Konflik jiwa/dalaman/mental watak Norhayati dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Ragu-ragu, contoh: Norhayati merasa ragu-ragu melihat suaminya/Imran yang seperti ada masalah.
- Mengeluh, contoh: Norhayati mengeluh di hadapan Dr. Mona dengan memberitahu yang suaminya/Imran asyik termenung sahaja.
- Risau, contoh: Norhayati risau dengan perubahan sikap Imran/suaminya yang tidak mahu bercakap banyak lagi dengannya.
- Menangis, contoh: Norhayati menangis apabila Imran/suaminya memberitahu kepadanya yang dia pernah terlibat dengan seorang gadis/Norasma/kekasih lamanya.
- Kecewa, contoh: Norhayati memberitahu kepada Dr. Mona yang dia kecewa dengan sikap suaminya/Imran yang akan berkahwin/bernikah dengan Norasma/kekasih lamanya.
- Buntu, contoh: Norhayati yang buntu fikiran memikirkan masalah Imran/suaminya/rumah tangganya telah melarikan diri balik ke kampung untuk menenangkan fikiran tanpa pengetahuan suaminya/Imran.
- Sebak, contoh: Norhayati menjadi sebak apabila Imran/suaminya memberitahu bahawa keputusannya dengan Norasma adalah muktamad.
- Terharu, contoh: Norhayati merasa terharu apabila Imran/suaminya tidak jadi berkahwin dengan Norasma/telah memilih jalan hidup masing-masing/bertaubat.
No comments:
Post a Comment