Perwatakan Solehah dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Watak pembantu dalam cerita.
- Watak dinamis.
- Berasal dari Kuala Lumpur.
- Bekas isteri arwah Thamrin.
- Berkhwin dengan Syed Mustafa/menjadi isteri Syed Mustafa.
- Berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung.
- Seorang yang miskin, di Kuala Lumpur tinggal di rumah setinggan.
- Menumpang di tanah Nek Siah selepas berpindah ke kampung.
- Ibu angkat kepada Anuariza.
- Mempunyai seorang anak kandung bernama Azuera.
- Masih muda sewaktu janda.
- Seorang yang penyayang/pengasih, contoh Solehah kasih dan sayang kepada anak-anaknya/Azuera dan Anuariza.
- Seorang yang rajin/gigih bekerja, contoh Solehah rajin bekerja dengan mengambil upah menoreh di kebun getah kepunyaan Nek Siah.
- Seorang yang penyabar/tabah, contoh Solehah sabar/tabah menerima cacian orang kampung yang menuduhnya untuk merampas suami orang/sabar dengan kemiskinan hidup tanpa harta.
- Seorang yang suka menolong/membantu orang lain, contoh Solehah selalu memasak dan menghantar makanan kepada Nek Siah/membantu majlis kenduri tahlil di rumah Nek Siah/Syed Mustafa.
- Seorang yang beriman/beribadat kepada Allah, contoh Solehah pulang ke rumahnya untuk mandi dan mengambil air sembahyang untuk bersolat jemaah di rumah Nek Siah.
- Seorang yang mementingkan/mengambil berat pelajaran anak-anak, contoh Solehah mahu supaya Anuariza menjadi seorang guru matematik yang berwibawa.
- Seorang ibu yang bertanggungjawab, contoh Solehah bertanggungjawab memelihara dan menjaga Azuera dan Anuariza dengan baik/bekerja untuk menyara mereka/anak-anaknya.
- Seorang yang bersopan santun/berbudi bahasa, contoh Solehah bercakap dengan lemah-lembut dan sopan santun dengan Nek Siah/Syed Mustafa.
- Seorang yang mengenang budi/jasa orang lain, contoh Solehah setuju berkahwin dengan Syed Mustafa iaitu anak Nek Siah kerana mengenang budi dan jasa baik Nek Siah kepadanya.
- Seorang yang menghormati orang tua, contoh Solehah menghormati Nek Siah/Syed Mustafa.
- Seorang yang suka merendah diri, contoh Solehah sentiasa merendah diri kepada Nek Siah/Syed Mustafa.
- Seorang yang berfikir panjang, contoh Solehah setuju berkahwin dengan Syed Mustafa demi masa depan Anuariza.
- Seorang yang pemalu, contoh Solehah malu untuk berterus terang kepada anak-anaknya ( Azuera dan Anuariza ) yang dia dilamarkan oleh Syed Mustafa.
- Dan isi-isi lain .......................sila rujuk teks/novel asal.
No comments:
Post a Comment