Maksud unsur
agama
Segala hal-ehwal yang berkaitan dengan amalan, kepercayaan, kebajikan, gelaran jawatan, peristiwa kebesaran, zaman, tahun, bulan, waktu, benda, tempat, hukum hakam, peralatan dan sebagainya yang ada kaitan dengan keagamaan Islam.
Unsur-unsur agama Islam dalam petikan
Maka sembah kadi, “ Ramainya”. Maka kadi pun tersenyum serta mengucap syukur “ alhamdulillahi Rabbil’alamin”. Maka sembah kadi, “ Ya tuanku, adapun alamat adinda itu akan menjadi raja besar terlalu sangat saktinya, insya-Allah Taala”.
( Dipetik dari Hikayat Caya Langkara, Teks SKSH, hal. 177 )
1. Ada gelaran jawatan
Contoh: Kadi
2. Adanya mengucapkan syukur kepada Allah
Contoh: Kadi mengucapkan syukur “alhamdulillahi Rabbil’alamin.
3. Ada menyebut perkataan insya-Allah Taala
Contoh: Kadi menyebut insya-Allah Taala.
Unsur-unsur agama Islam dalam Hikayat Caya Langkara
1.Ada menyebut perkataan Allah SWT
Contoh: Tuan Puteri Sekandrum terlalu sangat hendak beranak tiada juga diberi Allah SWT akan anak.
2.Dengan takdir Allah Taala
Contoh: Dengan takdir Allah Taala Tuan Puteri Sekandah Bayang-bayang/Tuan Puteri Sekandrum pun hamillah.
3.Berdoa kepada Allah SWT
Contoh: Tuan Puteri Sekandrum berdoa kepada Allah SWT untuk mendapatkan seorang anak lelaki.
4.Adanya mengucapkan syukur alhamdulillahi Rabbil’alamin
Contoh: Para ahli nujum mengucapkan syukur alhamdulillahi Rabbil’alamin di atas kelahiran Caya Langkara.
5.Adanya ilmu falak
Contoh: Para ahli nujum menyuruh Raja Saiful Muluk/raja negeri Ajam Saqat mencari kadi yang tahu ilmu falak untuk mendapatkan makna sebenar nama puteranya Caya Langkara.
6.Adanya gelaran jawatan kadi
Contoh: Kadi al-Mauli.
7.Adanya nama nabi
Contoh: Nabi Sulaiman/Muhammad SAW
8.Nama-nama negeri/negara yang berunsurkan Islam
Contoh: Negeri Mesir/negeri Madinah
9.Adanya konsep dosa dan pahala
Contoh: Tuan Puteri Ra’ana Kaseen melarang Muqaddam dan Muqaddim berbuat dosa kepada Allah SWT iaitu untuk mengkhianati saudaranya Caya Langkara.
10.Adanya konsep neraka dan syurga
Contoh: Tuan Puteri Ra’ana Kaseen memberi tahu kepada Muqaddam dan Muqaddim bahawa orang yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam.
11.Ada menyebut perkataan insya-Allah
Contoh: Tuan Puteri Ra’ana Kaseen memberitahu kepada Muqaddam dan Muqaddim ayahanda mereka insya-Allah akan mati jika menangkapnya.
12.Memberi sedekah
Contoh: Caya Langkara memberi sedekah kepada fakir miskin semasa berada di negeri Mesir.
13. Berdakwah/menyebarkan agama Islam
Contoh: Caya Langkara mengislamkan ajar- ajar dan Raja Jin di negeri Peringgi.
No comments:
Post a Comment