Nilai kemanusiaan/moral/murni/akhlak dalam drama Menggapai Pelangi, karya Taha Abd. Kadir ( Teks Anak Global )
- Kasih sayang, contoh: Imran/Norhayati sayang kepada anaknya Hasnita/Imran sayang kepada isterinya Norhayati/sebaliknya.
- Bertanggungjawab, contoh: Imran bertanggungjawab terhadap janjinya untuk berkahwin/bernikah dengan Norasma.
- Sanggup berkorban, contoh: Imran sanggup berkorban demi menunaikan janjinya terhadap Norasma.
- Menunaikan/menepati janji, contoh, Imran akan berkahwin/bernikah dengan Norasma demi menunaikan janjinya.
- Nasihat-menasihati, contoh: Zahid menasihati Imran supaya berterus terang dengan isterinya/Norhayati.
- Bersimpati/belas kasihan, contoh: Dr. Mona bersimpati terhadap Norasma/Norhayati yang menghadapi masalah rumah tangga.
- Kemaafan, contoh: Norhayati memaafkan Imran/suaminya yang berubah sikap terhadapnya.
- Kerajinan/kegigihan/ketekunan, contoh: Zahid/Imran rajin bekerja/Norhayati gigih menjalankan tugas sebagai guru di sekolah.
- Kesabaran, contoh: Norhayati sabar menghadapi masalah rumah tangganya dengan Imran/suaminya.
- Penyesalan/keinsafan, contoh: Imran kesal kerana tidak sempat memohon maaf daripada kedua orang tua Norasma/Imran insaf terhadap kesilapannya pada masa lampau/mengabaikan isterinya/Norhayati.
- Bertaubat, contoh: Imran telah bertaubat di atas kesalahannya yang lalu/mengadakan hubungan cinta dengan Norasma.
- Kemesraan, contoh: Dr. Mona mempunyai hubungan persahabatan yang mesra dengan Norasma/Norhayati.
- Keakraban, contoh: Zahid/Nazmi mempunyai hubungan persahabatan yang akrab dengan Imran.
- Kepatuhan/kesetiaan, contoh: Norhayati patuh kepada Imran/suaminya/ Abang kan ketua keluarga, Yati kena ikut cakap abang.
- Berterima kasih, contoh: Norasma berterima kasih kepada Imran yang sanggup mengahwini/bertanggungjawab terhadapnya/Imran berterima kasih kepada Zahid yang telah memberi nasihat/idea kepadanya.
- Patriotisme, contoh: Imran dan Norhayati sama-sama menyumbang membangunkan bangsa dan negara.
- Kejujuran/keikhlasan/berterus terang, contoh: Imran berterus terang memberitahu kepada Zahid masalah rumah tangganya dengan Norhayati disebabkan dirinya sendiri/Norhayati merelakan Imran berkahwin/bernikah dengan Norasma.
- Mengambil berat, contoh: Imran bertanya khabar Norhayati mengenai program seminar peperiksaan anjurannya di sekolah/Imran mengambil berat terhadap Norasma selepas bertemu semula.
- Ziarah-menziarahi/kunjung-mengunjung, contoh: Dr. Mona berkunjung ke rumah Norhayati/Imran.
- Bersyukur, contoh: Imran bersyukur kerana Norhayati/isterinya dapat menerima percakapannya mengenai hubungannya dengan Norasma.
No comments:
Post a Comment