Watak dan perwatakan Norasma dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Watak pembantu/protagonis dalam cerita/drama.
- Nama penuh ialah Norasma Binti Jamaluddin.
- Masih gadis/belum berkahwin.
- Seorang yang cantik/ayu/manis.
- Berusia 29 tahun.
- Pernah belajar/menuntut di universiti bersama dengan Imran/berpendidikan tinggi/tamat universiti/berijazah.
- Bekas kekasih Imran semasa belajar di universiti.
- Berkawan baik dengan Dr. Mona sewaktu menuntut di universiti.
- Berasal dari kampung/negeri Perlis.
- Cacat anggota badan akibat kemalangan jalan raya bersama dengan Imran.
- Terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan motosikal bersama dengan Imran/bekas kekasihnya semasa menuntut di universiti dahulu.
- Telah kematian kedua orang tua/hidup sebatang kara/tiada tempat untuk mengadu.
- Adiknya ditahan di pusat serenti/pemulihan di negeri Pahang kerana terlibat dengan dadah.
- Bekerja/bertugas sebagai eksekutif pemasaran di sebuah firma di Johor Bahru.
- Pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
- Seorang yang penyayang, contoh: Norasma sayang kepada Imran/bekas kekasihnya/kedua ibu bapanya/adiknya.
- Seorang yang bernasib malang/hidup menderita, contoh: Norasma kematian kedua orang tua/adiknya ditahan di pusat serenti/cacat anggota akibat kemalangan jalan raya/hidup sebatang kara/tiada tempat untuk mengadu.
- Seorang yang penyabar, contoh: Norasma bersabar dengan nasib malang yang menimpa dirinya seperti cacat anggota akibat kemalangan jalan raya/kematian kedua orang tua.
- Seorang yang setia/patuh/taat, contoh: Norasma setia menunggu Imran dan tidak kahwin-kahwin/bersedia untuk menjadi isteri Imran.
- Seorang yang tabah/cekal/gigih, contoh: Norasma tabah menghadapi cabaran hidup walaupun cacat anggota/kematian kedua orang tua/tiada tempat untuk mengadu/gigih mencari Imran walaupun bertahun-tahun lamanya.
- Seorang yang beriman/bertakwa/percaya kepada takdir Allah SWT, contoh: Norasma menganggap kemalangan jalan raya yang menimpa dirinya dan Imran tempoh hari adalah ketentuan/takdir ilahi/Allah SWT.
- Seorang yang pemaaf, contoh: Norasma memaafkan kesalahan Imran yang lalu terhadapnya.
- Seorang yang mendengar nasihat, contoh: Norasma mendengar nasihat daripada kawannya/Dr. Mona supaya banyak bersabar dalam menghadapi cabaran hidup.
- Seorang yang menghormati kawan/orang lain, contoh: Norasma menghormati Dr. Mona/Imran.
- Seorang yang boleh dibawa berbincang/muafakat, contoh: Norasma selalu berbincang dengan Imran/Dr. Mona mengenai masalah dan masa hadapan hidupnya.
- Seorang yang jujur/ikhlas hati, contoh: Norasma jujur kepada Imran/Dr. Mona.
- Seorang yang rasional/berfikiran waras, contoh: Norasma memilih jalan hidup sendiri/tidak berkahwin/bernikah dengan Imran semata-mata untuk menjaga keharmonian rumah tanggan Imran bersama Norhayati dan anaknya.
- Seorang yang merendah diri/insaf, contoh: Norasma pergi ke rumah Imran/Norhayati untuk berterus terang dan meminta maaf daripada Norhayati/isteri Imran tetapi tidak bertemu kerana dia balik ke kampung.
No comments:
Post a Comment