- Nazim ( kawan Imran ) menelefon Imran di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd. tempat Imran bekerja.
- Norasma Binti Jamaluddin ( bekas kekasih lama Imran ) menghubungi Imran di pejabat dan mereka berjanji untuk bertemu lusa pada jam 12.30 tengah hari di Restoran Mawar, Jalan Sutera.
- Imran yang berada di pejabat menghubungi isterinya Norhayati di sekolah bertanya khabar mengenai program seminar peperiksaan anjurannya di sekolah.
- Norhayati berpuas hati kerana seminar anjurannya berjaya dan mendapat pujian daripada pengetuanya.
- Imran teringat kepada Hasnita anaknya yang ditinggalkan bersama Kak Jah orang gaji/pembantu rumah di rumah sejak dari pagi lagi.
- Norhayati mengajak Imran/suaminya pulang ke rumah pada jam 4.00 petang untuk melihat anak mereka Hasnita.
Babak Dua
- Imran dan Norasma bertemu di restoran mewah/coffee house.
- Norasma memberitahu kepada Imran hidupnya hancur kerana kedua orang tuanya telah meninggal dunia empat tahun yang lalu. Adiknya ditahan di pusat serenti. Dia hidup sebatang kara.
- Imran meminta maaf kepada Norasma kerana penderitaan hidup Norasma disebabkan olehnya. Dia merasa kesal dan bersalah.
- Imran memberitahu kepada Norasma yang dia begitu lama mencari Norasma tetapi tidak berjumpa.
- Imran memberitahu kepada Norasma yang dia akan mengotakan janjinya terhadap Norasma.
- Norasma menceritakan kepada Imran perkara yang telah berlaku ke atas dirinya sejak berlaku kemalangan di jalan raya.
- Norasma teringat kepada peristiwa kemalangan motorsikal bersama Imran di jalan raya ( Hal. 291-295 ).
- Imran merasa kesal kerana tidak sempat berjumpa dengan kedua orang tua Norasma untuk meminta maaf.
Babak Tiga
- Norasma berjumpa dengan Dr. Mona dan menyatakan perasaannya.
- Dr. Mona memberi semangat dan nasihat kepada Norasma.
- Dr. Mona bertemu pula dengan Norhayati di hadapan pasaraya di bandar.
- Norhayati mempelawa Dr. Mona berkunjung ke rumahnya.
- Norhayati merasa hairan melihat keadaan Imran/suaminyanya yang berubah sikap dan tidak mahu bercakap banyak.
Babak Lima
- Dr. Mona berkunjung ke rumah Norhayati.
- Norhayati memberitahu kepada Dr. Mona yang Imran/suaminya ada masalah.
- Imran berkunjung ke pejabat Zahid ( bossnya ).
- Imran memberitahu kepada Zahid masalah keluarga/rumah tangganya.
- Zahid memberi nasihat kepada Imran.
- Imran mengaku kepada Zahid masalah keluarga/rumah tangganya berpunca daripada dia.
- Imran memberitahu kepada Zahid kisah dia bersama dengan Norasma pernah terlibat dalam kemalangan di jalan raya dan dia berjanji akan bertanggungjawab terhadap Norasma.
- Zahid menasihati Imran supaya berterus terang dengan Norhayati/isterinya mengenai masalah tersebut.
- Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya masalah yang dihadapinya selama ini ialah pernah terlibat dengan seorang gadis, iaitu kemalangan jalan raya.
- Norhayati terkejut dan menangis.
- Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya kisah perjumpaan semula dan janjinya dengan Norasma selepas berlaku kemalangan jalan raya.
- Norhayati/isterinya memaafkan Imran di atas perubahan sikapnya selama ini.
- Imran bertemu dengan Norasma di kafeteria/restoran.
- Imran memberitahu kepada Norasma bahawa masalah mereka telah pun dimaklumkan kepada Norhayati/isterinya.
- Norasma memberi nasihat kepada Imran ( Hal. 322 ).
- Imran memberitahu kepada Norasma untuk memperisterikannya/berkahwin dengannya.
- Imran memberitahu kepada Norasma bahawa Norhayati/isterinya bersetuju/merelakan dia berkahwin dengan Norasma.
- Norasma menghargai dan berterima kasih di atas pendirian/sikap Imran yang mahu bertanggungjawab terhadap dirinya/mengahwininya.
- Dr. Mona bertemu dengan Norhayati di sebuah taman.
- Norhayati meluahkan perasaannya kepada Dr. Mona yang dia bersimpati terhadap Norasma.
- Norhayati memberitahu kepada Dr. Mona yang dia berkeberatan untuk mengizinkan Imran/suaminya berkahwin dengan Norasma.
- Dr. Mona bersimpati terhadap Norhayati dan memberi nasihat supaya bersabar ( Hal. 327 ).
- Imran bertemu dengan Zahid di pejabatnya ( Sinar Kejora Sdn. Bhd. ).
- Imran memberitahu kepada Zahid yang dia akan bernikah dengan Norasma sebagai menunaikan janji terhadapnya.
- Zahid memberi nasihat dan melarang Imran untuk berpoligami ( Hal. 330 ).
- Zahid menyuruh Imran bertaubat nasuhah terhadap perkara/peristiwa yang lepas.
- Norhayati balik ke kampung tanpa memberitahu kepada Imran/suaminya.
- Imran pergi mencari Norhayati/isterinya di kampung.
- Norhayati sanggup berkorban/bersetuju Imran/suaminya berkahwin dengan Norasma.
- Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya bahawa Norasma ada datang ke rumah mereka untuk bertemu dengan Norhayati, tetapi tidak berjumpa kerana Norhayati tiada di rumah/balik ke kampung.
- Imran memberitahu kepada Norhayati/isterinya yang dia dan Norasma akan memilih jalan hidup masing-masing.
- Norasma akan pergi ke Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah dan kami ( Imran dan Norasma ) telah bertaubat.
No comments:
Post a Comment