- Syed Mustafa menjadi bingung kerana Syarifah Farisya melarikan diri dari rumah.
- Anuariza balik dari pekan kecil mencari Syarifah Farisya tetapi tak jumpa.
- Anuariza merahsiakan nota yang diberikan oleh Syarifah Farisya kepadanya melalui buku yang dipulangkan oleh Syarifah Farisya kepadanya.
- Syed Mustafa bersama Anuariza telah membuat laporan polis tentang kehilangan Syarifah Farisya.
- Solehah mencadangkan rancangan berkahwin dengan Syed Mustafa dibatalkan.
- Syed Mustafa dan Anuariza bertanya Syed Fariz sebab-sebab Syarifah Farisya melarikan diri dari rumah.
- Anuariza memberitahu perubahan sikap Syarifah Farisya terhadap dirinya, dingin dan tidak mahu bertegur sapa.
- Syed Mustafa sudah dua kali pergi ke balai polis.
- Anuariza membuat andaian yang Syarifah Farisya lari ke Kuala Lumpur ke rumah kawan-kawannya.
- Syed Fariz menyindir ayahnya.
- Nek Siah menyuruh Syed Mustafa pergi ke Kuala Lumpur mencari Syarifah Farisya.
- Syarifah Farisya menelefon Anuariza dari Kuala Lumpur sewaktu Anuariza berada di rumah Syed Mustafa.
- Anuariza pergi ke pekan untuk menghubungi Syarifah Farisya menggunakan telefon awam.
Latar tempat: di balai polis, di pekan kecil, di rumah Syed Mustafa, di Kuala Lumpur/rumah Haji Lokman/Hajah Munirah.
No comments:
Post a Comment