Cabaran-cabaran hidup watak Caya Langkara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Menjadi mangsa fitnah oleh Muqaddam dan Muqaddim sehingga dibuang bersama bondanya ke hutan rimba oleh ayahandanya/Raja Saiful Muluk.
- Hampir-hampir dibunuh oleh ayahandanya/Raja Saiful Muluk akibat difitnah oleh Muqaddam dan Muqaddim yang mengatakan Caya Langkara membawa maksud negeri akan menjadi celaka dan rakyat akan susah.
- Menangis kerana kehausan air/susu semasa berada di dalam gua bersama bondanya/Tuan Puteri Sekandrum.
- Ditolak dari puncak gunung negeri Mesir ke dalam laut oleh Muqaddam dan Muqaddim dengan niat untuk membunuhnya.
- Ditutup dan dibakar pintu gua oleh Muqaddam dan Muqaddim dengan niat untuk membunuhnya.
- Berperang dengan ajar-ajar dan Raja Jin Kafir di negeri Peringgi sewaktu hendak membebaskan Tuan Puteri Ra'na Kaseen, Muqaddam dan Muqaddim di penjara negeri Peringgi.
- Berperang dengan mangkubumi dan rakyat negeri Mesir.
- Berperang dengan mangkubumi dan rakyat negeri Peringgi.
- Berperang dengan penunggu/penjaga penjara negeri Peringgi.
No comments:
Post a Comment