Segala perkara yang berlaku dan wujud di luar akal pemikiran logik manusia sama ada peristiwa, benda, perlakuan, tindakan sesuatu watak dan lain-lain.
Unsur-unsur mitos/sakti/luar biasa dalam petikan
Maka Muqaddam dan Muqaddim pun tertidur ia di bawah pohon kayu beringin terlalu besar. Maka dilihat oleh Caya Langkara, Muqaddam dan Muqaddim tidur seperti orang mati, maka Caya Langkara pun naik ke atas pohon beringin itu. Maka dipatahkannya pucuk beringin itu dengan takdir Allah SWT maka terbitlah air daripada pucuk beringin itu memancar-mancar seperti pancuran keluar air dari dalam pucuk beringin itu. Maka Caya Langkara pun membangunkan saudaranya, maka ujarnya, “Hai kakandaku, bangunlah minum air”.
( Dipetik daripada Hikayat Caya Langkara, Teks SKSH, hal. 185-186 )
Unsur mitos/sakti ialah:
Caya Langkara mematahkan pucuk pohon beringin dan dengan takdir Allah SWT keluar pancuran air daripada pucuk tersebut.
Maka kata Caya Langkara, “Hai kakanda janganlah takut sudah adat anak laki-laki”. Maka kata Muqaddam dan Muqaddim, “Mengapa menangis berteriak”. Maka ujar Caya Langkara, ”Hai raksasa dan harimau, nyahlah engkau dari sini kerana kakanda ini takut melihat engkau.” Maka kata raksasa dan harimau , “Ya tuanku Caya Langkara, hamba ini hendak menerangkan Tuanku Caya Langkara hamba ini tuanku pada tempat kembang kuma-kuma putih itu”.
( Petikan daripada Hikayat Caya Langkara Teks SKSH, hal. 186 )
Unsur-unsur mitos/sakti ialah:
1.Harimau dan raksasa dapat bercakap dengan Caya Langkara.
2.Kembang kuma-kuma putih
Unsur-unsur mitos/sakti/luar bias dalam Hikyat Caya Langkara
1.Kembang kuma-kuma putih
Contoh: Muqaddam/Muqaddim/TP Ra’ana Kaseen/Caya Langkara pergi ke puncak gunung Mesir untuk mendapatkan kembang kuma-kuma putih.
2.Pucuk pohon beringin mengeluarkan air
Contoh: Caya Langkara yang naik ke atas pohon beringin dan mematahkan pucuknya menyebabkan keluar air yang terlalu banyak.
3.Naga yang besar dan boleh bercakap
Contoh: Naga yang membuka mulut bibir atasnya setinggi puncak gunung Mesir dan bibir bawahnya di kaki gunung.
4.Naga kuna yang ajaib
Contoh: Naga kuna yang marah telah menghempaskan dirinya di dalam gua menyebabkan gua runtuh dan bumi bergerak.
5.Air laut yang bercahaya/bernyala-nyala
Contoh: Caya Langkara yang berpegang pada daun kembang kuma-kuma sehelai berenang di tengah laut dan air laut menjadi bercahaya/bernyala-nyala.
6.Sebuah pulau di tengah laut bercahaya seperti cahaya matahari
Contoh: Ajar-ajar di atas bukit Peringgi ternampak Caya Langkara yang duduk di atas air laut seperti sebuah pulau yang bercahaya seperti cahaya matahari.
7.Gunung terlalu besar
Contoh: Ajar-ajar yang marah kepada Caya Langkara telah mengeluarkan senjatanya berupa gunung terlalu besar dan hendak digugurkan kepada Caya Langkara.
8.Kuda putih/Caya Langka Kisna Sina yang terlalu besar
Contoh: Caya Langkara terlihat seekor kuda putih yang terlalu besar hendak menyambarnya.
9.Api yang terlalu besar
Contoh: Ajar-ajar mengeluarkan api yang terlalu besar hendak memakan Caya Langkara.
10.Hujan batu terlalu besar dan lebat
Contoh: Raja Jin Kafir yang marah kepada Caya Langkara telah terbang ke udara dan menurunkan hujan batu terlalu besar dan sangat lebat.
11.Rakyat tujuh laksa
Contoh: Mangkubumi Raja Peringgi membawa rakyat seramai tujuh laksa untuk menangkap Caya Langkara yang menceroboh negerinya.
12.Makanan naga kuna
Contoh: Raja Peringgi memerintahkan rakyatnya memasak beberapa ekor kerbau, unta, lembu, kambing, kijang, nasi dan daging setinggi bukit untuk dijadikan makanan naga kuna.
13.Raja Jin/rakyat Jin menangkap mangkubumi Raja Peringgi
Contoh: Mangkubumi Raja Peringgi merasa hairan kerana tidak nampak orang yang menangkap dan menawannya.
14. Kelajuan naga kuna berenang di dalam laut
Contoh: Naga kuna berenang di dalam laut yang kelajuannya seperti anak panah dan tidak sempat dilihat orang.
No comments:
Post a Comment