- Serbasalah, contoh: Imran merasa serabasalah apabila dihubungi melalui telefon oleh Norasma/bekas kekasih lamanya yang mahu bertemu dengannya.
- Sedih, contoh: Imran merasa sedih apabila mendengar cerita Norsama bahawa kedua orang tuanya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu dan adiknya pula ditahan di pusat pemulihan/serenti di Pahang kerana terlibat dengan dadah. Dia hidup sebatang kara.
- Marah, contoh: Imran marah kepada drebar/pemandu kereta buruk yang memandu laju dan memotong motosikalnya bersama Norasma di jalan raya.
- Menyesal, contoh: Imran menyesal kerana tidak mendengar nasihat Norasma supaya jangan menunggang motosikal terlalu laju/memotong kereta buruk di jalan raya, akibatnya berlaku kemalangan jalan raya dan Norasma yang luka parah/pecah kepala/cacat anggota/Imran menyesal kerana tidak sempat untuk berjumpa dan meminta maaf daripada kedua orang tua Norasma sebelum mereka berdua meninggal dunia.
- Terharu, contoh: Imran merasa terharu apabila Norasma memberitahu yang dia tidak ada sesiapa lagi di dunia ini hendak mengadu, hanya kepada Imran yang dapat menolongnya/Kemalangan yang menimpa mereka berdua dahulu bukan salah Imran seorang, tetapi sama-sama bersalah, sudah menjadi suratan takdir.
- Mengeluh, contoh: Imran mengeluh kepada isterinya/Norhayati kerana tidak tahu hendak buat macam mana mengenai hubungannya dengan Norasma/bekas kekasih lamanya yang muncul semula.
- Bingung, contoh: Imran menjadi bingung apabila Zahid memberi nasihat kepadanya bahawa berpoligami bunyinya sedap, tapi risikonya......./Sepatutnya Imran bernikah dengan Norasma sebaik dia sembuh dari kecederaan selepas kemalangan, bukannya selepas beristeri dan mempunyai anak.
- Buntu, contoh: Imran menjadi buntu apabila mengenangkan dosanya terhadap Norhayati/isteri dan Hasnita/anaknya.
- Risau, contoh: Imran merasa risau kerana Norhayati/isterinya pulang ke kampung tanpa memberitahu kepadanya.
Saturday, 24 November 2012
Konflik jiwa/dalaman/mental watak Imran dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
Konflik drama/di antara watak dengan watak dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Konflik di antara Imran dengan Norasma, contoh: Imran menjadi serbasalah apabila Norasma/bekas kekasih lamanya ingin bertemu/berjumpa dengannya.
- Konflik di antara drebar/pemandu kereta dengan Imran, contoh: Pemandu/drebar kereta memaki/memarahi Imran yang memandu laju motosikal bersama dengan Norasma di jalan raya.
- Konflik di antara ayah/kedua orang tua Norasma dengan Imran, contoh: Ayah Norasma marah kepada Imran yang telah merosakkan kehidupan masa depan anak dan keluarganya akibat dari kemalangan jalan raya.
- Konflik di antara Norhayati dengan Imran, contoh: Norhayati merasa hairan dengan perubahan sikap Imran/suaminya yang tidak mahu bercakap banyak lagi dengannya/Norhayati merasa hairan apabila Imran/suaminya memberitahu kepadanya 'tak tahu nak buat macam mana'/Norhayati menangis apabila Imran/suaminya memberitahu yang dia pernah terlibat dengan seorang gadis.
- Konflik di antara Zahid dengan Imran, contoh: Zahid merasa hairan kerana Imran ada masalah rumah tangga/Imran mengeluh apabila Zahid menegur prestasi kerjanya semakin menurun pada akhir-akhir ini.
Friday, 23 November 2012
Teknik plot/unsur/peristiwa suprise/kejutan dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Imran terkejut apabila dihubungi melalui telefon oleh Nazmi/kawannya yang sudah tiga bulan tidak berhubung semasa berada di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd yang mengajaknya untuk belanja makan tengah hari.
- Imran yang berada di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd. terkejut/terperanjat menerima panggilan telefon daripada Norasma/bekas kekasih lamanya yang sudah lama berpisah.
- Norhayati terperanjat apabila diberitahu oleh Imran yang dia tidak sempat untuk melihat anaknya Hasnita yang dijaga oleh Kak Jah di rumah mereka sejak dari pagi.
- Imran terkejut apabila diberitahu oleh Norasma bahawa kedua orang tuanya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu dan adiknya pula ditahan di pusat pemulihan/serenti di Pahang Dia hidup sebatang kara..
- Imran terperanjat apabila sebuah kereta memotong motosikalnya di jalan raya dan pemandunya membunyikan hon serta memakihamunnya.
- Imran terkejut apabila diberitahu oleh Norasma yang dia hilang ingatan sewaktu ibunya membawa ke kampung di Perlis untuk berubat secara tradisional selepas tercedera dalam kemalangan jalan raya tempoh hari.
- Norhayati terkejut apabila Dr. Mona memberi salam dan menegurnya sewaktu mereka bertemu di hadapan pasar raya.
- Zahid terperanjat apabila Imran memberitahu kepadanya yang dia ada masalah rumah tangga/peribadi.
- Zahid terkejut apabila Imran memberitahu masalah rumah tangganya dengan Norhayati/isterinya berpunca daripada dirinya sendiri.
- Norhayati terkejut apabila Imran memberitahu kepadanya yang dia pernah terlibat hubungan sulit dengan seorang gadis/Norasma/kawan lamanya.
- Norasma terkejut apabila Imran memberitahu kepadanya yang hubungan sulit dan perancangan mereka berdua untuk berkahwin telah diberitahu kepada Norhayati/isterinya.
- Norasma terkejut apabila Imran memberitahu akan/mahu mengahwininya.
- Norhayati terkejut apabila Imran memberitahu bahawa Norasma datang ke rumah untuk berjumpa dengan Norhayati, tetapi tidak bertemu kerana Norhayati balik ke kampung.
Thursday, 22 November 2012
Teknik plot/unsur/peristiwa suspen dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Peristiwa Imran mengejar dengan laju kereta buruk yang memotong motosikalnya bersama dengan Norasma di jalan raya. Pembaca menjadi tanda tanya mengapakah Imran bertindak sedemikian dan apakah kesudahannya.
- Peristiwa berlaku kemalangan motosikal dengan kereta di jalan raya yang melibatkan Imran dan Norasma sebagai pembonceng. Pembaca ingin tahu bagaimanakah keadaan Imran dan Norasma yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tersebut.
- Peristiwa Imran mencari Norasma yang begitu lama selepas berlaku kemalangan di jalan raya. Pembaca ingin tahu Norasma dibawa ke mana oleh keluarganya untuk mendapatkan rawatan.
- Peristiwa Imran meluahkan perasaannya/janjinya untuk bertanggungjawab/menjadikan Norasma sebagai isterinya selepas Norasma cacat anggota akibat kemalangan jalan raya. Pembaca ingin tahu adakah Imran mengotakan/menunaikan janjinya terhadap Norasma.
- Peristiwa Norasma memberitahu kepada Imran yang dia hidup sebatang kara selepas kematian kedua orang tua dan adiknya di tahan di pusat serenti selepas bertemu semula dengan Imran. Pembaca ingin tahu apakah tindakan/reaksi Imran terhadap masalah Norasma tersebut.
- Peristiwa Imran menyatakan kepada Norasma yang dia bersedia untuk berkahwin/bernikah dengannya walau pun cacat anggota. Pembaca ingin tahu adakah Imran jadi bernikah/berkahwin dengan Norasma.
- Peristiwa Zahid menyuruh Imran berterus terang kepada Norhayati/isterinya mengenai hubungan sulitnya dengan Norasma/bekas kekasih lamanya. Pembaca tertanya-tanya adakah Imran melakukannya/berterus terang dengan Norhayati/isterinya.
- Peristiwa Zahid menyuruh Imran bertaubat nasuha terhadap kesalahan/kesilapannya pada masa lepas kepada Norasma/Norhayati. Pembaca ingin tahu adakah Imran berbuat demikian.
- Peristiwa Norhayati merajuk dan melarikan diri balik ke kampung kerana kecewa terhadap keputusan Imran/suaminya yang akan berkahwin/bernikah dengan Norasma/bekas kekasi lamanya. Pembaca ingin tahu apakah tindakan Imran/rumah tangga Imran dan Norhayati untuk seterusnya.
- Peristiwa Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya yang dia dengan Norasma tidak jadi berkahwin/bernikah, tetapi telah memilih jalan hidup masing-masing, iaitu Norasma akan ke pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Pembaca ingin tahu apakah respon/reaksi Norhayati terhadap Imran.
Unsur-unsur agama Islam dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Terdapat nama-nama watak/pelakon yang beragama Islam, contoh: Imran/Zahid/Nazmi/Norhayati/dll.
- Adanya memberi dan menjawab salam, contoh: Nazmi/kawan Imran memberi salam melalui telefon dan Imran menjawab salam tersebut/waalaikummussalam/Dr. Mona memberi salam kepada Norhayati.
- Adanya menyebut perkataan insya-Allah, contoh: Imran menjawab insya-Allah ketika kawannya/Nazmi mengajaknya untuk belanja makan-makan melalui telefon/Dr. Mona menjawab insya-Allah ketika Norhayati menjemputnya datang lagi ke rumahnya.
- Adanya menyebut perkataan alhamdulillah, contoh: Norhayati menyebut perkataan 'alhamdulillah, sambutannya bagus,' semasa menjawab pertanyaan suaminya/Imran yang ingin tahu mengenai program seminar peperiksaan anjurannya di sekolah.
- Ada menyebut perkataan/nama Tuhan/Allah, contoh: Norasma menyebut perkataan 'ya Allah' di atas motosikal sebelum berlakunya kemalangan di jalan raya bersama dengan Imran.
- Adanya mengucap dua kalimah syahadat, contoh: Imran menyuruh Norasma mengucap dua kalimah syahadat sebaik berlakunya kemalangan di jalan raya, iaitu motosikal yang diboncengnya bersama dengan Imran bertembung dengan kereta.
- Adanya mengucap syukur/bersyukur kepada Tuhan/Allah, contoh: Norasma bersyukur kepada Tuhan/Allah kerana sudah pulih/sembuh sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan di jalan raya.
- Percaya kepada takdir/qadak dan qadar Tuhan/Allah, contoh: Norasma tidak menyalahkan Imran seorang di atas berlakunya kemalangan di jalan raya, baginya peristiwa tersebut merupakan takdir/ketentuaan Allah SWT.
- Mengirim salam kepada seseorang, contoh: Dr. Mona meminta Norhayati menyampaikan salamnya kepada Imran/suaminya.
- Bersumpah dalam Islam/dengan nama Allah, contoh: Imran bersumpah, 'Demi Allah, apa-apa yang abang katakan ini betul, Yati,'/ Imran bersumpah di hadapan Norhayati/isterinya dengan menyebutkan nama Allah.
- Bertaubat nasuha, contoh: Zahid menyuruh Imran bertaubat nasuha di atas segala kesalahan/keterlanjuran terhadap isterinya/Norhayati/Norasma/Imran dan Norasma telah bertaubat nasuha di atas keterlanjuran/kesilapan/kesalahan yang mereka lakukan dahulu.
- Nama tempat suci dalam Islam/Mekah, contoh: Norasma akan pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
- Amalan ibadah umrah dalam Islam, contoh: Norasma akan pergi menunaikan ibadah umrah ke Mekah.
Wednesday, 21 November 2012
Pengajaran/mesej/amanat/pesanan/perutusan/unsur didaktik dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Guru hendaklah bertanggungjawab terhadap bidang tugas yang diamanahkan, contoh: Norhayati bertanggungjawab terhadap pelajar sekolahnya dengan mengadakan program seminar peperiksaan sehingga mendapat pujian daripada pengetua sekolah.
- Kita hendaklah memberikan kasih sayang dengan sepenuhnya kepada anak isteri/keluarga, contoh: Imran dan Norhayati sayang kepada anaknya Hasnita/Norhayati sayang kepada suaminya/Imran.
- Kita hendaklah menyelesaikan masalah rumah tangga secara diplomasi/perbincangan/perundingan, contoh: Imran berbincang dengan Norhayati/isterinya sebelum berkahwin/bernikah dengan Norasma.
- Kita janganlah bertindak terburu-buru/mengikut perasaan/emosi/ego di jalan raya, contoh: Imran yang ego/mengikut perasaan mencabar pemandu kereta di dalan raya telah di timpa kemalangan jalan raya bersama dengan Norasma.
- Kita hendaklah berterus terang/jujur dengan isteri/seseorang, contoh: Imran jujur/berterus terang memberitahu kepada Zahid bahawa masalah rumah tangganya berpunca daripada dirinya sendiri/Norhayati jujur merelakan Imran/suaminya bernikah dengan Norasma.
- Kita hendaklah tabah/gigih dalam menghadapi cabaran/dugaan hidup, contoh: Norasma tabah/gigih menghadapi cabaran hidup walau pun telah kematian kedua orang tua dan cacat anggota.
- Kita hendaklah sabar dalam menghadapi cabaran hidup/rumah tangga, contoh: Dr. Mona meminta Norhayati/Norasama bersabar menghadapi cabaran hidup/masalah rumah tangga.
- Kita hendaklah menerima qadak dan qadar/takdir Allah SWT ke atas musyibah yang menimpa diri, contoh: Norasma tidak menyalahkan Imran terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya, tetapi kerana ketentuan Allah SWT.
- Kita hendaklah menunaikan/mengotakan/menepati janji yang dibuat kepada seseorang, contoh: Imran akan bernikah/berkahwin dengan Norasma sebagai mengotakan/menunaikan janjinya terhadap Norasma.
- Kita janganlah memendam perasaan/merajuk/melarikan diri tanpa pengetahuan/keizinan suami, contoh: Norhayati yang kecewa terhadap Imran/suaminya telah melarikan diri balik ke kampung tanpa pengetuan Imran/suaminya.
- Kita hendaklah memaafkan seseorang yang pernah melakukan kesalahan/kesilapan, contoh: Norasma/Noryahati telah memaafkan Imran yang banyak melakukan kesalahan terhadap mereka.
- Kita hendaklah cepat bertaubat apabila menyedari telah banyak melakukan kesilapan/kesalahan terhadap seseorang, contoh: Imran/Norasma telah bertaubat nasuhah di atas perbuatan mereka pada masa lalu/kerana menimbulkan tekanan perasaan terhadap Norhayati.
- Kita hendaklah memberi nasihat/idea yang berguna kepada seseorang yang sedang menghadapi masalah, contoh: Zahid memberi nasihat kepada Imran supaya berbincang/berterus terang dengan Norhayati/isterinya/Dr. Mona memberi nasihat kepada Norasma/Norhayati supaya banyak bersabar dalam menghadapi cabaran hidup.
- Kita hendaklah menghargai/berterma kasih kepada seseorang, contoh: Pengetua sekolah mengucapkan tahniah/pujian kepada Norhayati kerana berjaya mengadakan program seminar peperiksaan di sekolah/Norasma menghargai/berterima kasih kepada Imran yang sudi mengahwininya/bertanggungjawab terhadap dirinya.
- Kita hendaklah bersimpati/belas kasihan terhadap seseorang, contoh: Imran/Norhayati bersimpati terhadap penderitaan hidup Norasma/Dr. Mona bersimpati terhadap masalah Norasma/Norhayati.
- Kita hendaklah bijaksana dalam menyelesaikan masalah/konflik rumah tangga, contoh: Imran bijak menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan membuat keputusan tidak berkahwin/bernikah dengan Norasma/bekas kekasih lamanya demi menjaga keharmonian rumah tangganya dengan Norhayati/isterinya.
Latar/citra/imej/gambaran/keadaan/suasana masyarakat dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Masyarakat yang hidup zaman moden/selepas merdeka/kini/sekarang, contoh: Imran/Norasma/Norhayati pernah menuntut di universiti/ Imran/Zahid bekerja di syarikat swasta Sinar Kejora Sdn. Bhd./Nazmi/Norasma menelefon Imran/Imran menelefon kepada Norhayati/isterinya.
- Masyarakat Melayu beragama Islam, contoh: Dr. Mona/Zahid/Imran/Norasma/Norhayati beragama Islam.
- Masyarakat yang berasal dari kampung dan menetap/bermastautin di bandar, contoh: Norhayati berasal dari kampung/Imran berasal dari negeri Melaka/Norasma berasal dari negeri Perlis/dll.
- Masyarakat yang bekerja dengan pihak swasta/kerajaan, contoh: Zahid/Imran bekerja di syarikat Sinar Kejora Sdn. Bhd./Norhayati berkhidmat sebagai guru/Dr. Mona bertugas sebagai doktor.
- Masyarakat muda-mudi yang bergaul bebas/bercinta, contoh: Imran dan Norasma bergaul bebas/bercinta sewaktu menuntut di universiti dahulu.
- Masyarakat yang ego/degil/keras hati, contoh: Imran mencabar pemandu kereta di jalan raya sehingga berlaku kemalangan jalan raya yang mengakibatkan Norasma menjadi cacat anggota.
- Masyarakat yang penyayang/pengasih, contoh: Imran tidak jadi berkahwin dengan Norasma kerana kasih/sayang kepada anak dan isterinya/Norhayati sayang kepada suaminya Imran.
- Masyarakat yang rajin/gigih/tekun bekerja, contoh: Zahid/Imran bekerja di syarikat Sinar Kejora Sdn. Bhd./Norhayati bertugas sebagai guru di sekolah.
- Masyarakat yang bertindak secara terburu-buru/tanpa berfikir panjang, contoh: Imran membuat keputusan untuk berkahwin/bernikah dengan Norasma bekas kekasih lamanya.
- Masyarakat yang menjaga/mementingkan hubungan persahabatan, contoh: Zahid/Nazmi berkawan baik dengan Imran/Dr. Mona bersahabat baik dengan Norasma/Norhayati.
- Masyarakat yang bertanggungjawab, contoh: Imran sanggup bertanggungjawab terhadap Norasma sebagai menunaikan janjinya untuk bernikah/berkahwin dengannya.
- Masyarakat yang mengota/menunaikan janji, contoh: Imran sanggup untuk bernikah/berkahwin/menjadikan Norasma sebagai isteri keduanya sebagai menunaikan janji yang pernah dibuat terhadap Norasma.
- Masyarakat yang insaf/sedar/kesal/mengakui kelemahan diri sendiri, contoh: Imran merasa insaf/kesal/merasa bersalah terhadap Norhayati/isterinya kerana menyembunyikan hubungan cinta dengan Norasma.
- Masyarakat yang sanggup/rela berkorban, contoh: Norhayati sanggup membenarkan Imran/suaminya berkahwin/bernikah dengan Norasma yang hidup menderita.
- Masyarakat yang bertaubat/kembali ke jalan kehidupan yang sebenar, contoh: Imran dan Norasma telah bertaubat di atas kesalahan yang lalu dan kembali hidup seperti biasa.
- Masyarakat yang mengalami konflik/masalah rumah tangga, contoh: Imran dan Norhayati menghadapi masalah rumah tangga kerana Imran/suaminya akan berkahwin/bernikah dengan Norasma/kekasih lamanya.
- Masyarakat yang suka berterus terang/jujur/ikhlas, contoh: Imran jujur/berterus terang memberitahu kepada Zahid bahawa masalah rumah tangganya berpunca daripada dirinya sendiri/Imran berterus terang kepada Norhayati/isterinya yang dia akan berkahwin/bernikah dengan Norasma.
- Masyarakat yang suka memberi nasihat kepada rakan/kawan/seseorang yang menghadapi masalah, contoh: Zahid memberi nasihat kepada Imran supaya berterus kepada isterinya/Norhayati/Dr. Mona memberi nasihat kepada Norasma/Norhayati supaya banyak bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.
- Masyarakat yang suka merajuk/memendamkan perasaan/membawa diri, contoh: Norhayati membawa diri/merajuk melarikan diri balik ke kampung kerana kecewa dengan sikap suaminya/Imran yang akan berkahwin/bernikah dengan Norasma.
- Masyarakat yang pemaaf, contoh: Norasma memaafkan kesalahan Imran terhadapnya/Norhayati memaafkan Imran/suaminya yang pernah menimbulkan masalah kepadanya.
- Masyarakat yang berpendidikan/berkelulusan tinggi/universiti, contoh: Imran/Norasma/Norhayati berkelulusan universiti.
- Masyarakat yang tabah/cekal, contoh: Norasma tabah menghadapi cabaran hidup walau pun cacat anggota dan kematian kedua orang tuanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)