Friday 20 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 15 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Syed Mustafa kembali dari Kuala Lumpur.
  2. Nek Siah memberitahu kepada Syed Mustafa yang Syed Faris ditangkap polis dan ditahan di lokap.
  3. Anuariza menemani Syed Mustafa pergi ke balai polis untuk mengambil Syed Faris.
  4. Syed Mustafa menampar anaknya Syed Faris.
  5. Syarifah Farisya cuba menghalang Syed Mustafa yang sedang memukul Syed Faris tetapi ditolak dan jatuh terperosok.
  6. Solehah dan Anuariza datang untuk meleraikan keadaan.
  7. Nek Siah memarahi Syed Mustafa yang bertindak ganas terhadap Syed Faris.
  8. Syed Mustafa menyatakan arwah Jumaimah ( bekas isterinya ) yang terlalu memanjakan anak-anak.
  9. Anuariza menasihati Syed Faris di biliknya.
  10. Anuariza menceritakan kepada Syed Faris pengalaman pahit hidupnya.
Latar masa: jam 9.00 pagi.
Latar tempat: di belakang rumah Solehah, di rumah Syed Mustafa/Nek Siah, di balai polis/di lokap, di dalam bilik Syed Faris.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 14 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Khusyairi ( bapa Ruhaiza ) datang ke rumah Nek Siah/Syed Mustafa.
  2. Nek Siah meminta maaf kepada Khusyairi di atas perbuatan Syed Faris terhadap Ruhaiza.
  3. Khusyairi menyindir keluarga Nek Siah.
  4. Khusyairi memberitahu kepada Nek Siah keadaan Ruhaiza di wad hospital ( Hal. 129 ).
  5. Khusyairi marah kepada keluarga Nek Siah.
  6. Nek Siah sanggup menanggung kos rawatan Ruhaiza.
  7. Nek Siah dan Solehah bercadang untuk melawat Ruhaiza di wad hospital.
  8. Nek Siah cuba menenangkan Khusyairi yang sedang marah.
  9. Solehah menawarkan diri untuk menjaga anak-anak Khusyairi yang 4 orang lagi ( lelaki ).
  10. Solehah bermalam menemani Nek Siah di rumahnya.
Latar masa: malam.
Latar tempat: di rumah Nek Siah/Syed Mustafa.
 

Thursday 19 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 13 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Nek Siah menangis.
  2. Syed Faris ditangkap polis.
  3. Ruhaiza dirawat di wad hospital.
  4. Nek Siah menefon kepada Syed Mustafa di Kuala Lumpur.
  5. Nek Siah marah kerana Syed Mustafa tiada di rumah.
  6. Syed Faris dan Syarifah Farisya tidak suka ayahnya berkahwin lain.
  7. Syarifah Farisya melarikan diri ke dalam bilik.
  8. Khusyairi dan Saliah ( ibu bapa Ruhaiza ) datang ke rumah Nek Siah.
Latar masa: jam 11.00 malam.
Latar tempat: di rumah Nek Siah, rumah Syed  Mustafa di Kuala Lumpur, di wad hospital

Wednesday 18 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 12 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Nek Siah pergi ke sekolah Syed Faris ( SMK. Sultan Muzaffar Shah ) berjumpa dengan Cikgu Borhan dan Cikgu Suhaimi.
  2. Cikgu Borhan ( guru kelas Syed Faris ) memberitahu kepada Nek Siah bahawa Syed Faris sudah 30 hari tidak hadir ke sekolah dalam masa 3 bulan.
  3. Cikgu Borhan memberitahu kepada Nek Siah yang Syed Faris selalu ponteng kelas.
  4. Nek Siah merayu kepada Cikgu Borhan dan Cikgu Suhaimi agar tidak menggantung/membuang sekolah Syed Faris/cucunya.
  5. Solehah berkunjung ke rumah Nek Siah.
  6. Nek Siah menceritakan kepada Solehah keburukan Syed Faris di sekolah dan kedatangan polis ke rumahnya.
Latar masa: pagi dan jam 5.00 petang.
Latar tempat: di SMK. Sultan Muzaffar Shah dan rumah Nek Siah.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 11 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Syed Mustafa kembali ke Kuala Lumpur.
  2. Tujuan Anuariza membentangkan cerita/pengalaman pahitnya kepada Syed Mustafa.
  3. Syarifah Farisya memberitahu keburukan Syed Faris kepada Anuariza.
  4. Solehah meminta Anuariza memantau perkembangan Syed Faris.
  5. Syarifah Farisya menceritakan kepada Anuariza kisah/peristiwa Syed Mustafa pernah memukul Syed Faris.
  6. Anuariza berbincang dengan ibunya/Solehah mengenai Syed Faris di kebun getah.
  7. Solehah menoreh getah dan mencari pucuk paku untuk dibuat gulai lemak kepada Syarifah Farisya.
Latar masa: pagi dan tengah hari.
Latar tempat: Kuala Lumpur, dalam kebun getah Nek Siah.

Tuesday 17 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 10 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Syed Mustafa mengalami mimpi ngeri dan sentiasa mengeluh.
  2. Syed Mustafa berbincang dengan Anuariza dan Anuariza memberitahu kepadanya yang Syed Faris ada masalah.
  3. Syed Mustafa berjanji kepada Nek Siah untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya.
  4. Anuariza dan Syed Mustafa berbincang mengenai kelakuan/sikap Syed Faris.
  5. Anuariza menceritakan pengalaman pahit masa silamnya kepada Syed Mustafa ( Hal. 95-97 ).
  6. Syed Mustafa tidak mahu anak-anaknya hidup susah pada masa hadapan seperti yang pernah dialami oleh Anuariza pada zaman kecilnya.
Latar masa: petang.
Latar tempat: di pekarangan rumah Syed Mustafa.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 9 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Ruhaiza berjumpa dengan Cikgu Syakinah guru kaunseling sekolahnya.
  2. Ruhaiza meluahkan perasaannya kepada Cikgu Syakinah.
  3. Ruhaiza menceritakan keburukan Syed Faris kepada Cikgu Syakinah.
  4. Cikgu Syakinah menyuruh Ruhaiza datang ke rumahnya untuk meminjam buku dan majalah.
  5. Cikgu Syakinah memberi nasihat dan semangat kepada Ruhaiza.
Latar masa: petang ( selepas tamat masa persekolahan ).
Latar tempat: di SMK. Sultan Muzaffar Shah ( di bilik kaunseling ).

Monday 16 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 8 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Anuariza berusaha menasihati Syed Faris di bilik tidurnya.
  2. Nek Siah meninjau/memantau aktiviti Anuariza, Azuera, Syed Faris dan Syarifah Farisya.
  3. Anuariza berbincang dengan Syarifah Farisya mengenai perkembangan dan keadaan seharian Syed Faris semasa berada di sekolah.
Latar masa: malam.
Latar tempat: di rumah Syed Mustafa/Nek Siah ( dalam bilik Syed Faris ).

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 7 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Guru-guru di SMK. Sultan Muzaffar Shah membicarakan sikap buruk Syed Faris di sekolah.
  2. Syed Faris telah dilantik sebagai ketua peras ugut oleh rakan-rakannya di sekolah.
  3. Cikgu Suhaimi ( guru disiplin ) telah memanggil dan menyiasat Ruhaiza mengenai pergaduhan yang berlaku di antaranya dengan Lily Suriani dan Syed Faris.
Latar masa: masa persekolahan ( pagi hingga tengah hari ).
Latar tempat: di SMK. Sultan Muzaffar Shah ( di belakang kantin, di bilik kaunseling dan di tandas ).

Sunday 15 January 2012

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 6 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Syarifah Farisya dan Syed Faris pergi ke sekolah baru ( SMK. Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan ) dengan berbasikal.
  2. Syed Faris ponteng kelas ( Tingkatan 3 Bestari ).
  3. Azuera memberitahu kepada Syarifah Farisya yang Syed Faris ponteng kelas semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah.
  4. Syarifah Farisya terjumpa rokok dalam laci di bilik Syed Faris ( adiknya ).
  5. Syarifah Farisya berbohong kepada Nek Siah kononnya untuk meminjam buku kosong adiknya.
Latar masa: jam 6.45 pagi, tengah hari.
Latar tempat: di SMK. Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan, di tingkatan 3 Bestari, di bilik Syed Faris/rumah 
                                    Syed Mustafa/Nek Siah.

Urutan peristiwa-peristiwa penting bab 5 ( Novel Jeriji Kasih- Ramlah Abd. Rashid )

  1. Anuariza, Azuera, Syarifah Farisya dan Syed Faris pergi berkelah di anak sungai dalam hutan.
  2. Azuera dan Syarifah Farisya bermain-main di anak sungai.
  3. Syed Faris sedang termenung bersendirian di atas batu besar.
  4. Anuariza memancing dan melukis.
  5. Syarifah Farisya menyenangi Anuariza yang pandai melukis.
Latar masa: petang.
Latar tempat: di anak sungai dalam hutan.