Kejayaan-kejayaan watak Caya Langkara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan )
- Berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir.
- Berjaya menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Saiful Muluk yang sakit tenat.
- Berjaya menyembuhkan penyakit Raja Negeri Mesir yang sakit tenat.
- Berjaya menyelamatkan diri bersama bondanya dari dibakar/dibunuh oleh Muqaddam dan Muqaddim di dalam gua dengan bantuan naga kuna.
- Berjaya membebaskan Tuan Puteri Ra'na Kaseen, Muqaddam dan Muqaddim yang ditawan dan dipenjarakan oleh Raja Negeri Peringgi di negeri Peringgi.
- Berjaya mendapatkan semula kembang kuma-kuma putih yang dirampas dan dibawa lari oleh utusan Peringgi ke negeri Peringgi.
- Berjaya berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen, iaitu puteri Raja Negeri Madinah.
- Berjaya menjodohkan/mengahwinkan/menikahkan bondanya/Tuan Puteri Sekandrum dengan Raja Negeri Madinah.
- Berjaya dilantik sebagai pengganti Raja Negeri Madinah.
- Berjaya menewaskan/menawan dan mengislamkan ajar-ajar dan Raja Jin Kafir di negeri Peringgi.
- Berjaya mengahwinkan/menikahkan Muqaddam dengan Tuan Puteri Ratna Dewi, iaitu puteri Raja Negeri Peringgi dan Muqaddim dengan Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala, iaitu puteri Raja Negeri Mesir.
- Berjaya menewaskan dan menawan penjaga/pengawal penjara negeri Raja Peringgi.
- Berjaya menewaskan mangkubumi dan utusan Raja Negeri Mesir.
- Berjaya menewaskan mangkubumi dan utusan Raja Negeri Peringgi.
- Berjaya memerintahkan negeri dan rakyat negeri Madinah dengan adil mengikut hukum-hukum agama Islam/Allah.
No comments:
Post a Comment