- Syarifah Farisya mengurung diri dalam bilik kerana tidak bersetuju ayahnya/Syed Mustafa hendak berkahwin dengan Solehah.
- Syed Fariz gembira mendapat tahu yang ayahnya akan berkahwin dengan Solehah.
- Syed Mustafa runsing dengan sikap Syarifah Farisya yang berkurung di dalam bilik.
- Syarifah Farisya ternampak melalui tingkapnya Solehah sedang mengangkat kain jemuran di ampaian. Dia sangat benci kepada Solehah.
- Syed Fariz mengatakan ayahnya sudah berubah dan Solehah seorang perempuan yang baik.
- Syarifah Farisya mengatakan kasih sayang ayahnya akan terbahagi kepada empat atau lima setelah berkahwin dengan Solehah.
- Syarifah Farisya akan berusaha untuk menentang rancangan ayahnya berkahwin dengan Solehah dan akan melakukan sesuatu jika diteruskan juga.
- Anuariza bertanya Solehah/ibunya mengapa tidak memberitahu sendiri kepadanya rancangan untuk berkahwin dengan Syed Mustafa.
- Anuariza dan Azuera bersetuju ibunya/Solehah berkahwin dengan Syed Mustafa.
- Anuariza meminta ibunya/Solehah tidak mengabaikan kasih sayang terhadap dirinya dan Azuera selepas berkahwin dengan Syed Mustafa.
- Syed Mustafa datang ke rumah Anuariza/Solehah untuk berbincang mengenai tarikh kenduri kahwin.
- Solehah mahu Syed Mustafa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada Syarifah Farisya.
Latar tempat: di bilik Syarifah Farisya/rumah Syed Mustafa, di rumah Solehah/Anuariza.
No comments:
Post a Comment