Showing posts with label Nota 33. Show all posts
Showing posts with label Nota 33. Show all posts

Tuesday, 31 January 2012

Peranan watak Anuariza terhadap Syed Mustafa dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Anuariza banyak memberi kesedaran kepada Syed Mustafa.
  • Anuariza merupakan orang yang merapatkan semula perhubungan di antara Syed Mustafa dengan anak-anaknya ( Syed Fariz dan Syarifah Farisya ).
  • Anuariza telah menjinakan semula/mengubah sikap Syed Fariz anak Syed Mustafa yang liar/tidak berdisiplin.
  • Anuariza pergi menemani Syed  Mustafa ke lokap balai polis untuk menjamin/membebaskan Syed Fariz yang ditahan polis selama empat malam.
  • Anuariza telah memberi nasihat kepada Syed Mustafa supaya tidak bertindak kasar terhadap Syed Fariz.
  • Anuariza telah melaksanakan tanggungjawab sebagai guru tuisyen Syed Fariz seperti yang diminta oleh Syed Mustafa.
  • Anuariza telah membantu Syed Mustafa dengan membawa balik semula ke kampung Syarifah Farisya yang lari ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang/rumah Haji Lokman/Hajah Munirah.
  • Anuariza dengan hati terbuka dan rasional dapat menerima perkahwinan Syed Mustafa dengan ibu angkatnya/Solehah.
  • Anuariza membantu menyumbangkan idea kepada Syed Mustafa yang merancang untuk membuka Taman Pelancongan Kampung.

Monday, 30 January 2012

Kejayaan-kejayaan watak Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Ab. Rashid )

  • Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM.
  • Berjaya memasuki/melanjutkan pelajaran ke UKM.
  • Berjaya mengusahakan taman fantasi.
  • Berjaya mengusahakan kebun anggur dan pitaya.
  • Berjaya mendisiplinkan dan mengubah sikap Syed Fariz.
  • Berjaya memujuk dan membawa balik semula ke kampung Syarifah Farisya yang lari ke Kuala Lumpur.
  • Berjaya menyedarkan Syarifah Farisya akan tanggungjawab sebagai anak.
  • Berjaya merapatkan semula hubungan Syed Mustafa dengan anak-anaknya ( Syed Fariz dan Syarifah Farisya ).
  • Berjaya menyedarkan Syed Mustafa akan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Cabaran/halangan/dugaan hidup watak Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Ditinggalkan oleh kedua ibubapa kepada Mak Cik Leha sewaktu berusia empat tahun.
  • Menjadi anak angkat Solehah dan arwah Thamrin.
  • Terpaksa berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung bersama ibu angkatnya kerana miskin/susah.
  • Arwah bapa angkatnya ( Thamrin ) meninggal dunia dalam kebakaran di rumah sewa.
  • Cacat anggota/tangan kirinya mempunyai dua jari.
  • Pernah dihina/dicerca oleh orang kampung dengan gelaran si bongkok/tarzan.
  • Terpaksa bekerja membantu ibu angkatnya/Solehah/mencari hasilan hutan  untuk menyara kehidupan.
  • Diminta oleh Syed Mustafa menjadi guru tuisyen kepada Syed Fariz.
  • Ibu angkatnya/Solehah akan berkahwin/berkahwin dengan Syed Mustafa.
  • Jiwa mudanya pernah digoda oleh Syarifah Farisya/anak gadis Syed Mustafa.
  • Diminta oleh Syarifah Farisya supaya menyelesaikan masalahnya.

Sunday, 29 January 2012

Perwatakan Anuariza dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

  • Watak utama/protagonis dalam cerita
  • Berasal dari Kuala Lumpur
  • Ditinggalkan oleh kedua ibubapanya kepada Mak Cik Leha sewaktu berusia empat tahun
  • Anak angkat Solehah/diperlihara oleh Solehah dan arwah Thamrin
  • Ayah angkatnya arwah Thamrin mati terbakar dalam rumah sewa
  • Seorang yang miskin/keluarganya miskin
  • Berpindah bersama ibu angkatnya dari Kuala Lumpur ke kampung
  • Bersekolah di SMK. Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan.
  • Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM
  • Berjaya memasuki/melanjutkan pelajaran ke UKM
  • Masih muda/berusia 19 tahun
  • Cacat anggota/tangan kirinya mempunyai dua jari
  • Seorang yang tabah, contoh Anuariza tabah mengusahakan kebun anggur dan buah pitaya.
  • Seorang yang penyabar, contoh Anuariza sabar dengan penghinaan orang-orang kampung terhadapnya dengan menggelarkan si bongkok/tarzan.
  • Seorang yang rajin/gigih bekerja, contoh Anuariza rajin/gigih membantu ibunya menorh getah/mencari hasilan hutan/buah asam kelubi di hutan paya.
  • Seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga, contohnya Anuariza bekerja mengambil upah mengecat rumah Syed Mustafa dan wang upahan tersebut digunakan untuk membayar yuran persekolahan adik angkatnya/Azuera.
  • Seorang yang penyayang, contoh Anuariza sayang kepada ibu angkatnya Solehah/adik angkatnya Azuera.
  • Seorang yang beriman/bertakwa kepada Allah, contoh Anuariza berdoa/bersyukur kepada Allah/bersembahyang Zohor berjemaah dengan Syed Mustafa di tepi jalan dalam hutan.
  • Seorang yang mendengar nasihat orang tua, contoh Anuariza mendengar nasihat ibunya/Solehah/Nek Siah yang melarangnya pergi ke hutan paya kerana berbahaya.
  • Seorang yang taat/patuh/setia/menghormati orang tua, contoh Anuariza patuh/taat/menghormati ibunya Solehah/Nek Siah/Syed Mustafa/Haji Lokman/Hajah Munirah.
  • Seorang yang suka merendah diri, contoh Anuariza merendah diri kepada Syed Mustafa/Nek Siah/Solehah/Haji Lokman/Hajah Munirah.
  • Seorang yang bercita-cita/berwawasan tinggi, contoh Anuariza membina Taman Fantasi dan Taman Pelancongan Kampung untuk menarik para pelancong dari dalam dan luar negara datang ke kampungnya.
  • Seorang yang suka menolong/membantu orang lain, contoh Anuariza menolong Syed Mustafa dengan sanggup menjadi guru tuisyen Syed Fariz/anak Syed Mustapa.
  • Seorang yang berani, contoh Anuariza berani memasuki/pergi ke hutan seorang diri untuk mencari hasilan hutan/buah asam kelubi.
  • Seorang yang bijaksana/pintar, contoh Anuariza bijak dalam pelajaran/pandai memujuk Syed Fariz supaya rajin belajar/Syarifah Farisya supaya pulang semula ke kampung.
  • Seorang yang berfikiran rasional/terbuka/waras, contoh Anuariza secara rasional dan jujur dapat menerima perkahwinan ibunya/Solehah dengan Syed Mustafa.
  • Seorang yang tegas dalam pegangan agama, contoh Anuariza tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai ajaran sesat dalam agama Islam.
  • Dan isi-isi lain .............. rujuk teks/novel asal.