Watak dan perwatakan Imran dan Norhayati dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
Imran
- Watak/pelakon utama/protoganis dalam drama.
- Berusia awal 30-an.
- Berasal dari negeri Melaka.
- Sudah beristeri/berumah tangga/suami kepada Norhayati.
- Sudah mempunyai anak/cahaya mata, iaitu Hasnita.
- Pernah belajar di universiti/institusi pengajian tinggi bersama dengan Norasma.
- Kawan baik/rapat dengan Nazmi/Zahid.
- Bekerja di pejabat swasta/Sinar Kejora Sendirian Berhad.
- Pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama dengan Norasma.
- Pernah mencintai/berkasih dengan Norasma semasa menuntut di universiti.
- Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: Imran sayang kepada isteri ( Norhayati ) dan anaknya ( Hasnita ).
- Seorang yang panas baran/emosi/tidak dapat mengawal perasaan, contoh: Imran mencabar pemandu kereta di jalan raya sehingga berlaku kemalangan bersama dengan Norasma.
- Seorang yang tidak mendengar nasihat/degil/ego, contoh: Imran tidak mendengar nasihat Norasma supaya jangan berlumba dengan pemandu kereta di jalan raya.
- Seorang yang rajin/gigih/tekun bekerja, contoh: Imran rajin bekerja di pejabat Sinar Kejora Sdn. Bhd. bersama dengan Zahid.
- Seorang yang mengambil berat, contoh: Imran bertanya khabar mengenai program seminar peperiksaan anjuran isterinya/Norhyati di sekolah.
- Seorang yang mengota/menunaikan janji, contoh: Imran akan mengotakan janjinya untuk bernikah/berkahwin dengan Norasma walau pun dia sudah mempunyai isteri dan anak.
- Seorang yang suka berterus terang/jujur, contoh: Imran berterus terang memberitahu kepada Zahid masalah rumah tangganya berpunca daripada dia sendiri/Imran dengan jujur memberitahu kepada Norhayati/isterinya yang dia ada hubungan sulit dengan Norasma dan bercadang untuk bernikah/berkahwin dengannya.
- Seorang yang insaf/sedar diri, contoh: Imran telah insaf di atas kesalahan/kesilapannya pada masa lalu.
- Seorang yang menyesal/bertaubat, contoh: Imran menyesal kerana tidak sempat untuk meminta maaf daripada kedua orang tua Norasma/ Imran telah bertaubat nasuhah di atas kesalahannya mengabaikan isterinya/Norhayati.
- Seorang yang bertanggungjawab, contoh: Imran bertanggungjawab terhadap janjinya untuk berkahwin dengan Norasma yang cacat akibat kemalangan jalan raya bersama dengannya.
- Seorang yang mengaku kesalahan/kelemahan diri, contoh: Imran mengaku dia yang bersalah membawa motorsikal terlalu laju yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya sehingga Norasma menjadi cacat anggota.
- Seorang yang sanggup berkorban, contoh: Imran sanggup berkorban untuk berkahwin dengan Norasma kerana janjinya.
Norhayati
- Watak/pelakon pembantu dalam drama.
- Berusia 29 tahun.
- Isteri kepada Imran.
- Mempunyai seorang anak bernama Hasnita.
- Sedang mengandung anak yang kedua.
- Berasal dari kampung.
- Bertugas sebagai guru.
- Berkawan rapat/baik/kawan sejak sekolah/universiti dengan Dr. Mona.
- Seorang yang cantik.
- Seorang yang baik.
- Seorang yang taat pada agama.
- Dari keturunan orang yang baik-baik.
- Seorang yang penyayang/pengasih, contoh: Norhayati sayang kepada anak dan suaminya ( Hasnita dan Imran ).
- Seorang yang rajin/gigih/tekun bekerja, contoh: Norhayati seorang guru yang rajin/gigih/tekun.
- Seorang yang bertanggungjawab dalam bidang tugas, contoh: Norhayati bertanggungjawab dalam bidang tugasnya sebagai seorang guru dengan mengadakan program seminar peperiksaan kepada pelajarnya di sekolah.
- Seorang yang mendengar nasihat, contoh: Norhayati mendengar nasihat daripada sahabatnya Dr. Mona supaya bersabar menghadapi masalah rumah tangganya dengan Imran/suaminya.
- Seorang yang pemaaf, contoh: Norhayati memaafkan Imran/suaminya yang berubah sikap terhadapnya sejak berhubung semula dengan Norasma/bekas kekasih lamanya.
- Seorang yang bersabar, contoh: Norhayati bersabar dengan masalah rumah tangga yang dialaminya, iaitu suaminya/Imran ada hubungan dengan perempuan/gadis lain/Norasma.
- Seorang yang mengalami tekanan perasaan/konflik jiwa, contoh: Norhayati susah hati/risau kerana suaminya/Imran mempunyai hubungan dengan perempuan/gadis lain/Norasma.
- Seorang yang jujur/ikhlas hati, contoh: Norhayati merelakan suaminya/Imran berkahwin/bernikah dengan Norasma/bekas kekasih lamanya.
- Seorang yang suka merajuk/membawa hati/memendamkan perasaan, contoh: Norhayati telah lari balik ke kampung tanpa pengetahuan/kebenaran suaminya/Imran.
No comments:
Post a Comment