Majlis perpisahan persaraan saya dengan rasminya telah dibuat oleh pihak Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Ibrahin Satu, 17000 Pasir Mas, Kelantan pada 28 Februari, 2013 ( Khamis ), bertempat di Dewan Besar sekolah yang bermula pada jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00 petang. Berikut ialah teks ucapan perpisahan saya yang lengkap pada hari tersebut.
Sultan Ibrahin Satu, 17000 Pasir Mas, Kelantan pada 28 Februari, 2013 ( Khamis ), bertempat di Dewan Besar sekolah yang bermula pada jam 12.00 tengah hari hingga jam 2.00 petang. Berikut ialah teks ucapan perpisahan saya yang lengkap pada hari tersebut.
•Hai ! Apa khabar semua pelajar ( 3 kali )
•Satu ………….Malaysia ( 3
kali )
•Salam…. Assalamualaikum warahmatullahhi taala wabarakatuh, salam satu Malaysia dan salam sejahtera semua.
•Yang dihormati dan disanjung tinggi Puan Pengerusi/Pengacara Majlis: Cikgu Puan Siti Hajar Binti Arshad.
•Yang Berusaha Tuan Haji Ab. Halim Bin Che Hassan ( Pengetua SMKSI 1 )
•Yang Berusaha
…………………………………………………………………….. ( Pen. Kanan Pentadbiran )
•Yang Berusaha Puan Hajah Nur Aziemah Nadiah Lua Bt. Abdullah ( Pen. Kanan HEM )
•Yang Berusaha Puan Hajah Noor Fariza Bt. Che Daud ( Pen. Kanan Ko-Kurikulum )
•Yang Berusaha Encik Che Kamal Bin Che Mohamed ( Guru Pen. Kanan Tingkatan 6 )
•Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan:
Hajah Rozita Bt Othman ( Guru Kanan Bahasa )
Puan Hajah Ramlah Bt. Sulaiman ( Guru Kanan Sains dan Matematik )
Encik Che Man Bin Masan ( Guru
Kanan Teknik dan Vokasional )
……………………………………………………………………………….. ( Guru Kanan Sains Sosial )
•Yang berusaha Encik Hassan Bin Abu Bakar ( Ketua Pegawai Tadbir kaki tangan sokongan SMKS 1 ).
•Yang dihormati para kanselor sekolah yang diketuai oleh Puan Almi Hidayah Bt Halim
•Yang dihormati guru-guru SMKSI 1.
•Yang dihormati para kaki tangan/staff sokongan sekolah.
•Yang disayangi bekas para pelajar dan anak-anak didik cikgu sekalian.
•Alhamdulillah hirabbil alamin wassala tuwasslam muala asyrafil ambia iwalmursalin syayidina muhammadin walaala alihi wasahbihi wassalam.
•Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita semua untuk berada di dalam dewan yang mulia ini pada tengah hari yang ceria ini. Marilah kita sama-sama merendahkan diri kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT.
•Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Besar Muahmmad SAW.
•Mari pula kita doakan kepada muslimin dan muslimat yang mendahului kita telah kembali ke rohmatullah semoga roh mereka di tempatkan pada sisi orang-orang yang beriman.
•Mari pula kita doakan semoga umat Islam yang masih hidup baik di kampung, negeri dan negara Malaysia hidup dalam keadaan sejahtera, aman dan damai.
•dan marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan turut bersimpati dengan penderitaan hidup umat Islam di negara Iraq, Mesir, Palestin, Libya, Tunisia, Selatan Thailand yang sedang bergolak dilanda perang saudara yang kita dan dunia pun tidak tahu sampai bila akan berakhir.
•Kita harus bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih banyak kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana dapat mengawal negara kita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak dingini.
•Guru-guru, para pelajar dan hadirin sekalian.
•Pada hari ini tanggal 28 Februari. 2013 ( Khamis ) merupakan hari paling nostalgiatik dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini genaplah sebulan penuh saya telah bersara dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kaki tangan perkhidmatan awam ( guru ) selepas menyandang jawatan ini selama 28 tahun 19 hari yang bermula pada 21 April, 1985 sehingga 1 Febuari, 2013. Tarikh kuat kuasa sebenar persaraan saya ialah pada 1 Februari, 2013. Persaraan ini ialah persaraan pilihan sendiri 57 walaupun saya masih ada 3 tahun lagi tempoh berkhidmat sebenar/persaraan wajib pada 16 Januari, 2016.
•Pada kesempatan di ruangan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak sekolah terutamanya kepada Tuan Haji Ab. Halim Bin Che Hassan ( Pengetua ) kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang amat tinggi dan sangat teruja dengan majlis pada hari ini.
•Majlis perpisahan yang dibuat oleh pihak sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya dan keluarga.
•Dalam berkarya sebagai kerjaya guru selama 28 tahun dalam PPD Pasir Mas yang sempat bertugas di 7 buah sekolah menengah tidak pernah dibuat majlis perpisahan yang sebegini meriah. Naik pangkat PK-Ko dari SMK Bunut Susu ke SMK. Kedondong ( 1992 ), naik pangkat guru Kanan Sains Sosial dari SMK. Tendong ke SMK. SI 1 ( 2001 ), naik pangkat Guru Kanan Pentadbiran dari SMK SI 1 ke SMK Perempuan ( 2001 ), naik pangkat Penolong Kanan Pentadbiran dari SMK Perempuan ke SMK Tg. Penglima Raja ( 2001 ), naik gred GC DG2/DG48 dari SMK Tg. Penglima Raja ke SMK SI 1 ( 2002 ) tidak pernah dibuat majlis penghantaran dan sambutan seperti pada tengah hari ini. Tidak pernah merasai suasana dihantar dan disambut, apalagi dihargai dan dipuji sanjung. Tapi pada hari ini suasananya amat berlainan sekali, saya terasa sungguh dihargai dan dihormati dengan majlis yang diadakan. Ibarat kata permata timbul di hujung senja.
•Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK Kelab Guru dan Kaki tangan ( KGKT ) SMK SI 1
yang diketuai/dipengerusikan oleh Yang Berusaha Cikgu Che Man Bin Masan yang telah merancang dengan baik majlis pada hari ini. Satu tugas dan tanggungjawab yang amat mencabar telah berjaya ditangani dengan sempurna oleh Cikgu Che Man beserta Ahli Jawatankuasanya. Syabas dan tahniah. Satu perencanaan yang amat kemas dan rapi telah diatur seperti menyediakan beca berhias, perarakan kumpulan kompang, perbarisan bunga mangga pasukan beruniform, pemberian cendera kenangan, dan seterusnya meminta saya mengenaikan set pakaian melayu beserta tengkolok.
•Terima kasih kepada semua guru, kaki tangan sokongan sekolah dan pelajar kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan moral yang jitu terhadap majlis perpisahan saya ini.
•Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk memberi kemaafaan kepada semua pihak dan mengizinkan segala perkongsian ilmu yang didapati daripada saya. Dalam masa yang sama, saya juga ingin menyusun sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon maaf daripada semua pihak ( guru-guru, kaki tangan sokongan dan para pelajar ) jika terdapat sebarang kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja sepanjang bergaul dan bertugas di sekolah ini.
•Kepada pengetua ( Tuan Haji Ab. Halim Bin Che Hassan ) dan para pentadbir SMK SI 1, saya terpaksa memohon maaf secara khusus dan terbuka kerana memang ada kesalahan dan kesilapan, misalnya sekali-sekala ada juga keluar dari pintu pagar sekolah tanpa sempat memohon kebenaran/keizinan kerana urusan peribadi ( Tapi tidaklah sehingga meninggalkan kelas pengajaran ). Misalnya pada bulan Januari lepas adalah sebanyak tiga kali pergi ke bank RHB, Pasir Mas selama lebih kurang 10 – 30 minit. Harap dapat dimaafkan dengan serta-merta ( 0 – 0 ) oleh Pengetua yang budiman.
•Untuk makluman semua guru dan pelajar sekalian, majlis perpisahan persaraan saya yang dibuat oleh pihak sekolah pada hari ini agak terlambat sebulan cukup daripada tarikh sebenar bersara pada 1 Febuari, 2013 ialah kerana surat rasmi persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam lambat di terima. Surat hanya diterima pada tengah hari Rabu, iaitu dua hari sebelum sekolah bercuti sempena tahun Baru China selama 9 hari. Pada hari Khamis sehari sebelum bercuti Tahun Baru China, sekolah mengadakan Majlis Maulidur Rasul, dengan pelajar dan guru berarak beserta selawat mengelilingi bandar Pasir Mas.
•Jadi sekolah menghadapi kekangan masa untuk AJK Kelab Guru dan Kaki Tangan mengadakan mesyuarat bagi berbincang dan merancang majlis perpisahan saya.
•Saya banyak-banyak bersukur dengan majlis ini kerana sekurang-kurangnya dapat menjawab pertanyaan jiran-jiran sekitar dan masyarakat kampung.
•Guru-guru dan para pelajar sekalian.
•Sebenarnya jasa saya kepada sekolah ini selama 10 tahun 6 bulan bertugas di sini tidaklah seberapa. Sewaktu menjadi pengerusi kelab KGKT pada tahun 2002-2003 sempat juga membina 25 buah garaj kereta guru dan kaki tangan yang sebelum daripada ini tidak ada. Garaj yang dibina pada tempoh hari masih lagi kekal digunakan guru-guru dan kaki tangan sehingga ke hari ini walaupun sekarang tinggal 15 buah sahaja. Idea pembinaan garaj kereta ini bertujuan untuk memberi kebajikan kepada guru-guru dan kaki tangan sokongan di samping sebagai sumber pendapatan tetap tahunan KGKT. Dan pada hakikatnya apa yang dirancang telah menjadi kenyataan.
•Saya juga telah mencetuskan idea melabelkan nama-nama bilik khas dan kelas dengan meletakan di atas pintu masuk ke bilik atau ke kelas berkenaan yang sebelum ini juga tidak ada. Label-label kelas dan bilik-bilik khas tersebut nampaknya kekal digunapakai sehingga sekarang walaupun telah berlaku rejenama semula. Tujuannya ialah bagi memudahkan semua pihak yang hendak berurusan di tempat tersebut, terutamanya kepada para ibu bapa, guru dan pelajar mencari kelas masing-masing. Kerangka label khas yang diperbuat daripada besi yang pletnya mudah ditukar ganti.
•Dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat peperiksaan SPM, saya telah berjaya meletakan penanda aras yang kuat dan kukuh dengan pencapaian tertinggi 95.9% dan gred purata tertinggi ialah 3.42 dengan 48 orang mendapat A pada tahun 2011. Dan keputusan SPM tahun 2012 yang akan diumumkan pada bulan Mac nanti, dijangkakan pencapaiannya akan lebih menarik lagi . Saya amat kecewa kerana target untuk melihat pencapaian 100% dengan gred purata mata pelajaran 0 atau 1 belum lagi tercapai sehinggalah saya buat pilihan untuk bersara. Saya berharap guru pengganti saya boleh melakukan sesuatu yang luar biasa untuk mencapai impian yang masih tergantung itu.
•Walaupun sumbangan dan peranan saya di sekolah ini dalam jangka masa 10 tahun lebih nampaknya tidak seberapa, tetapi pada hakikatnya saya telah berjaya mengharumkan nama baik SMK SI 1 ke seluruh pelusuk negeri, negara dan dunia ( termasuk ke Sabah dan Sarawak ), melalui pelbagai program profesionalisma mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat PPD, JPN, dan KPM sebagai penceramah kursus , penceramah mata plelajaran, penilai buku teks, pemeriksa kertas, pembina dasar dan penulis blog.
•Guru-guru dan para pelajar yang dihormati sekalian.
•Bermula pada 1 Februari, 2013 yang lalu dan untuk waktu hari-hari saki baki seterusnya, terputus sudah hubungan rasmi saya sebagai guru atau kaki tangan perkhidmatan awam Malaysia dengan para pelajar, guru, PPD, JPN, KPM
dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia kerana telah bersara. Namun begitu roh, semangat dan jiwa kependidikan masih tebal menapak dan membara di dalam diri, jiwa dan sanubari saya. Masih utuh dan sedia menyumbang bakti kepada sesiapa sahaja asalkan untuk kemajuan pembangunan pendidikan, masyarakat, agama, negara dan bangsa.
•Tugas guru pada akhir-akhir ini amat berat dan mencabar. Guru adalah arkitek dan juruteknik manusia. Profesion keguruan berbeza dengan tugas-tugas kaki tangan perkhidmatan awam lain. Kaki tangan perkhidmatan awam lain seperti polis, tentera, doktor, pegawai daerah, peguam, hakim dan lain-lain menggunakan ilmu yang dimilki pada dirinya sebagai pelaksana tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan kepadanya. Tetapi guru menggunakan ilmu
teks ucapan persaraan yang sangat lengkap dan memberi kesan kepada para pendidik yang masih berkhidmat.Pengalaman beliau sangat berharga...
ReplyDeleteTrm ksh puan kerana sudi membaca dan memberikan perhatian terhdp teks ucapan sy ini.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesuatu teks yang bernas...saya mohon untuk quote teks tuan buat ucapan majlis perpisahan saya kerana akan berpindah. harap tak keberatan.
ReplyDeleteTahniah cikgu .... cikgu seorang cikgu yg hebat
ReplyDeleteterbaik!!..
ReplyDeleteSuka baca ucapan ini. Bahasa yg jelas & menarik.
ReplyDeleteSaya jg tertarik dengan ucapan ini. Tk atas perkongsian tuan. Terbaiklah...
ReplyDeleteterbaik cikgu.Terima kasih
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteSaya akan bersara dan majlisnya esok.
T.kasih krn menyediakan teks ini utk rujukan org yg spt kami...
Sy minta izin ambil beberapa ayat untuk dimuatkan dalam ucapan persaraan guru besar sy. Terima kasih
ReplyDeleteMemang terbaik ucapan ini..lengkap
ReplyDeleteTeks Ucapan yang baik. Mohon izin menjadikannya rujukan untuk membuat teks ucapan.Harap tidak keberatan.Terima kasih.
ReplyDeleteMohon keizinan utk menggunakan format teks ucapan anda utk saya edit sebagai persediaan teks ucapan saya
ReplyDeleteyang akan berlangsung penghujun Mac 2020 /T..kasih
Teks yang kemas dan menarik. Mohon dijadikan rujukan . Terima kasih.
ReplyDeleteTeks ucapan yg lengkap..sezuai utk rujukan..saya mohon utk mengguna dan mengedit bbeberapa bahagian tertentu utk acara persaraan saya ya..terima kasih..
ReplyDeletemohon untuk meminta kebenaran untuk dijadikan sebagai rujukan ya , terima kasih
ReplyDeleteMohon untuk dijadikan rujukan untuk majlis persraan saya oktober nanti, terma kasih..
ReplyDeleteMohon untuk dijadikan rujukan untuk majlis persaraan saya oktober29 nanti, terima kasih..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMohon share.Tq
ReplyDeletemohon share tq
ReplyDeletemohon guna utk ruukan persaraan kerana teks ucapan yang baik
ReplyDeleteSaya mohon guna teks tuan sebagai panduan. Terbaik. Moga Allah sentiasa merahmati tuan. In Syaa Allah.
ReplyDeleteTeks ucapan yang bernas.. Saya mohon share
ReplyDeleteteks ucapan yang sangat menyentuh hati, saya mohon share....terima kasih.
ReplyDeleteTeks yg mantap..mohon kebenaran utk digunakan sbagai pandua. Terima kasih tuan..
ReplyDelete