- Anuariza gembira kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM sambil mengayuh basikal pulang ke rumah.
- Rakan-rakan Anuariza di sekolah mengucapkan tahniah kepadanya di atas kejayaan tersebut.
- Anuariza menolak basikalnya kerana rantainya putus di tengah jalan.
- Solehah di rumah gelisah menunggu kepulangan Anuariza.
- Solehah terfikir lamaran Syed Mustafa terhadap dirinya semasa sedang mengopek buah kelapa di halaman rumahnya.
- Solehah membersihkan kawasan rumahnya yang sudah pun bersih.
- Solehah terfikir sebab-sebab untuk menerima lamaran Syed Mustafa ( Hal. 226 ).
- Nek Siah dan Syed Mustafa singgah di rumah Solehah dalam perjalanan balik dari pekan/pejabat tanah.
- Syed Mustafa pergi mencari Anuariza di sekolah kerana belum balik lagi.
- Solehah menyerahkan kepada Nek Siah untuk membuat keputusan mengenai dirinya yang dilamar oleh Syed Mustafa.
- Nek Siah menyerahkan geran tanah arwah ayah Thamrin ( bekas suami Solehah ) yang digadai kepada arwah Syed Ubaidillah ( bekas suami Nek Siah ) untuk belanja perkahwinan dengan Solehah.
- Syed Mustafa dan Anuariza tiba di rumah Solehah dari sekolah.
- Solehah tidak mengambil berat terhadap keputusan peperiksaan STPM yang Anuariza bawa pulang dari sekolah.
- Nek Siah melihat slip keputusan peperiksaan STPM Anuariza dan ditunjukkan kepada Solehah.
- Solehah menangis, memeluk, mencium dan mengucapkan tahniah kepada Anuariza di atas kejayaan cemerlang peperiksaan STPM tersebut ( 5A ).
Latar tempat: di tengah jalan, di SMK. Sultan Muzaffar Shah 1, di rumah Solehah/Anuariza.
No comments:
Post a Comment