Tujuan Syed Mustafa/Nek Siah mengadakan kenduri tahlil kali kedua dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Nek Siah mahu melakukan sedekah.
- Mahu melahirkan rasa bersyukur setelah segala kesulitan yang mereka lalui berjaya diatasi.
- Mereka mahu seluruh penduduk kampung bergembira dan masing-masing menerima imbuhan kenduri itu.
- Syed Mustafa dan Nek Siah mahu semua orang kampung tumpang gembira atas kegembiraanya membentuk semula keluarga bahagia.
- Sempena dengan Anuariza yang akan pergi ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Syed Fariz/anak Syed Mustafa yang terselamat daripada tuduhan merogol Ruhaiza.
- Kerana keluarga Ruhaiza membuat keputusan menolak kes anaknya dipanjangkan ke mahkamah.
- Syed Fariz yang sedia berubah dan menginsafi kesilapannya serta berjanji untuk belajar dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan PMR.
- Syarifah Farisya yang merajuk dengan melarikan diri ke Kuala Lumpur telah pulang semula ke kampung dan sudah ceria kembali.
No comments:
Post a Comment