaman atau imaginasi yang mengandungi fakta sebenar. Novel ditulis secara kreatif oleh penulis dengan menggunakan sama ada watak manusia atau pun bukan manusia dan melibatkan latar alam nyata atau pun bukan dunia nyata.
            Novel digolongkan dalam kategori karya naratif di samping cerpen, drama dan prosa tradisional. Isi cerita sesebuah novel menggambarkan realiti kehidupan masyarakat yang diolah dan diadun dalam bentuk kreatif. Gambaran masyarakat dalam sesebuah novel adalah tiruan daripada realiti kehidupan masyarakat yang sebenar. Isi ceritanya berkait langsung dengan kehidupan sebenar anggota masyarakat yang melahirkan novel itu. Ia juga adalah gambaran pemikiran, sikap, budaya, agama, suasana, ideologi, politik dan seluruh pandangan hidup masyarakat terhadap alam sekitar.

2.      Ciri-Ciri/Unsur-Unsur Novel

a)      Tajuk
b)      Nama pengarang
c)      Tarikh dicetak/dihasilkan
d)     Nama percetakan
e)      Idea/Isi-isi
f)       Peristiwa-peristiwa
g)      Tema
h)      Persoalan-persoalan
i)        Watak dan perwatakan
j)        Latar tempat, masa dan masyarakat
k)      Gaya bahasa
l)        Plot ( jenis, struktur, unsur, teknik, dramatik, peranan )
m)    Sudut pandangan pengarang
n)      Nilai kemanusiaan
o)      Pengajaran

3.      Sejarah Ringkas Perkembangan Novel Tanah Air

TAHUN
PENULIS
NOVEL
TEMA
CATATAN
1925/1926
Syed Syeikh Ahmad al-Hadi
Faridah Hanum
Cinta segi tiga
Saduran dari Timur Tengah
( latar dan watak asing )
1927
Ahmad Haji Muhammad Rashid Talu
Kawan Benar
Kemasyarakatan
Novel asli Melayu yang pertama
 (  latar, watak dan suasana tempatan )
1930



1932



1936





Harun Aminurrashid


Abdullah Sidek



Ishak Haji Muhammad

Dll.
Melur di Kuala Lumpur
 
Cinta yang Tak Berfaedah


Putera Gunung Tahan
Percintaan
Penentangan terhadap nilai-nilai lama
Kahwin paksa
Sifat materialistik masyarakat

1946



1947



1948
Kamaluddin Mohamad ( Keris Mas )

Ahmad Murad Nasaruddin


Ahmad Lutfi

Dll.
Pahlawan Rimba Malaya

Nyawa di Hujung Pedang


Balik Dari Medan Perjuangan








Kepincangan masyarakat


Perjuangan kemerdekaan tanah air
Plot mudah

Poetic justice
1950

1951


1957
Ahmad Lutfi

Hamzah Hussain


Abdullah Hussain

Dll.
Anak Angkat
Rumah Itu Dunia Aku

Kalau Tidak Kerana Tuan


Kemasyarakatan serta kritikan sosial
Tertubuhnya ASAS 50

Gerakan memperjuangkan bahasa Melayu

Sayembara penulisan
 ( 1951-1958 )
1961

1965


1965

1966
A. Samad Said

Shahnon Ahmad

Arena Wati

S. Othman Kelantan

Dll.
Salina


Rentung


Lingkaran

Pengertian



Pelbagai:

Politik
Ekonomi
Sosial
Keagamaan
Dsb.

Diiktiraf peringkat antarabangsa

DBP menganjurkan peraduan mengarang
1971

1971



1977


1979














Arena Wati

Azizi Haji Abdullah


Fatimah Busu


Anwar Ridhwan

Dll.
Sandera

Senja Belum Berakhir

Ombak Bukan Biru

Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman


Pelbagai:

Politik
Ekonomi
Sosial
Keagamaan
Dsb.
Teknik dan kaedah baru
Terlepas dari pengaruh lama
Jalan cerita lebih mantap dan segar
Watak mewakili pelbagai lapisan masyarakat
1982



1986


1989




Azizi Haji Abdullah


Baharudin Kahar

Hasanuddin Md. Isa


Dll.
Seorang Tua di Kaki Gunung

Senjakala

Mereka Yang Tertewas



Pelbagai:

Politik
Ekonomi
Social
Keagamaan
Alam sekitar
Dsb.
Perkembangan baru
Unsur dalaman watak
Watak dikembangkan dari sudut pemikiran
Bahasa kreatif dan imaginatif
Plot tidak lagi berkembang ikut hukum kronologi

1991


1991

1996
S. Othman Kelantan

Zakaria Ali

Ismail Kassan

Dll.

Ustaz


Empangan

Restu


Pelbagai:

Politik
Ekonomi
Sosial
Keagamaan
Alam sekitar dan sebagainya
Sama seperti di atas.


4.      Peranan Novel Dalam Masyarakat

a. Sumber ilmu pengetahuan ( agama, budaya, adat, bahasa, sejarah,sains dsbnya )
b. Sumber hiburan ( mengisi masa lapang )
c. Sumber meniupkan semangat kebangsaan/cintakan tanah air/patriotik.
d. Sumber meluahkan perasaan ( kritikan, sindiran, teguran, pandangan ).
e. Sumber menyampaikan idea/ilham/inspirasi
f. Sumber nasihat/pengajaran.
g. Sumber mempamerkan bakat atau potensi seni mengarang/menulis
h. Sumber ekonomi/kewangan
i.    Sumber rujukan perbandingan
j.   Sumber pedoman/petua/panduan hidup ( agama, adat, peraturan, undang-undang,
    hukum dsbnya )
k. Sumber perpaduan kaum/suku/bangsa
l. Media perhubungan/komunikasi



Kaedah membaca teks sastera secara berkesan


LANGKAH-LANGKAH

1.       BUAT JADUAL MEMBACA PERIBADI

2.       PASTIKAN TEKS YANG HENDAK DIBACA

3.       PASTIKAN ASPEK YANG HENDAK DIKAJI

4.       MEMPUNYAI ALAT TULIS YANG LENGKAP   BESERTA   DENGAN    PENANDA WARNA

5.       GARISKAN/TANDAKAN ISI-ISI  ASPEK PENTING   YANG HENDAK  DIBACA

6.      TANDA DAN TULISKAN NAMA-NAMA WATAK YANG TERLIBAT PERISTIWA, LATAR  TEMPAT DAN LATAR MASA
7.      PASTIKAN KONSEP KM TELAH DIFAHAMI  TERLEBIH
DAHULU

8.      BUAT NOTA DENGAN MENYATAKAN ISI-ISI ASPEK PENTING   MENGGUNAKAN AYAT-AYAT SENDIRI

9.      BUAT PETA MINDA/PETA ISI

10.  BUAT ANDAIAN KEMUNGKINAN SOALAN  SENDIRI

11.  PERENGGAN-PERENGGAN TERTENTU HARUS   DIBACA  
      BEBERAPA KALI

12.  TEKS/CERITA HARUS DIBACA BERULANG KALI

13.  BERIKAN TAJUK SENDIRI BAGI NOTA YANG DIBUAT

14.  BACA BERULANG KALI NOTA BUATAN SENDIRI

15.  TUTUP BUKU DAN CUBA INGATKAN APA YANG TELAH  
      DIBACA

Thursday, 9 August 2012

Soalan SPM 2011: Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu

                                                        Bahagian Satu

                                                         [ 40 markah ]  
                                               
                                                     Jawab semua soalan.

1. SELOKA SIFAT PAK PANDIR

Inilah sifat Pak Pandir!
Asalkan bergaya itulah kaya,
Asalkan berkilat itulah intan,
Asalkan buntat pasti bertuah,
Asalkan berbungkal itulah emas,
Sifat mudah percaya,
Tiada sedar terpedaya,
Susah buatan sendiri,
Akhimya menyesal diri sendiri !

                                        ( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )


Berikan satu gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan puisi di atas.                                                                                                                               [4 markah]

2. Maka lalu dipersembahkan oranglah kepada Sultan Abdullah, "Perahu kelanggaran
dan orang Siam terlalu banyak, khabar konon hendak menyerang negeri ke bawah duli
tuanku ini." Maka lalu Sultan Abdullah pun berkerahlah sekalian pegawai, hulubalang,
pahlawan, dan rakyat sekalian berhimpun semuanya, duduk menyuruh hadir belaka
kerana musuh orang Siam telah datang kepada negeri kita ini.

                                                     (Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan)

Senaraikan empat golongan masyarakat Melayu feudal yang terdapat dalam
petikan di atas.                                                                 [4 markah.]

3. Maka ujar kadi, "Siapa adinda itu?" Maka ujar Muqaddam dan Muqaddim,
"Hai kadi, adapun nama anak baginda itu Caya Langkara." Maka kadi pun membuka
kitabnya dan tafsirnya seperti membilang-bilang al-Mubin. Maka sembah kadi,
"Ramainya." Maka kadi pun tersenyum serta mengucap syukur "alhamdulillahi
Rabbil'alamin." Maka sembah kadi, "Ya tuanku, adapun alamat adinda itu akan menjadi
raja besar terlalu sangat saktinya, insya-Allah Taala." Maka ia pun sentosa makan makanan
pun murah dan dagang pun banyak pergi datang dan segala raja-raja yang besar-besar
dan yang gagah-gagah berani sekaliannya pun takluk pada adinda itu dan segala mergastua
pun semuanya tunduk khidmat pada adinda itu.

                                               ( Dipetik daripada Hikayat Caya Langkara )

Berikan empat kelebihan yang terdapat pada Tuanku Caya Langkara dan negeri
yang diperintah seperti yang diramalkan oleh kadi.          [ 4 markah ]

4. hanya pada babak-babak terakhir
    ia sempat mempersiapkan diri
    dan menghayati kembali watak pilihan
    sebelum ia rebah dengan skrip tergenggam
   di puncak cerita sebuah kebenaran.

                                                  ( Dipetik daripada sajak Hari Tuanya Singgah
                                                     oleh Awang Abdullah )

Nyatakan empat ciri petikan sajak di atas.                   [ 4 markah ]

5.  SERINARA: Kita bertahan saja di sini dulu! Bentayan pun bumi Melaka,
                          Pagoh pun juga bumi Melaka. Sama-sama tanah air kita. Kita harus
                          pertahankan watan kita. Kasihkan watan atau tanah air satu
                          daripada iman.

     HANG KADIM :Ya, itulah dasar perjuangan kita, mempertahankan watan,
                                 bangsa dan agama kita. Kita tak mau dijajah, kita tak mau
                                diperhamba! ( suara keras dengan semangat. Kedua-duanya
                                memandang-mandang keluar dengan cemas ) Ha, itu pun
                                angkatan baginda sampai !

                                                      ( Dipetik daripada drama Bendahara Tepok
                                                       oleh Shaharom Husain )

 Berikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas.  [4 markah ]

6. PUTERI: Selepas Puteri lahir, ke mana bonda, di mana bonda Puteri, di mana
                   ayah Puteri? Di mana bonda Puteri sekarang?

    KEBAYAN: Selepas Puteri lahir, setahun umur Puteri, bonda Puteri lari ke
                       Singapura. Bekerja di sana. Bekerja nite club di sana. Dia
                       berkahwin di sana. Tiga tahun selepas itu nenek terima berita dia
                       meninggal dunia di sana. Ayahanda Puteri pun tidak nenek tahu
                       ceritanya selepas itu.

                                                   ( Dipetik daripada drama Dongeng Sang Puteri
                                                     OlehWan Ahmad lsmail )

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan empat peristiwa yang berlaku selepas Puteri
dilahirkan.                                                                          [ 4 markah ]

7. Itulah cerita lelaki tua di kaki lima. Di sebalik tubuh kurus tersimpan seribu kisah
    kehidupan. Di sebalik dentingan syiling, ada dua nyawa yang masih bergelut dengan
    kemelut.

                                     ( Dipetik daripada cerpen Gersang oleh Masniah Kalyubi )

Berikan dua perwatakan lelaki yang terdapat dalam petikan cerpen di atas. [ 4 markah ]


8. Kami bersedekah pakaian dan makanan. Kami adakan kelas membaca untuk orang
    dewasa yang sudah sekeras buluh. Kami bantu Apek melentur inak-inak yang masih
    rebung. Kami ajak inak-inak menyertai bengkel menggubah bunga dan menjahit baju.
    Mutiara bakat perlu digilap berkilat. Senggang waktu bukanlah hanya bersantai-santai
    di pangkin sambil menggendong anak.

                                                                 ( Dipetik daripada cerpen Cikgu Apek
                                                                   oleh Siti Hajar Mohd Zaki )

Berikan dua gambaran masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.  [ 4 markah ]

9. Selama ini dia mengenali Biah sebagai anak gadis yang baik, rajin dan tidak banyak
    bercakap. Tidak keterlaluan  jika dikatakan dalam keluarga Pak Ngah Kadir, Biahlah
    yang mencari rezeki dengan menoreh getah.

                       ( Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak   oleh Ghazali Lateh)

    Nyatakan dua nilai yang terdapat pada Biah dalam petikan di atas.  [ 4 markah ]


10. Pagi masih begitu awal, hujan yang menggila malam tadi meninggalkan rasa sejuk.
      Meskipun matahari senyum mengintai, namun kehadirannya belum bersedia mengirim
      bahang. Angin berhembus tenang berbisik segar dan indah, mesra dan sentosa.
      Kumiaan Ilahi tiada siapa berdaya mengekangnya.

                                 ( Dipetik daripada novel Jeriii Kasih oleh Ramlah Abd Rashid )

      Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada objek.
      Berdasarkan petikan di atas, berikan dua contoh personifikasi.      [ 4 markah ]


                                                       Bahagian Dua
                                                        [ 60 markah ]

                                                        Bahagian A
                                        (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)


                                      Jawab sama ada Soalan I atau Soalan 2.

1. Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pantun Empat Kerat -Adat dan Etika

Anak Cina bertimbang madat,
Dari Makasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia biar beradat,
Bahasa tidak terjual beli.

Apalah tanda batang putat,
Batang putat bersegi buahnya;
Apalah tanda orang beradat,
Orang beradat tinggi maruahnya.

Batu kecubung warna ungu,
Ditatah berlian batu bermutu;
Adat Melayu menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Daun sirih sudah disusun,
Siap dengan gambir dan kapur;
Adat semang pulang ke dusun,
Adat belut pulang ke lumpur.

a) Huraikan maksud rangkap ketiga pantun ini.                           [ 4 markah ]
b) Berikan empat pengajaran yang terdapat dalam pantun ini.      [ 8 markah ]


c) Ciptakan dua rangkap pantun empat kerat yang bertemakan
    budi bahasa.                                                                          [8 markah]

2.  Berdasarkan Hikayat Nakhoda Muda dalam antologi Seuntai Kasih
     Secebis Harapan:

(a) Nyatakan tiga perwatakan Nakhoda Muda berserta contoh.
                                                                                   [ 12 markah ]

(b) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam hikayat tersebut.
                                                                                  [ 8 markah ]



                                                Bahagian B

                                      ( Puisi Moden dan Drama )

                                 Jawab sama ada soalan 3 atau Soalan 4.

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bunga Damai

Masih menguntumkah
bunga damai
sekiranya dunia
masih berperang
kejahilan masih berleluasa
sebaris kejam
mengimami rumah mesra
merayap mesiu
dan mortar menyusup telinga
meratah rakus jiwa manusia?

Masih mekarkah
serumpun bunga damai
di kelopak nurani
dahan kemanusiaan
sedang tampuk rapuh
dipanah petir
terlantar nanar jiwa tak berdosa
di gerai maruah jualan murah
angkara mabuk menguasai akal
nafsu menoda sepanjang waktu
bunga dunia merah terbakar?

Hantarkan ribuan bunga damai
berbaur kasturi ambar narwastu
ke puncak gunung
menggapai bulan
ke ranting awan
menggulung bahagia
rincis duri pohon sengketa
bantal mimpi dalam sengsara
anak dunia akhir zaman.

Ciptalah internet bunga damai
saluran pemisah duka nestapa
tegak Islami ikhwanul insan
bumi ceria pembuka jalan

hapus laknat singkir lara
kantung mesra gantung harap
aman sentosa deras mengalir.

RIA ASMARA

(a) Huraikan tema sajak tersebut.                                          [ 4 markah ]

(b) Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini.  [ 8 markah ]

(c) Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan patriotik.          [ 8 markah ]

Bilangan baris sajak anda itu tidak kurang daripada lima belas baris.


4.  Berdasarkan drama Lima Perwira karya Kala Dewata dalam antologi Madu Ilmu:

(a) Berikan empat perwatakan Hang Tuah.                  [ 4 markah ]

(b) Huraikan dua persoalan dalam drama tersebut.       [ 8 markah ]

(c)
      NAKHODA
      ANTAH BERANTAH: Ah, Jebat! Maksud kau hendak menentang Juragan
                                            Kilat Bersiung? Juragan Kilat Bersiung pendekar dan ahli
                                            tikam yang tak ada bandingnya di lautan ini. Nyawakau
                                            akan menjadi mainan saja padanya. Apa tujuan kau, Jebat?

       HANGJEBAT         :   Tujuan saya mudah saja. Benarkan saya bertikam dengan
                                          Juragan Jempul ini. Biar kami bermain nyawa.

      NAKHODA
      ANTAH BERANTAH :  Jadi?

                                            ( Dipetik daripada drama Lima Perwira oleh Kala Dewata)

      Berdasarkan kreativiti anda, ciptakan empat dialog bagi menyambung petikan
      drama di atas.                                                                       [8 markah ]


                                                                  Bahagian C

                                                         ( Cerpen dan Novel )

                                            Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5. Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya'


" Eh, kan sidang ini di negeri Melayu, semua rakaman dalam bahasa
Malaysia! Orang-orang dari tempat lain yang tak faham, kenalah bawa
komputer mini untuk terjemahan sendiri," balas pengerusi, merangsang
Pak Badin.

                                                  ( Dipetik daripada cerpen Sidang Para Dukun
                                                    dan Sindrom oleh Hasan Ali )

(a) Jelaskan satu latar berdasarkan petikan cerpen di atas.                         [ 4 markah ]

(b) Berdasarkan cerpen Sidang.Para Dukun dan Sindrom, nyatakan dua
     sindrom yang dihadapi oleh penduduk dunia dan cara penyelesaiannya.  [ 8 markah ]

(c)  Nyatakan empat pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.                [ 8 markah ]


6. Berdasarkan novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid;

(a) Berikan empat bukti yang menggambarkan ketabahan Anuariza seperti yang terdapat
     dalam novel.                                                                                         [ 8 markah ]

(b) Jelaskan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel ini.                         [ l2 markah ]


                                          KERTAS SOALAN TAMAT








Monday, 23 July 2012

Cerita Tiga Negeri Semawar: Teknik Pemaduan Seni Ala Wayang Kulit

Dato' Malim Hitam memanggil puteranya Malim Selengkar Alam
Persembahan pada hari Guru 2008 di Dewan Besar SMK Sultan Ibrahim Satu.
Malim Bongsu mengadap ayahandanya Dato' Malim Hitam
Dato' Malim Hitam memberitahu kepada anak menantunya untuk berpindah ke negeri Jawi/Minangkabau.
Anak menantunya bersetuju untuk meninggalkan negeri Arab/Timur Tengah.

Saturday, 21 July 2012

Post-Mortem Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu, PKBS 2, 2012


1.      Pendahuluan

1.1.  Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu merupakan mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada pelajar di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).
1.2.  Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Satu, pada tahun  2012, terdapat tiga kelas daripada tujuh kelas aliran kemanusiaan yang menawarkan pakej mata pelajaran ini. Kelas-kelas yang dimaksudkan ialah Tingkatan 5P Al-Antaki, 5P Al-Farabi dan 5P Al-Kindi dengan jumlah pelajar  seramai 102 orang.
1.3.  Teks dan genre sastera yang digunakan oleh pelajar di peringkat tingkatan lima/SPM terdiri daripada empat buah yang mengandungi  enam genre ( puisi tradisional, puisi moden, prosa tadisional, prosa moden: novel, cerpen dan drama ).
1.4.  Soalan PKBS 2, 2012 telah menggunakan format soalan peperiksaan SPM sepenuhnya dengan peruntukan masa selama dua jam setengah. Soalan terdiri daripada bahagian satu dan bahagian dua.

  1. Objektif

2.1.  Untuk melihat aspek kekuatan dan kelemahan secara umum terhadap strategi-strategi yang digunakan pada lima bulan yang lepas.
2.2.  Untuk membandingkan data pencapaian secara umum,  kualiti, target dan gred purata mata pelajaran  ( NGP ) di antara kelas/tingkatan.
2.3.  Untuk merancang strategi dan program jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi kelemahan atau meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan pada masa-masa hadapan.
2.4.  Untuk mengenalpasti program khusus dan umum yang boleh dan mampu  dilaksanakan bagi meningkatkan lagi pencapaian dalam penilaian/peperiksaan pada masa hadapan.
2.5.  Untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru yang lepas di kelas.

  1. Matlamat
Post- Mortem ini dibuat untuk dijadikan dasar dan panduan ke arah merancang dan melaksanakan program-program akademik yang lebih berkesan untuk meningkatkan lagi pencapaian ke arah yang lebih baik pada masa-masa yang akan datang.

  1. Analisis Pencapaian Berdasarkan Kelas/Tingkatan

TKT
JUM
PEL
TH
A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
JUM
LULUS
%
LULUS
GPMP
5Al-A
34
-
1
9
11
5
4
3
1
-
-
-
34
100.00
2.44
5Al-F
32
-
-
-
-
1
-
2
5
6
1
17
15
 46.88
7.65
5Al-K
36
2
-
-
2
-
2
4
9
2
5
10
24
 70.59
6.89
JUM
102
2
1
9
13
6
6
9
15
8
6
27
73
 73.00
5.59


4.1.  Analisis Umum

4.1.1.   Terdapat seramai 102 orang calon dari tiga kelas ( 5Al-Antaki, 5Al-Farabi dan 5Al-Kindi ). Seramai 2 orang pelajar tidak hadir, iaitu  dari tingkatan 5Al-Kindi.
4.1.2.      Terdapat seramai 5 orang pelajar berbangsa Tionghua di tingkatan 5Al-Farabi. Daripada 5 orang pelajar Tionghua tersebut, hanya seorang yang lulus dengan markah 48% ( C ).
4.1.3.      Pencapaian umum ialah 73.00 % ( 73 orang lulus dan 27 orang gagal ) dengan GPMP  5.59.
4.1.4.      Pencapaian dari segi kualiti ( A+:1 orang, A:9 orang dan A-:13 orang, iaitu 23.00% ). Gred B seramai 12 orang, iaitu 12.00%.
4.1.5.    Daripada tiga kelas aliran kemanusiaan ( 5Al-A, 5Al-F dan 5Al-K ), didapati pencapaian pelajar tingkatan 5Al-A ialah 100 %, dengan gred purata mata pelajaran 2.44 ( A+1, A 9, A-11: 21 orang, B+ 5 orang. 5Al-F ialah 46.88%  ( NGP 7.65 ) dan 5Al-K ialah 70.59% ( NGP 6.59 ).
4.1.6.      Keadaan pelajar di tingkatan 5Al-Farabi dan  5Al-Kindi pada tahun ini agak  terkawal, tidak banyak menimbulkkan masalah disiplin, kecuali dua orang iaitu Mohamad Hafizur Rahman Bin Ab. Rahim ( 5Al-Farabi ) dan Muhammad  Salkowi Bin Ihsan ( 5Al-Kindi ) yang agak nakal sedikit.
4.1.7.      Pada keseluruhannya keadaan/suasana kelas tingkatan 5Al-Kindi adalah lebih baik berbanding dengan kelas tingkatan 5 Al-Farabi baik dari segi minat terhadap mata pelajaran mahu pun sasiah/disiplin pelajar.

  1. Analisis Kekuatan dan Kelemahan

5.1.1.      Kekuatan

5.1.2.      Majoriti pelajar yang lulus dengan pencapaian cemerlang dan kepujian berada di kelas tingkatan 5Al-Antaki
5.1.3.  Pelajar di kelas ini belajar dengan penuh disiplin, mempunyai minat dan bertanggungjawab.
5.1.4.      Mereka suka membaca, merujuk blog sastera, berbincang dan membuat latihan.
5.1.5.      Pelajar hadir ke kelas harian biasa, kelas gilap petang dan kelas tambahan hari Jumaat.
5.1.6.      Mereka dapat menyiapkan tugasan rumah yang diberikan dengan baik.
5.1.7.      Mereka dapat faham  konsep sastera dengan baik
5.1.8.      Pelajar faham soalan dan dapat mengemukakan isi dan huraian jawapan yang cukup, sesuai dengan kehendak soalan.
5.1.9.      Pelajar minat terhadap mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
5.1.10.  Merujuk/mencari bahan melalui internet ( Blog AZMAR-PB ).


5.2.  Kelemahan

5.2.1.      Majoriti pelajar sederhana, lemah dan gagal berada di kelas tingkatan 5Al-Farabi dan 5Al-Kindi.
5.2.2.      Majoriti pelajar lemah dan gagal ialah mereka yang tidak minat terhadap mata pelajaran, tidak bertanggungjawab dan tidak berdisiplin.
5.2.3.      Pelajar sering tidak hadir ke kelas tambahan hari Jumaat.
5.2.4.   Tidak mempunyai peralatan belajar yang cukup seperti tidak membawa buku teks ke sekolah dan buku nota atau latihan.
5.2.5.      Tidak membaca teks dan mengulangkaji nota.
5.2.6.      Tidak memberi perhatian sepenuhnya sewaktu guru mengajar di kelas.
5.2.7.      Tidak menyiapkan tugasan rumah  yang diberikan oleh guru.
5.2.8.      Sukar memahami konsep sastera dan teks sastera yang dibaca atau dikaji.
5.2.9.      Tidak memahami kehendak soalan yang menyebabkan jawapan terpesong, isi kurang dan tiada huraian contoh. Gagal mentafsir maksud tersirat dan jawapan yang tersembunyi ( Soalan Bahagian 1 ).
5.2.10.  Sukar mengingati fakta dan contoh dalam cerita, terutama prosa tradisional/teks klasik.
5.2.11.  Tiada kemudahan internet di rumah untuk merujuk/mencari bahan sastera.

  1. Senarai Pelajar Cemerlang ( A+, A, A- )

Bil. 
Nama Pelajar
Tingkatan
Markah
Gred
1
Mohammad Izzat Lutfi Bin Mahmud
5Al-Ant.
88
A
2
Muhmad Hafiz Bin Muhamad Nazari
5Al-Ant
86
A
3
Muhmmad Amal Bin Rusli
5Al-Ant
72
A-
4
Muhamad Attirmizie Bin Abd. Rahman
5Al-Ant
84
A
5
Muhmmad Azrul Bin Azman
5Al-Ant
73
A-
6
Muhammad Firdaus Bin Azhan
5Al-Ant
73
A-
7
Muhammad Zaiful Adli  Zainal Abidin
5Al-Ant
84
A
8
W. Mohd. Shaker W. Mohd. Fadzmee
5Al-Ant
81
A
9
Fatin Mastura Bin Binti Zahari
5Al-Ant
77
A-
10
Jamilyn Syafiqa Binti Rushdan
5Al-Ant
77
A-
11
Noor Syahiera Binti Awang@Muhamad
5Al-Ant
72
A-
12
Nor Hazwani Binti Abdullah Halim
5Al-Ant
72
A-
13
Nur Aifa Alia Binti Ghazali
5Al-Ant
72
A-
14
Nur Amira Farhana Binti Abd. Hamid
5Al-Ant
73
A-
15
Nur Nabilah Binti Zakeri
5Al-Ant
77
A-
16
Nur Salwanie Binti Zaini
5Al-Ant
80
A
17
Nuremylia Binti Ramli
5Al-Ant
84
A
18
Nurul Amni Binti Ismail
5Al-Ant
76
A-
19
Nurulizzati Binti Che Hashim
5Al-Ant
87
A
20
Siti Norwahidah binti Rajab
5Al-Ant
96
A+
21
W. Nur Zulaikha Bt W. Mohd. Zulkifli
5Al-Ant
87
A
22
Mohd. Al-Qushairy Bin Mohamad
5Al-Knd
76
A-
23
Nur Zaira Mardia Binti Azidi
5Al-Knd
79
A-

  1. Senarai Pelajar Lemah ( Gagal: G1, G2, G3 )

Bil.
Nama Pelajar
Tingkatan
Markah
Gred
1
Abdul Halim Bin Mohammad Rasit
5Al-Farabi
14
G2
2
Ahmad Tarmizi Bin Mohamad Darus
5Al-Farabi
17
G2
3
Koit Eng Jean
5Al-Farabi
25
G1
4
Mawardi Bin Mohamed
5Al-Farabi
29
G1
5
Mohamad Hafizur Rahman Bin Ab. Rahim
5Al-Farabi
28
G1
6
Mohammad Syarul Azri Bin Mohd. Noor
5Al-Farabi
22
G1
7
Mohd. Khairil Bin Zakaria
5Al-Farabi
22
G1
8
Muhammad Alif Amza Bin Zailani
5Al-Farabi
25
G1
9
Muhammad Farid Bin Mohd. Yusoff
5Al-Farabi
27
G1
10
Muhammad Zulhilmi Bin Che Shamsuddin
5Al-Farabi
23
G1
11
Nik Mohd. Faiz Bin Kamil
5Al-Farabi
16
G2
12
Owi Cheng Uon
5Al-Farabi
34
G1
13
Teng Sing Guan
5Al-Farabi
16
G2
14
W. Muhd. Rafizee Bin W. Abd.Rahman
5Al-Farabi
32
G1
15
Wan Zahil Affan Bin Wan Zain@W. Ezani
5Al-Farabi
18
G2
16
Nurul Amalina Binti Elias
5Al-Farabi
24
G1
17
Wee quan Huey
5Al-Farabi
22
G1
18
Abdul Muhaimin Bin Ismail
5Al-Kindi
31
G1
19
Asyraf Bin Zakaria
5Al-Kindi
25
G1
20
Mohd Lukfi Bin Mustafah
5Al-Kindi
22
G1
21
Muhammad Alif Bun Muhammad Jailani
5Al-Kindi
34
G1
22
Muhammad Fitri Afiq Bin Zulhisyam
5Al-Kindi
20
G1
23
Muhammad Noor Edriezal Bin Abd. Ghani
5Al-Kindi
19
G1
24
Muhammad Syamin Bin Shamsudin
5Al-Kindi
22
G1
25
Nur Hazwanie Binti Mohd. Noor
5Al-Kindi
19
G2
26
Nurul Iszani Binti Asri
5Al-Kindi
27
G1
27
Siti Noor Izzah Binti Mohd. Azmi
5Al-Kindi
33
G1

Nota:

G1 : 21 orang ( Markah 20 - 34 )
G2 : 06 orang ( Markah ( 10 – 19 )
G3 :  Tiada ( Markah 0 – 09 )

  1. Strategi untuk Pelajar Cemerlang ( A+, A, A- )

8.1.  Mengulangkaji soalan dan skema jawapan PKBS 2 yang lepas.
8.2.  Mencadangkan pelajar membeli buku ulasan sastera.
8.3.  Menyemak dan memeriksa nota atau buku latihan pelajar.
8.4.  Membincangkan soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM 2010 dan 2011.
8.5.  Mencadangkan tajuk-tajuk penting yang perlu diberi keutamaan oleh pelajar.
8.6.  Mengkaji tajuk-tajuk soalan yang telah keluar dalam peperiksaan SPM  pada tahun  lepas dan tajuk-tajuk yang belum keluar.
8.7.  Melaksanakan projek folio sastera ( Tugasan wajib pelajar ).
8.8.  Mempelgai strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran   dan pembelajaran di kelas.
8.9.  Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan SPM.
8.10.     Mendapatkan soalan dan skema jawapan peperiksaan percubaan SPM 2012 dari     negeri- negeri lain dan membincangkan bersama dengan pelajar.
8.11.         Kelas tambahan hari Jumaat ( Memperincikan bahan )
8.12.       Kelas tambahan selepas tamat persekolahan ( Kelas gilap petang: Penggunaan Modul Sastera SPM: Latihan Menjawab Soalan ).
8.13.                 Mengedarkan bahan bercetak mengenai tajuk-tajuk penting.
8.14.                 Menggalakkan dan mendorong pelajar merujuk blog sastera melalui talian internet.


  1. Strategi untuk Pelajar Lemah ( G: G1, G2, G3 )

9.1.  Mengulangkaji soalan dan skema jawapan PKBS 2 yang lepas.
9.2.  Menyemak dan memeriksa nota atau buku latihan pelajar.
9.3.  Membincangkan soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM 2010 dan 2011.
9.4.  Mencadangkan tajuk-tajuk penting yang perlu diberi keutamaan oleh pelajar.
9.5.  Mengkaji tajuk-tajuk soalan yang telah keluar dalam peperiksaan SPM  pada tahun  lepas dan tajuk-tajuk yang belum keluar.
9.6.  Melaksanakan projek folio sastera ( Tugasan wajib pelajar ).
9.7.  Mempelgai strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran   dan pembelajaran di kelas.
9.8.  Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan SPM.
9.9.  Mendapatkan soalan dan skema jawapan peperiksaan percubaan SPM 2012 dari negeri-negeri lain dan membincangkan bersama dengan pelajar.
9.10.      Kelas tambahan hari Jumaat ( Meperincikan bahan )
9.11.   Kelas tambahan selepas tamat persekolahan ( Kelas Gilap Petang: Penggunaan Modul Sastera  SPM: Latihan Menjawab Soalan )
9.12.    Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar lemah dan tidak berminat untuk belajar.
9.13.  Mengambil tindakan disiplin secara spontan terhadap pelajar yang bermasalah dalam mata pelajaran.

  1. Perancangan Strategi dan Program ke Arah Meningkatkan Prestasi Pencapaian dalam Peperiksaan SPM 2012 ( Mata Pelajaran KM )

10.1.      Mengulangkaji soalan dan skema jawapan peperiksaan SPM yang lepas.
10.2.       Mencadangkan pelajar membeli buku ulasan sastera.
10.3.        Menyemak dan memeriksa nota atau buku latihan pelajar.
10.4.         Mempastikan pelajar mempunyai peralatan belajar yang cukup.
10.5.     Membincangkan soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan    tahun dan peperiksaan   percubaan SPM 2010 dan 2011.
10.6.         Mencadangkan tajuk-tajuk penting yang perlu diberi keutamaan oleh pelajar.
10.7.     Mengkaji tajuk-tajuk soalan yang telah keluar dalam peperiksaan SPM  pada tahun  lepas dan tajuk-tajuk yang belum keluar.
10.8.     Menyediakan soalan dan skema jawapan peperiksaan pertengahan tahun berformat dan bertaraf soalan peperiksaan SPM sebenar.
10.9.        Melaksanakan projek folio sastera ( Tugasan wajib pelajar ).
10.10.   Mempelgai strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran   dan pembelajaran di kelas.
10.11.     Mengadakan ceramah teknik menjawab soalan peperiksaan SPM.
10.12.    Mendapatkan soalan dan skema jawapan peperiksaan percubaan SPM 2012 dari negeri-negeri lain dan membincangkan bersama dengan pelajar.
10.13.      Kelas tambahan hari Jumaat.
10.14.       Kelas tambahan selepas tamat persekolahan ( Kelas Gilap Petang  )
10.15.       Projek anak angkat pelajar yang gagal dalam  peperiksaan percubaan SPM 2012.
10.16.       Memberi motivasi kepada pelajar-pelajar lemah dan tidak berminat untuk belajar.
10.17.    Mengedarkan bahan bercetak mengenai tajuk-tajuk penting kepada semua pelajar SPM 2012   yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.
10.18.      Menggalakkan dan mendorong pelajar merujuk blog sastera melalui talian internet.


  1. Kesimpulan
Analisis post mortem keputusan peperiksaan PKBS 2, 2012 yang lepas dalam bentuk laporan bertulis ini sangat penting kepada semua pihak di sekolah sama ada yang terlibat secara langusng atau pun tidak langsung dalam pengurusan akademik.
            Segala dapatan sama ada berupa data mahu pun masalah akan menjadi sumber penting terutama kepada Panitia Mata Pelajaran dan guru yang mengajar untuk dijadikan dasar dalam merancang strategi dan program bagi mengatasi pelbagai aspek kelemahan.
            Laporan post mortem ini akan menjadi sumber penting terutamanya kepada guru mata pelajaran untuk merangka perancangan dan strategi ke arah yang lebih baik dan berkesan. Mudahan-mudahan dengan kesedaran, komitmen dan motivasi yang tinggi di pihak guru mata pelajaran, insya-Allah segala kelemahan dan kekurangan yang ada akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa yang akan datang.
            Perubahan segera yang perlu dilakukan oleh pelajar ialah berusaha mengubah sikap  daripada malas  kepada rajin belajar dan berminat terhadap mata pelajaran.


Sekian. Terima kasih.


Disediakan oleh,



            DRS. AB. AZIZ HAJI OMAR,
            Guru Mata Pelajaran KM,
Merangkap Pengerusi Panitia,
Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu,
Sek. Men. Keb. Sultan Ibrahim Satu,
17000 Pasir Mas, Kelantan.

Tarikh: 22 Jun, 2012.