- Masyarakat zaman dahulu/silam/lampau.
- Masyarakat istana/kerabat diraja, contoh: Maharaja Bikrama Sakti/Maharaja Digar Alam/dll.
- Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja/feudal, contoh: Maharaja Bikrama Sakti pemerintah negeri Khairan Langkawi/Maharaja Digar Alam pemerintah negeri Berantah Indera.
- Masyarakat pemerintahan beraja yang mengamalkan sistem penggantian berdasarkan keturunan/monarki, contoh: Maharaja Johan Syah dilantik sebagai pemerintah di negeri Khairan Langkawi menggantikan ayahandanya Maharaja Bikrama Sakti yang meninggal dunia.
- Masyarakat penyayang, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala sayang kepada ayahanda dan bondanya ( Maharaja Bikrama Sakti dan Tuan Puteri Sinaran Bulan/kakandanya Maharaja Johan Syah.
- Masyarakat yang tidak dapat mengawal perasaan/beremosi/bertindak secara terburu-buru, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala mengambil gunting hendak menikam/membunuh diri kerana marah kepada Perdana Menteri yang melarangnya untuk belayar pergi mencari kakandanya Maharaja Johan Syah.
- Masyarakat yang patuh/setia/taat kepada pemerintah/pemimpin/ketua/raja, contoh: Perdana Menteri patuh kepada Maharaja Johan Syah yang memerintahkannya supaya menyiapkan sebuah bahtera untuk pergi belayar ke negeri asing.
- Masyarakat tolong-menolong/bekerjasama/bantu-membantu/muafakat dalam melakukan sesuatu pekerjaan, contoh: Perdana Menteri bersama dengan hulubalang/rakyat bekerjasama membina bahtera untuk kegunaan Maharaja Johan Syah pergi belayar ke negeri orang.
- Masyarakat yang mengamalkan adat-istiadat kebesaran raja-raja, contoh: Jenazah Maharaja Bikrama Sakti/Tuan Puteri Sinaran Bulan yang meninggal dunia dikebumikan secara adat-istiadat raja-raja besar.
- Masyarakat yang pemurah/suka bersedekah/menderma, contoh: Maharaja Johan Syah memberi sedekah emas/perak/permata kepada fakir miskin/rakyat di negeri Khairan Langkawi.
- Masyarakat yang beriman/bertaqwa kepada Allah SWT, contoh: Maharaja Johan Syah dapat menerima kematian kedua ayahanda dan bondanya adalah ketentuaan Allah SWT.
- Masyarakat yang suka mengembara/merantau ke tempat/negeri orang lain, contoh: Maharaja Johan Syah dan pengikutnya belayar mengembara/merantau ke negeri Berantah Indera untuk melihat amalan budaya dan cara kehidupan di sana.
- Masyarakat yang suka bertaruh/berjudi, contoh: Maharaja Johan Syah/Tuan Puteri Rakna Kemala bertaruh/berjudi dengan Maharaja Digar Alam di negeri Berantah Indera.
- Masyarakat yang suka memberi nasihat kepada seseorang, contoh: Maharaja Johan Syah memberi nasihat kepada adindanya Tuan Puteri Rakna Kemala supaya jangan menangis dengan kematian bonda mereka/kepada Perdana Menteri supaya menjaga negeri dan rakyat Khairan Langkawi dengan baik.
- Masyarakat yang menghormati tetamu, contoh: Maharaja Digar Alam melayan dengan baik kedatangan MRJH/NLG/TPRK/NM yang datang ke istananya.
- Masyarakat yang tabah/gigih/tekun dalam melakukan sesuatu perkara, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala tabah belayar di laut bersama dengan pengikutnya untuk mencari kakandanya Maharaja Johan yang sudah tujuh tahun tidak pulang dari belayar/mengembara.
- Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga/saudara kandung sendiri, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bertanggungjawab mencari kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta yang sudah tujuh tahun pergi merantau/belayar/mengembara ke negeri asing tidak pulang-pulang.
- Masyarakat yang suka menyamar/menukar nama, contoh: Maharaja Johan Syah menyamar sebagai Nakhoda Lela Genta/Tuan Puteri Rakna Kemala menyamar sebagai lelaki dengan menggunakan nama Nakhoda Muda setibanya di negeri Berantah Indera.
- Masyarakat yang menunaikan/menepati/melaksanakan janji, contoh: Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta menyerahkan dirinya dan bahtera kepada Maharaja Digar Alam selepas tewas dalam pertaruhan buah rumbnia/Maharaja Digar Alam menyerahkan pemerintahan negeri Berantah Indera kepada Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda selepas kalah dalam pertaruhan buah rumbnia.
- Masyarakat yang baik hati, contoh: Maharaja Digar Alam baik hati kerana telah menghantar makanan dan minuman kepada Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda dan pengikutnya di dalam bahtera di laut/TPRK/NM menyerah balik pemerintahan dan negeri Berantah Indera kepada Maharaja Digar Alam setelah tewas dalam pertaruhan buah rumbnia, yang diambil hanya bahtera dan kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta.
- Masyarakat yang bersimpati/belas kasihan kepada orang lain, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bersimpati kepada Maharaja Digar Alam yang menangis kerana kalah dalam pertaruhan buah rumbnia dengannya.
- Masyarakat yang mudah mesra/peramah/bersopan santun/berbudi bahasa, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bersopan santun apabila bercakap dengan Maharaja Digar Alam/Raja Bikrama Indera di negeri Berantah Indera.
- Masyarakat yang menggunakan khidmat bantuan binatang untuk mencapai matlamat/cita-citanya, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda menggunakan khidmat burung bayan untuk mengintip/mengesan kakandanya Maharaja Johan Syah/Nakhoda Lela Genta di negeri Berantah Indera.
- Masyarakat yang bijaksana/berfikiran secara rasional, contoh: Tuan Puteri Rakna Kemala/Nakhoda Muda bijak berfikir dengan mengambil buah dan tanah di Pulau Rumbnia dan dibawa ke negeri Berantah Indera yang menyebabkan Maharaja Digar Alam kalah dalam pertaruhan.
Thursday 15 November 2012
Latar/citra/keadaan/gambaran/suasana/imej masyarakat dalam Hikayat Nakhoda Muda ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment