Ciri-ciri/unsur-unsur drama realisma dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Tema/pemikiran semasa, contoh: Konflik jiwa dan rumah tangga yang dialami oleh seorang suami yang sudah beristeri.
- Persoalan-persoalan/isu-isu semasa/seharian yang berlaku dalam masyarakat, contoh: Kemalangan jalan raya yang dialami oleh Imran dan Norasama semasa sama-sama menunut di universiti/dll.
- Watak-watak/pelakon-pelakon terdiri daripada kalangan orang/rakyat/masyarakat biasa dari kampung/bandar, contoh: Imran berasal dari Melaka/Norasma berasal dari Perlis/Norhayati berasal dari kampung.
- Latar tempat di alam nyata/bandar/kampung, contoh: Di Kuala Lumpur/di Petaling Jaya/di kampus/di Pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd/di jalan raya/di hospital/di Restoran Mawar, Jalan Sutera/dll.
- Latar/citra/gambaran masyarakat seharian, contoh: Masyarakat kampus/masyarakat muda-mudi/masyarakat bekerja di pejabat swasta/kerajaan ( sebagai guru/doktor )/masyarakat persahabatan yang akrab/masyarakat yang menghadapi krisis rumah tangga/masyarakat yang bercinta/bermadu kasih/dll.
- Penggunaan gaya bahasa/dialog seharian, contoh, O.K. Insya-Allah/O.K. jumpa lagi/dll.
- Plot cerita mudah/ringkas/tidak berbelit/kompleks, contoh: Ada permulaan, perkembangan, puncak dan peleraian cerita.
No comments:
Post a Comment