Thursday 8 September 2011

Sajak putera puteri di ambang peperiksaan SPM 2011

Masa berlalu telah pun pergi
kini membilang hari, minggu dan bulan 
dua tiga bulan sahaja baki untukmu bergelombang dengan bukumu
bermanja mesra dengan rakan dan gurumu
selepas itu tinggallah sekolah, guru dan rakan.

Manfaatkan baki ruang yang ada
untuk masa hadapanmu dan keluarga
hari ini dan bukan besok atau lusa
yang menentukan intan atau kaca
hidupmu pastinya berawan hitam jika gagal di medan ini.

Medan ini sekali cuma
jangan persiakan berlalu kosong
godaan seribu warna
ke arah mencelakakan hidupmu
hadapilah dengan penuh hikmah dan bistari
kerana jiwa ragamu yang menentukannya.

Wednesday 7 September 2011

Kerja keras Jawatankuasa Sastera JPN Kelantan 2011: Melestarikan sastera di persadanya

Seramai dua belas orang jawatankuasa penaja panitia sastera JPN Kelantan di bawah seliaan Yang Berusaha Encik Mohd. Hassany Bin Hasyim ( KPP Unit Bahasa Melayu, Sektor Akademik, JPN, Kelantan ) berkampung di Crown Garden Hotel, Kota Bharu selama tiga hari bermula pada 6 hingga 8 September, 2011. Jawatankuasa ini diamanahkan untuk membina set soalan dan skema jawapan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu berdasarkan teks sastera terbaharu untuk kegunaan pelajar SPM pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Suatu amanah dan tanggungjawab yang amat berat, tetapi dengan komitmen yang tinggi di kalangan kami, insya-Allah tugasan tersebut telah dapat laksanakan dengan sempurna.
    Barangkali JPN Kelantan merupakan negeri pertama melaksanakan projek seumpama ini. Dan selepas daripada ini negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia juga akan menyusul projek yang lebih baik lagi. Tugasan membina set soalan dan skema jawapan  merupakan suatu tanggungjawab yang amat mencabar kerana menguji ketahanan mental dan tenaga guru-guru sastera.Walau bagaimana pun dengan semangat dan komitmen yang tinggi di kalangan peserta semua cabaran di atas dapat diatasi.




   Tujuan utama projek  dilaksanakan antaranya ialah untuk membantu para pelajar yang bakal mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peperiksaan SPM pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Juga sebagai bahan rujukan kepada guru-guru sastera di negeri Kelantan. Memandangkan buku-buku rujukan dan ulasan sastera yang terlalu sedikit di pasaran, adalah rasional sekali projek ini dilaksanakan dan diterbitkan. Di negara kita pada akhir-akhir ini didapati semakin kurang pelajar yang berminat untuk belajar sastera dan terlalu kurang yang mengambil mata pelajaran ini dalam peperiksaan SPM. Di samping itu kita lihat bahawa pada setiap tahun keputusan peperiksaan SPM mata pelajaran ini tidak ramai pelajar yang lulus dengan cemerlang. Jadi salah satu kaedah untuk menarik minat pelajar mengambil dan belajar mata pelajaran sastera di peringkat peperiksaan SPM dan seterusnya dapat lulus dengan cemerlang serta meletakkan sastera di persadanya, adalah wajar sekali projek ini dilaksanakan.

Monday 5 September 2011

Gambar sekadar hiasan

Gambar keluarga: Empat daripada enam orang anak ( Empat lelaki dan dua perempuan )






Penceramah dan fasilitator:
Kursus guru-guru sastera negeri Sarawak tahun 2007