- Jalil meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia di peringkat Diploma Landskap dan Seni Taman.
- Jalil pada asalnya bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera.
- Jalil terpilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang seni taman dan landskap ke peringkat sarjana muda oleh fakultinya di UPM dengan tawaran biasiswa kerana prestasi cemerlang dalam pelajaran.
- Syarikat Alam Hijau semakin berkembang maju dalam perniagaan seni lukis dan projek gunting rambut ke seluruh negara. Bayaran royalti oleh pihak kerajaan berjalan lancar seperti dalam perjanjian.
- Jalil telah mengharumkan nama universitinya setelah terpilih untuk mengendalikan beberapa projek landskap di beberapa buah bangunan korporat di ibu kota.
- Selepas tamat pengajian Jalil memohon untuk mendapatkan lesen kontrak dalam bidang seni taman dan landskap.
- Syarikat Alam Hijau di bawah pengurusan Jalil sebagai pengarah telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan urusan landskap sebuah bandar bestari yang baru didirikan oleh kerajaan.
- Syarikat Alam Hijau telah menubuhkan beberapa anak syarikat, di antaranya Nibung Construction, Nibung Dekor dan Syarikat Pengangkutan Nibung yang mana Jalil ialah sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya.
- Di atas kejayaan dan kemajuan cemerlang yang dicapai oleh syarikatnya, Jalil telah dianugerahkan trofi "CEO of the Year" oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri.
- Jalil bertekad dan berjanji kepada abang Joe untuk menyempurnakan wasiat arwah bapanya iaitu akan membayar/menebus kembali tanah arwah ayahnya yang tergadai kepada Pak Amat di Gurun.
Pagi, tengah hari, petang dan malam.
Latar tempat:
Di UPM, di Kuala Lumpur, di rumah sewa abang Joe, di pejabat Syarikat Alam Hijau, di bandar baru bestari, di hotel-hotel, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.
No comments:
Post a Comment