Bukti-bukti Syarifah Farisya mencintai Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )
- Syarifah Farisya menyukai/meminati hasil seni lukis Anuariza.
- Menyimpan cincin pemberian Anuariza kepadanya.
- Tidak bersetuju ayahnya ( Syed Mustafa ) berkahwin dengan Solehah kerana bimbang cintanya kepada Anuariza akan terhalang.
- Melarikan diri dari rumah ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang/rumah Haji Lokman kerana cemburu kepada Solehah dan marah kepada ayahnya yang hendak berkahwin dengan Solehah.
- Meminta Anuariza menentang hasrat ibunya/Solehah berkahwin dengan ayahnya/Syed Mustafa.
- Mengancam/mengugut akan membunuh diri jika Anuariza tidak menyelesaikan dengan segera masalah ayahnya dengan Solehah/ibu angkat Anuariza.
- Meminta Anuariza datang seorang diri dengan tanpa membawa ayahnya/Syed Mustafa ke Kuala Lumpur untuk menjemputnya di rumah Haji Lokman.
- Menunggu dengan perasaan cemas ketibaan Anuariza di Hentian Bas Puduraya.
- Merangkul Anuariza dengan kemas dan agak lama dalam pelukannya di tangga Hentian Bas Puduraya pada waktu malam sebaik sahaja bertemu dengan Anuariza di situ.
- Mencium tangan Anuariza.
- Menggenggam erat tangan Anuariza sewaktu dalam perjalanan dengan teksi menuju ke rumah Haji Lokman di Hulu Kelang.
- Mendengar nasihat yang diberikan oleh Anuariza kepadanya.
No comments:
Post a Comment