Friday 6 April 2012

Teknik plot suspen dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Teknik plot suspen bermaksud pengarang menggunakan peristiwa-peristiwa tegang yang mencemaskan/merimaskan para pembaca yang menyebabkan pembaca ingin tahu bagaimana kesudahan peristiwa/kejadian tersebut.
Tujuan/fungsi teknik ini ialah:
  1. Untuk menarik minat para pembaca/penonton.
  2. Supaya cerita lebih menarik dan berkesan.
  3. Untuk memanjangkan sesuatu cerita.
  4. Untuk memperjelaskan lagi sesuatu konsep/keadaan/suasana.
  5. Untuk mempelbagaikan teknik penceritaan.
  6. Untuk membezakan stail penulisan di antara kalangan penulis.
  7. Supaya pembaca/penonton turut merasa cemas dan meneruskan pembacaan sehingga ke akhir peristiwa untuk mengetahui kesudahannya.
Di antara contoh-contoh peristiwa menggunakan teknik suspen ialah:
  • Syed Fariz tidak ada di dalam kelas selepas masa rehat persekolahan, iaitu masa mengajar Cikgu Borhan, mata pelajaran Bahasa Malaysia.
  • Peristiwa pergaduhan di antara Syed Fariz dengan Ruhaiza dan Lily Suriani dalam masa rehat persekolahan di belakang kantin sekolah.
  • Peristiwa Ruhaiza dipanggil dan disiasat oleh Cikgu Suhaimi, iaitu guru disiplin sekolah.
  • Peristiwa Ruhaiza hampir-hampir diperkosa oleh Syed Fariz pada suatu petang  Jumaat di kebun durian Nenek Lily Suriani.
  • Peristiwa Ruhaiza  menjerit-jerit meminta tolong ketika pakaiannya sehelai demi sehelai ditanggalkan oleh kawan-kawan Syed Fariz di kebun durian Nenek Lily Suriani.
  • Peristiwa Syed Fariz ditangkap dan ditahan dalam lokap polis selama empat hari dan empat malam.
  • Peristiwa Syed Fariz yang tidak balik ke rumah selepas masa persekolahan yang membimbangkan Nek Siah.
  • Peristiwa Nek Siah dipanggil ke sekolah untuk menyelesaikan masalah Syed Fariz yang bermasalah disiplin.
  • Peristiwa kehadiran Khusyairi ke rumah Nek Siah pada tengah malam yang memarahi keluarga Nek Siah di atas perbuatan terkutuk Syed Fariz terhadap Ruhaiza ( anak gadisnya ).
  • Peristiwa Nek Siah meminta Solehah membantu keluarganya/melamar Solehah untuk dijadikan isteri Syed Mustafa.
  • Peristiwa Syed Mustafa bertindak ganas dan memukul Syed Fariz serta menolak jatuh Syarifah Farisya yang cuba menghalang ayahnya memukul adiknya.
  • Peristiwa Syarifah Farisya yang melarikan diri dari rumah ke Kuala Lumpur/Hulu Kelang dan menumpang di rumah Haji Lokman/Hajah Munirah kerana tidak bersetuju ayahnya berkahwin dengan Solehah.
  • Peristiwa Syarifah Farisya mengugut/mengancam/memberi amaran kepada Anuariza akan membunuh diri jika Anuariza tidak menyelesaikan dengan segera masalah orang tuanya yang hendak bernikah dengan ayahnya.
  • Peristiwa Solehah yang menunggu kepulangan Anuariza dari sekolah yang pergi mengambil keputusan peperiksaan STPMnya yang lambat tiba di rumah.
  • Peristiwa Syed Mustafa yang melarikan diri ke Kuala Lumpur kerena kecewa tidak dapat berkahwin dengan Saliah yang akhirnya berkahwin dengan Khusyairi ( Pada zaman muda semasa di kampung ).
  • Peristiwa Ruhaiza dipanggil dan diberi kaunseling oleh Cikgu Syakinah di bilik kaunseling  sekolah.
  • Dan peristiwa-peristiwa lain ............sila rujuk teks/cerita asal.

Thursday 5 April 2012

Teknik plot deskriptif dalam novel Jeriji Kasih ( Ramlah Abd. Rashid )

Teknik plot deskriptif ( penghuraian ) bermaksud pengarang/penulis menghuraikan/menerangkan/memberi penjelasan/menggambarkan dengan sejelas-jelasnya/secara terperinci mengenai sesuatu tempat, keadaan, suasana, peristiwa, tindakan, sikap seseorang watak dan sebagainya.
Tujuan/fungsi penggunaan teknik plot ini ialah:
  1. Untuk memanjangkan cerita.
  2. Untuk menarik minat pembaca.
  3. Supaya cerita menjadi lebih menarik dan berkesan/hidup.
  4. Untuk memperjelaskan lagi sesuatu konsep, keadaan, suasana, peristiwa, latar dan sebagainya.
  5. Untuk mempelbagaikan teknik penceritaan.
  6. Untuk membezakan stail penulisan di antara kalangan penulis/pengarang.
  7. Untuk memperlihatkan pengalaman dan pengetahuan yang luas di kalangan penulis.
Di antara contoh-contoh gambaran peristiwa/suasana/latar/watak yang menggunakan teknik plot deskriptif ialah:
  1. Pagi masih begitu awal, hujan yang menggila malam tadi meninggalkan rasa sejuk. Meskipun matahari senyum mengintai, namun kehadirannya belum bersedia mengirim bahang.  Angin berhembus tenang berbisik segar dan indah, mesra dan sentosa ( Gambaran/penghuraian latar masa dan suasana ).
  2. Ada getar di bibirnya yang manis berseri. Walaupun segunung rasa  bertonggak, mencatat keriangan hidup zaman remajanya,  namun dia bersyukur dengan kehidupannya. Dalam  jerih payah menanggung  derita  dan rindu berpanjangan, dia tetap bahagia di sisi Solehah. Wanita yang kaya kasih dan sayang ( Gambaran/penghuraian perwatakan Anuariza ).
  3. Azuera datang menghidangkan air kopi kepada Syed Mustafa dan abangnya serta Nek Siah, Syarifah Farisya turut membantu membawa dulang kuih-muih sebagai pencuci mulut. Nek Siah beralih ke tepi sedikit, memberi ruang kepada dua orang gadis itu menyusun  hidangann yang dibawa mereka ( Gambaran/penghuraian pergerakan dan tindakan watak-watak ).
  4. Suasana di sekitar kawasan anak sungai di hujung kampung masih tetap damai. Deruan air dan kicauan burung menjadi irama menyambut kedatangan pengunjung. Kejernihan airnya menampakkan anak-anak ikan yang berenang ke sana ke mari, berkejar-kejaran sesama sendiri ( Gambaran/penghuraian latar tempat ).
  5. Syed Fariz bertindak seakan-akan binatang buas menggomol sesuka hatinya dengan ditonton rakan-rakannya yang bertepuk sorak kegirangan seperti menyaksikan penyabungan ayam jantan. Wak Dol melintas di sebelah semak lalu menyerbu dan menyelamatkannya ( Gambaran/penghuraian peristiwa Ruhaiza hampir-hampir diperkosa oleh Syed Fariz yang sempat diselamatkan  oleh Wak Dol ).
  6. Dan contoh-contoh peristiwa atau suasana lain.............. sila rujuk teks/cerita asal.