Perbandingan watak Syed Mustafa dengan Khusyairi dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rasyid )
- Syed Mustafa ialah watak pembantu sedangkan Khusyairi juga watak pembantu.
- Syed Mustafa anak arwah Syed Ubaidillah tetapi Khusyairi anak arwah Haji Samad.
- Syed Mustafa bekas suami arwah Jumaimah dan isteri kepada Solehah tetapi Khusyairi suami kepada Saliah.
- Syed Mustafa bapa kepada Syarifah Farisya dan Syed Fariz sedangkan Khusyairi bapa kepada Ruhaiza.
- Syed Mustafa dan Khusyiari sama-sama berasal dari kampung yang sama.
- Syed Mustafa pernah menjadi guru, jawatan penting kerajaan dan usahawan di Kuala Lumpur tetapi Khusyairi pernah menjadi tentera dan penoreh getah di kampung.
- Syed Mustafa pernah mencintai Saliah tetapi Khusyairi berkahwin dengan Saliah.
- Syed Mustafa seorang yang kaya/jutawan sedangkan Khusyairi seorang yang miskin.
- Syed Mustafa pada peringkat awal cerita telah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak tetapi akhirnya juga kasih dan sayang kepada anak-anak, sedangkan Khusyairi bertanggungjawab dan sayang kepada anak.
- Syed Mustafa dan Khusyairi masing-masing sudah dewasa/berusia.
- Syed Mustafa dan Khusyairi saling menghormati/merendah diri di antara satu sama lain/bertolak-ansur.
- Syed Mustafa seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan oleh anaknya Syed Fariz terhadap Ruhaiza, demikian juga Khusyairi sangat bertanggungjawab/mengambil berat terhadap apa yang telah terjadi kepada anak perempuannya Ruhaiza.
- Dan isi-isi lain ............... sila rujuk teks/novel asal.
No comments:
Post a Comment